Powered by Blogger.

Usah Terlalu Berpolitik, Utamakan Masalah Rakyat

Friday 3 August 2012



Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) kesal dengan sikap dangkal dan bodoh sombong Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu yang tidak habis-habis menuding jari dan menyerang Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan krisis air yang melanda negeri ini.

Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kelmarin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu dilaporkan meminta penjelasan Syabas mengapa bekalan air tidak mencukupi sedangkan beliau mendakwa pemeriksaan dibuat minggu lalu mendapati air terawat 11 peratus melebihi daripada permintaan harian. Daripada mana fakta yang diperolehi juga boleh dipertikaikan.

"Sama ada beliau tidak tahu atau memang sengaja buat-buat tidak tahu, kenyatan yang dibuat itu jelas menunjukkan sikap dangkal sorang pemimpin yang tidak mengetahui perkembangan semasa. Sebenarnya seawal Ogos 2011 lagi Kerajaan Pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air bakal melanda menjelang tahun 2014 Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pihak Syabas sebelum ini pun sudah sering memaklumkan bahawa gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini disebabkan oleh kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan air terawat.

Apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika itu? Mereka hanya berpeluk tubuh mengatakan bekalan air mentah – sambil merujuk air empangan – masih banyak sehingga melimpah ruah. Mereka masih berpolitik ketika rakyat bakal berhadapan krisis air yang meruncing. Tidak habis-habis mereka mengatakan bahawa air mentah masih mencukupi. Padahal rakyat memerlukan air terawatt, bukan air mentah!," ujarnya kepada pemberita selepas mengetuai satu Lawatan ke Sungai Langat WTP (Loji), Bt 10 Jalan Hulu Langat sebentar tadi.

Tambahnya, krisis air berlaku berikutan peningkatan mendadak penggunaan air oleh pengguna. Kesan daripada peningkatan permintaan yang mendadak ini terutama di Lembah Klang menyebabkan beberapa kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara.


Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mengunjurkan bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga hujung tahun ini. 33 loji rawatan air ini adalah milik kerajaan negeri Selangor.
Pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus. Keadaan ini menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan 'water stress' iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu Langat, melibatkan sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta penduduk di wilayah-wilayah terbabit.

Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload) dan berhadapan dengan tekanan memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta Liter Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dikeluar dan diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH sahaja.

"Tujuan GPRS melawat Loji Rawatan Air Sungai Langat dengan membawa sekali beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin setempat, wakil penduduk dan pihak media adalah untuk melihat sendiri operasi di sini dan bagi membuktikan bahawa loji ini telah melebihi kapasiti pengeluaran air sebanyak 24 peratus iaitu daripada 386 juta liter sehari kepada 478 liter sehari.

Pada masa sama GPRS mahu membuktikan bahawa keputusan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya tidak mahu melaksanakan Loji rawatan Air Langat 2 adalah keputusan yang politik dan pentingkan diri sendiri! Projek tersebut dapat merawat sebanyak 1.89 bilion air mentah yang akan disalurkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Menujukkan betapa ceteknya pemikiran Abdul Khalid dan barisan exconya apabila mereka mahu air mentah dalam empangan dipam keluar untuk disalurkan kepada rakyat. Air dalam empangan bukan untuk kegunaan harian, sebaliknya ia adalah simpanan untuk digunakan pada musim kemarau apabila paras air sungai rendah. Air empangan ini pula jika digunakan secara berteusan hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Pada masa yang sama kerajaan negeri turut membekukan CAPEX atau perbelanjaan modal milik Syabas sejak 2008 menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak dapat dilaksanakan. Tindakan Abdul Khalid mahu mengambil alih (step-in) Syabas hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada kegagagalan kerajaan negeri menguruskan air di Selangor.


"Kini apabila rakyat menderita, mereka terus menjadikan Syabas sebagai kambing hitam. Untuk mengaku kesilapan sendiri? Sudah tentu tidak! Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bahkan memutar belit fakta kerana bimbang rakyat tahu perkara sebenar.

Apa yang rakyat perlu faham ialah kerajaan negeri memiliki aset air sebagaimana dan bertanggungjawab menyediakan air bersih, manakala Syabas sebagai operator pengagihan bertanggungjawab membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air walaupun mendapat tentangan kerajaan negeri," tambahnya.

Tindakan kerajaan negeri terus berpolitik dan menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat tidak akan menyelesaikan krsis air, malah akan menjadi lebih teruk. Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini bukan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Paling menyakitkan hati, ketika rakyat menderita kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa.


"Bagi yang mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai krisis air ini, GPRS menjemput semua hadir ke majlis taklimat di Sekolah Kebangsaan Beranang pada Sabtu ini, jam 10 pagi.

Kita perlu bagi penjelasan kepada rakyat agar tidak terus terpengaruh dengan pembohongan kerajaan negeri PKR dan tidak diperbodohkan dengan auta Menteri Besar dan barisan exconya yang hanya tahu bercakap daripada membantu rakyat!," tambahnya.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP