Powered by Blogger.

Kalau Ikut Idea Rafizi Lembu, Rakyat Akan Naik Kereta Lembu

Friday, 24 August 2012


Bila Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menjadi gila dengan kempen 'Turunkan Harga Kereta', harap-harap rakyat pun jangan turut menjadi gila.

Sekali pandang, mungkin ramai akan terpengaruh apabila Rafizi memberi sasaran penurunan harga kereta bagi yang dalam kumpulan bawah 2,000 c.c. Namun perlu diingat bahawa idea ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan kemudahan kredit yang sedia ada, iaitu margin pembiayaan setinggi 90% dan tempoh pembayaran sehingga 9 tahun, penurunan harga kereta akan memberi kesan keatas pemilik kenderaan, pembiaya (bank) dan pengusaha kereta terpakai.

Pemilik kereta akan mengalami kerugian dari segi susutnilai yang amat ketara bagi kereta yang dimilikinya, iaitu ditambah dengan penurunan harga baru bagi kereta yang sama jenis miliknya. Andaikan nilai harga kereta yang sedia ada diparas RM35,000 dan penurunan harga kereta adalah sebanyak RM5,000 maka nilai semasa kereta milik individu akan menjadi RM30,000.

Hakikatnya, tempoh pembiayaan yang panjang tidak membawa banyak perubahan kepada prinsipal yang dibayar oleh pemilik kereta. Oleh yang demikian, jika pemilik kenderaan ingin melupuskan kenderaan (contohnya melalui trade-in), mereka akan rugi kerana terpaksa membayar perbezaan prinsipal dengan nilai semasa kenderaan berkenaan.

Bagi pihak bank pula, mereka menghadapi risiko terhadap kereta-kereta yang ditarik kerana pastinya akan berada dibawah nilai pinjaman yang diberi.

Begitu juga dengan pengusaha kereta terpakai, disamping berdepan dengan susutnilai kepada stok dalam simpanan mereka, mereka juga berdepan dengan masalah permintaan terhadap stok yang dimiliki.

Akhirnya, idea Rafizi ini akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi negara.

Sumber - Akar Umbi

1 comments:

tudin5 25 August 2012 at 00:41  

Menurunkan harga kereta sekiranya partinya menang pilihanraya?

Sebenarnya aku sangat setuju kalau harga kereta diturunkan, bukan sahaja harga kereta, kalau boleh semua barang turun harga, interest bank, rumah, tanah, wang hantaran pon turun, harga makanan, harga baju POLO, harga jeans Levi's dll. Dengan itu, tak perlu nak carik kerja gaji besar2... dapat gaji kecik pon dah boleh mewah...

Berdegar2 lah pemimpin tersebut menunjukkan bukti dan kaedah bagaimana nak menurunkan harga kereta tersebut iaitu dengan menurunkan duti eksais yang bernilai 75% ke 120% dari pada harga kereta semasa. Dengan penurunan ini harga semasa kereta proton akan tetap kekal rendah apabila kereta proton juga akan direndahkan cukai. Teori tersebut memang bagus dan cadangan tersebut adalah amat baik sekali. Bolehlah kiranya ia diteruskan.

Namun beberapa persoalan masih lagi timbul. Iaitu adakah benar jika duti eksais dihapuskan atau dikurangkan bahawa harga kereta akan turun? mari kita buat study sikit... Sistem ekonomi di Malaysia banyak dikuasai golongan kapitalis. Iaitu harga ditentukan oleh kemampuan pasaran, bukan ditentukan oleh kerajaan atau sesiapa (kecuali barangan kawalan). Atau erti kata lain, sebanyak mana orang mampu bayar, setinggi tu lah harga yang akan diletakkan. Kereta seperti contohnya, mengape harga kereta cecah beratus ribu ringgit? mungkin benar cukai memberi impak, tetapi komisyen penjual dan harga yang ditentukan oleh orang2 kaya... Agak2 kalau cukai dikurangkan separuh, harga kereta akan turun 25%? Aku tak rasa akan berlaku. Paling tinggi pon 10% jer (kecuali tahun berubah). Rakanku jurujual kereta bintang cabang 3, komisyen 1 kereta cecah 10K, rakan lain jual kereta tempatan, komisyen jual sebijik kereta cuma RM400 jer... kalau jurujual je dan untung 10K, tokey kedai berapa pulak? jadi sebenarnya penjual kereta yang akan untung lebih banyak. Pembeli mungkin akan menikmati diskaun 5k ke 10k paling tinggi pon jika cukai turun. Hal yang sama berlaku apabila harga minyak naik dan turun. Harga minyak naik 20%, harga barang juga naik pada kadar yang sama. Tetapi bila harga minyak kembali turun ke 20%, harga barang mungkin turun sedikit sekitar 5% jer... Jadi betol ke dengan penurunan cukai eksais akan turunkan harga kereta ke tahap kemampuan ramai orang?

Lagi satu aku nak betolkan sikit persepsi dan pendapat ramai orang bahawa cukai yang tinggi adalah untuk melindungi kepentingan market proton. Mungkin ada kebenarannya... tetapi sebenarnya ada yang lebih penting iaitu melindungi rezab negara. Jumlah kenderaan di Malaysia lebih kurang 21 juta. Anggaran jumlah kereta buatan tempatan adalah 60% atau lebih kurang 12 juta buah. Anggaran purata sebuah kereta tempatan bernilai RM20K (minimum tak termasuk cukai), jadi wang yang dianggarkan telah dibelanjakan oleh penduduk Malaysia bagi membeli kerata buatan tempatan ialah RM240 billion. Andaikan Malaysia tak de buat kereta sendiri, kekosongan 12 juta buah tu diisi oleh kereta import pulak dengan nilai yg aku ambik tinggi sikit la... 30K (purata minimum tidak termasuk segala jenis cukai), jadi jumlah pengaliran wang keluar negara adalah RM360 billion semata2 untuk membeli kereta. Nilai rezab negara terkini adalah berjumlah RM490 billion tanpa import 12 juta buah. Kalau dengan import 12 juta buah, maka rezab negara cuma ada RM130 billion jer... itu kalau ambik cuma 30K, kalau ambik lebih lagi? mau negatif... sia-sia je kita eksport sawit dan getah yang hasilnya cuma nak cover beli kereta jer...

Ada satu blog aku baca berkenaan lebih baik kawal harga barang spare part. Yang ni sebenarnya aku paling setuju... dah la barang spare part sebenarnya barang gred B, pastu mahal pulak tu... barang spare part ada eksais duti juga ke? setau aku tak de... so, sebenarnya ia mainan puak2 kapitalis...

Sekian...

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP