Powered by Blogger.

Pekerja Berdemostrasi : Unisel Didesak Bayar Hutang

Saturday 11 August 2012

alt



KUALA SELANGOR 10 Ogos - Kira-kira 80 orang kakitangan UNISEL hari ini berhimpun secara aman bagi mendesak pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) membayar gaji mereka.
Wakil daripada pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan kira-kira 200 kontraktor itu menjelaskan kepada pemberita mereka tidak mendapat bayaran dari UNISEL sejak 17 bulan lepas sehingga menyebabkan hutang tertunggak sebanyak RM15 juta termasuk kos pengurusan asrama.
Selain itu rata-rata daripada kakitangan UNISEL yang berhimpun pada jam 2.45 petang itu dilihat begitu hampa dengan sikap pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri yang seolah-olah bersikap 'lepas tangan'.
Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja bawahan dengan pendapatan kira-kira RM500 - RM600 sebulan dan tidak menerimanya sejak Julai dan Ogos 2012.
Turut hadir sertai perhimpunan aman ini, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan. Menurut Sohaimi, perkara sedemikian amatlah tidak wajar berlaku memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir tiba.
Tambahnya lagi, sikap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan menafikan fakta dengan membuat kenyataan kononnya UNISEL tidak menanggung kerugian bahkan semakin berjaya dari aspek pengurusan kewangan.
alt

Kenyataan tersebut dilihat seolah-olah kerajaan negeri bersikap 'lepas tangan' memandangkan rekod menunjukkan UNISEL masih menanggung hutang yang tinggi sepertimana didakwa pihak Jana Niaga Sdn Bhd.
Perhimpunan tersebut berlaku sedikit ketegangan ketika wakil pekerja serta pihak GPRS yang cuba berjumpa pihak pentadbiran UNISEL bagi menyerahkan memorandum bantahan.
Tetapi setelah beberapa minit berada di luar perkarangan kampus, tiada wakil dari pihak pentadbiran UNISEL yang kelihatan menyebabkan peserta demonstrasi naik berang lantas bertindak mengunci palang pintu keluar dan masuk kampus itu. Walaubagaimanapun kunci tersebut dibuka semula atas arahan pihak polis dan keadaan terus terkawal.

Sumber : Klpos.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP