Khalid Ibrahim Beli Tanah Talam Lebih Dari Harga Pasaran
Monday, 13 August 2012
MCA terus menghantui Khalid Ibrahim dengan isu hutang Talam. Terbaru semalam Datuk Chua Tee Yong sekali lagi mendedahkan bagaimana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim membeli cerun bukit milik Talam pada harga RM 4.2 juta , lebih 1.2 juta dari harga yang dinilaikan oleh jurunilai.
Pada tahun 2010 sebuah syarikat milik Talam, Pada tahun 2010, Ulu Yam and Country Club Sdn Bhd telah menjual 60 % saham mereka kepada Kerajaan Selangor telah dengan harga RM4.2 juta. Baki 40 peratus saham dipegang oleh sebuah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Satu-satunya aset atau pun aset tunggal yang dimiliki oleh syarikat ini adalah tanah cerun bukit seluas 199 ekar di Ulu Yam. Manakala syarikat itu mempunyai beban hutang sebanyak RM 807,000.00 . Bermakna, nilai saham syarikat adalah bergantung kepada tanah cerun bukit yang dimilikinya itu.
KHSB yang merupakan pemegang saham 40 % dalam syarikat tersebut pada masa itu bukan sahaja menasihat malah menolak hasrat kerajaan Khalid Ibrahim untuk membeli 60 % dalam syarikat itu dengan harga RM 4.2 juta.
Seperti yang diketahui umum, Khalid Ibrahim seorang yang keras kepala dan berfikiran hanya dia sahaja yang cerdik dan dia sahaja yang betul. Khalid telah melantik sebuah syarikat penilai bagi menilai harga tanah cerun itu.
Hasil nilaian yang dilakukan oleh Sulaiman & Co mendapati tanah cerun seluas 199 ekar itu hanya bernilai RM 5 juta. Jumlah 199 ekar itu termasuk dengan yang dimiliki oleh KHSB sebanyak 40 %. Jika dikira yang bakal dibeli oleh kerajaan negeri sebanyak 60 %, nilainya hanya RM 3 juta sahaja.
Khalid tidak peduli semua itu dan mengarahkan Kerajaan Negeri membeli 60 % tanah tersebut dengan harga RM 4.2 juta.
Jelas sekali disini bagaimana Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Kerajaan Negeri membeli tanah tersebut melebihi harga pasaran yang hanya RM 3 juta.
Sebab itulah sampai ke hari ini Khalid tidak berani untuk mengulas isu berhubung hutang Talam. Kerana dia tahu dia banyak melakukan penyelewengan dalam hal ini.
Sumber : Selangor Daily
0 comments:
Post a Comment