HOT NEWS !!! DATUK IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP KERANA KHALID GAGAP MERAMPAS TANAH RAKYAT ???
Thursday, 16 August 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1.Pada Februari 2012,MB Selangor telah mengakui bahawa kerajaan Negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.Beliau juga dengan tegas mengakui bahawa ini adalah salah satu tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
2. Bagaimanapun,kenyataan oleh MB itu mengundang lebih banyak persoalan dan ianya begitu mencurigakan.
3. Pada 4 Ogos 2011, pihak Mahkamah telah menetapkan bahawa tanah itu dimiliki secara sah oleh SAP Holding Berhad (anak syarikat KHSB.Namun begitu,tanpa menghiraukan arahan mahkamah,pada 25 Ogos2011,tanah yang bernilai RM250 juta ini dirampas oleh Kerajaan Negeri tanpa alasan yang kukuh. Majoriti pemegang saham KHSB tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.
Persoalannya,
a) Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding sebagai pemilih yang sah?
b) Apakah status sebenar tanah itu? Adakah tanah pembangunan atau tanah pertanian?
c) Jika benar berlakunya aktiviti perlombongan haram di tanah tersebut,kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak yang melombong dan kenapa selepas lebih setahun berlaku baru tindakan merampas tanah dilaksanakan?
d) Adakah pihak kerajaan negeri membuat pengumuman kepada pihak Bursa Malaysia berhubung rampasan tanah tersebut?
e) Apakah status tanah itu sekarang ini? Adakah aktiviti perlombongan di tanah tersebut benar-benar telah terhenti?
4. Pada 15 Nov 2011,Raja Idris yang juga Pengerusi KHSB telah mengarahkan CEO KHSB, Hashim Kamil Harun supaya membuat rayuan di PTD Gombak walaupun beliau maklum bahawa rayuan sepatutnya dibuat di Mahkamah tiga bulan dari tarikh berlakunya rampasan.
5. Kemudiannya pada 24 Nov 2011, Raja Idris mempertahankan arahan beliau supaya tiada rayuan dibuat di mahkamah berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah,namun begitu,tiada sebarang arahan yang ditunjukkan berhubung keputusan Lembaga Pengarah tersebut.
6. Pada 18 Jan 2012,selepas tempoh tiga bulan berakhir,CEO KHSB sekali lagi menulis surat kepada PTD Gombak kononnya inginkan penjelasan berhubung rampasan tanah tersebut.
Persoalannya,
a) Kenapakah Pengerusi KHSB tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka yang bernilai RM250 juta itu?
b) Kenapakah Raja Idris tidak membuat rayuan di Mahkamah berhubung rampasan tersebut dan beliau seperti bersetuju dengan tindakan Menteri Besar merampas tanah itu?
c) Adakah Pengerusi KHSB berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut? Sehingga kini,pemegang saham minoriti masih belum mendapat penjelasan berhubung kehilangan tanah yang bernilai RM250 juta itu.
d) Adakah ini konspirasi antara Pengerusi KHSB dan MB Selangor untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?
7. Persoalan yang ditimbulkan ini perlu dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri. Kami percaya mungkin ada berlaku penyelewengan dan rakyat Selangor sendiri berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ada pihak yang mendapat untung dari rampasan tersebut? Dan adakah ia juga sebenarnya berkaitan dengan pendedahan pembelian tanah bernilai jutaan ringgit yang hangat diperkatakan sekarang ini?
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
Sumber : Badut Rakyat
0 comments:
Post a Comment