Powered by Blogger.

Tunai janji sebelum mandat tamat

Tuesday, 28 August 2012

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin
Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin.

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan isu air percuma seperti yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu sebelum mandat pemerintahan tamat.

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badruddin berkata, pelaksanaan skim air percuma dibuat secara tidak terperinci dan kajian menyeluruh menyebabkan ada pengguna yang tidak menerimanya.

“Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil kira pengguna yang menggunakan meter pukal kerana pemasangan meter tersebut dilakukan poleh pemaju perumahan. JIka Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap janji, mereka sepatutnya membayar rebat kepada setiap isu rumah yang tidak mendapat air percuma itu," katanya,.

Badrul Hisham berkata, sebelum berjanji dan melaksanakan skim berkenaan, pakatan pembangkang sepatutnya membuat kajian terlabih dahulu dan mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi, bukan bertindak lepas tangan.

“Setelah empat tahun mentadbir dan sebelum berakhir mandat, kami desak Kerajaan Negeri segera selesaikan masalah subsidi air ini agar rakyat tidak terus menagih janji,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, rakyat Selangor berhak menikmati subsidi air yang dilaungkan dalam manifesto Pilihan Raya ke-12 (PRU12).

“Kerajaan Negeri perlu segera tunaikan dengan kadar yang setara dan tanpa membezakan meter pukal atau meter individu. Itu adalah janji mereka pada pilihan raya umum yang lalu. Kenapa sekarang jadi lain. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan negeri kepada rakyat?" katanya.

Manifesto Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu menjanjikan pemberian air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

Hamidzun berkata, tuntutan penduduk Pangsapuri Mentari Court hanyalah satu daripada ratusan pangsapuri di Selangor yang masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu pertama setiap bulan dengan alasan masalah migrasi meter air.

Sumber - Sinar harian

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP