Powered by Blogger.

Ekslusif - Parlimen Bubar 15 April Ini..Siap Siaga Semua Jentera

Saturday 30 March 2013



Parlimen Malaysia dijangka hanya akan dibubarkan selepas minggu kedua bulan April apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat umrah minggu hadapan.

Sumber The Star melaporkan Najib dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April selepas mempegerusikan mesyuarat Kabinet dan mengambil bahagian dalam program berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka akan pulang dua hari kemudian.

Spekulasi mengatakan Perdana Menteri akan melanjutkan tempoh penuh lima tahun parlimen yang akan tamat pada 29 April sebelum memanggil pilihan raya.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan negeri yang pertama terbubar secara automatik pada Khamis dan akan disusuli Pulau Pinang pada 2 Mei, Kedah dan Terengganu pada 6 Mei.

Sepanjang dua hari lalu Najib telah menemui pengerusi BN seluruh negara di Putrajaya dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Sumber

Read more...

Hot Video - Mahasiswa 19 Tahun Pula Jadi Mangsa Anwar BRAhim

Friday 29 March 2013

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.Untuk lagi pembongkaran klik sini



Read more...

Saman Saman Dan Saman..Itulah Anwar BRAhim!!!



Naib Presiden PKR yang juga peguam, N Surendran hari ini tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi kepada pengendali blog Papagomo berhubung dakwaan terbaru menerusi laman blognya.

Surendran berkata jika dakwaan terbaru Papagomo itu palsu beliau akan menasihati anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi.

"Kita akan kaji. Kalau ada kenyataan yang jelas dan palsu, saya akan ambil arahan dari anak guam saya dan kita akan kaji dan tengok," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terbaru Papagomo mengenai 13 agenda besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya.

Dalam entri terbaru, Papagomo menyenaraikan 13 agenda yang akan digunakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sebagai 'modal' bagi meraih undi dan simpati rakyat.

Antara agenda tersebut adalah Anwar akan merancang pelbagai 'bencana' termasuk kononnya cubaan untuk menembak beliau, setiap ahli PAS akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dan Anwar juga dikatakan akan menunjukkan jam tangan Omega tiruan pada saat-saat akhir sebelum mengundi.

Minggu lalu Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Papagomo atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki yang mirip wajahnya dengan pasangan homoseksnya.

Papagomo meminta Anwar menarik balik saman tersebut jika tidak mahu rakaman video berwarna dengan audio yang jelas membabitkan Ahli Parliman Permatang Pauh itu didedahkan kepada umum.

Namun sehingga hari ini, tiada tanda-tanda Anwar akan berbuat demikian.

Papagomo sehingga kini telah mengeluarkan dua bahagian video seorang lelaki juga mirip Anwar sedang bercakap dengan seorang mahasiswa yang dikatakan dari Sabah dalam sebuah bilik di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Sumber

Read more...

Bila Otak Letak Dekat Lutut..Jadilah PAS!!!

Thursday 28 March 2013


Read more...

SABAK BERNAM BAKAL DIJADIKAN NUKLEUS POINT !!!



KITA tak terkejut dengan berita yang diterima sejak beberapa hari lalu berkenaan pendedahan satu laporan perancangan rapi PKR untuk membuat kecoh semasa PRU nanti. Ini adalah salah satu taktik jahat yang dirancang telah agak lama dahulu dan terkandung dalam 'Grand Design' pakatan.

Dulu aku ada mengeluarkan satu artikel berkenaan Grand Design ini namun masih tidak ada bukti yang boleh dikaitkan, jadi aku terpaksa menghentikan akibat ada sesetengah pihak yang tidak berapa suka dengan cara aku mendedahkan semua perancangan jahat pakatan.

Inilah sebabnya aku begitu concern dengan perancangan mereka. Ya! Sebab kampung halaman aku telah menjadi salah satu sasaran kekecohan semasa pilihanraya nanti. Sabak Bernam mungkin akan dijadikan nukleus point dan seterusnya akan disebarkan ke dalam media sosial sedia ada supaya kelihatan proses buang undi cacat akibat dari kepincangan SPR. Jadi mereka punya alasan untuk mengatakan yang mereka kalah adalah akibat dari sabotaj SPR dan SPR akan dikaitkan dengan kroni UMNO.

Ini perkara serius yang perlu kita ambil berat. Masa inilah peranan jentera siber tidak kira dari UMB, Nadi Rakyat, Warta Rakyat, dan jentera siber lain harus bertindak dengan segera dan pantas bagi menangkis fitnah pakatan. Kesepakatan perlu buat masa ini, lupakan sengketa dan kita harus bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kemenangan BN.

Perancangan rapi pakatan telah lama mereka siapkan. Strategi jahat mereka telah lama berjalan. Satu je pesan aku supaya tidak termasuk dalam perangkap jentera siber pakatan. Fokus pada satu isu hingga mereka terdiam dari menjawab.

Sumber

Read more...

Chua Jui Meng Merajuk???

Wednesday 27 March 2013



Ekoran pencalonan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng merajuk dan menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Chua Jui Meng sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR di Parlimen Gelang Patah, Johor.
“Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan “kehilangan” Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui

Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.

“Para pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan “bantahan” bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi calon kerusi itu.

“Chua tidak hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah pada Isnin lepas, ” lapor Mstar.

Ketua bahagian dan ketua biro perundangan PKR Johor Jaya, Jimmy Puah lapor Mstar berkata, ramai yang mempersoalkan kehilangan Chua daripada beberapa majlis PKR negeri dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Kami mempunyai perasaan yang bercampur-baur seperti kami teruja berkempen untuk pilihan raya umum tetapi ia menjejaskan semangat kami apabila tiada pemimpin,” katanya, sambil menambah bahawa beliau mendengar bahawa Chua sedang “bercuti” di Kuala Lumpur,”katanya.

Pada majlis ulang tahun DAP ke-47 lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, sebagai satu jalan keluar perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen itu.

The Star, 22 Mac melaporkan Anwar telah membuat tawaran kepada Chua supaya bertanding di Alor Setar sebagai jalan keluar tentang perkara yang terjadi di Johor namun bekas ahli MCA itu masih tidak berminat kerana menganggap janggal apabila Ketua PKR Johor bertanding di Kedah.

Chua turut dilaporkan mahu bertanding di Parlimen Bakri, kerusi yang pernah dimilik beliau ketika bersama MCA dan menjangkakan DAP untuk memberikan kerusi parlimen itu kepada PKR sebagai pertukaran dengan kerusi Gelang Patah namun kecewa selepas DAP bertegas mahu mempertahankan parlimen Bakri yang telah dimenangi pada pilihan raya umum ke-12.

DAP dijangka akan bertanding tujuh kerusi parlimen di Johor, PAS (8) dan PKR (11)

Sumber

Read more...

Khalid!!! Tunaikan Janji!!!

Saturday 9 March 2013


alt

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) hari ini didesak oleh para surirumah dari beberapa daerah di negeri itu agar menunaikan manifesto mereka berhubung pemberian elaun kepada sur rumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, surirumah di Selangor sudah tidak mempercayai kepimpinan PR kerana hampir kesemua manifesto yang ditaburkan kepada rakyat semasa pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

"Rakyat Selangor sudah tidak mempercayai mereka (PR). Manifesto yang lamabelum ditunaikan, tetapi mereka sudah buat manifesto yang baru. Macam mana rakyat nak percaya lagi?

"Rakyat tidak akan percaya lagi kerana hampir 90 peratus manifesto yang dilemparkan oleh PR pada pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang disertai oleh para surirumah bagi menuntut hak mereka di Taman Medan di sini hari ini.

Turut hadir pada perhimpunan ialah Naib Presiden Gabungan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak dan Jawatankuasa Penyatuan SuriRumah Selangor, Munaliza Hamzah.

Zubir turut menyelar kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan manifesto PR telah tertunai lebih daripada 90 peratus.

alt

"Kenyataannya itu jelas mengelirukan dan menipu rakyat.  Rakyat tidak akan mengundi mereka lagi untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," katanya.

Perhimpunan yang diadakan itu merupakan siri kedua selepas diadakan di kawasan Selayang bagi menuntut manifesto PR kepada surirumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Pada manifesto pilihan raya umum lalu telah terkandung bahawa suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak akan menerima elaun daripada kerajaan negeri.

Tambah Zubir, tindakan ini (perhimpunan) akan diadakan di seluruh daerah di Selangor dan seterusnya akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya.

Pada perhimpunan tersebut ,para surirumah yang berhimpun turut bertindak membakar sebagai simbolik memprotes manifesto PR yang dilihat tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat tetapi hanya menyusahkan.

Read more...

Tian Chua..Kalau Berani Datanglah Sabah..Rakyat Sabah Menantimu!!!



Seorang wakil rakyat Sabah menggesa kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua ke negeri itu kerana mendakwa pencerobohan militan Filipina di Kampung Tanduo adalah sandiwara Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata kenyataan Tian Chua itu adalah fitnah dan menggambarkan pemimpin pembangkang terbabit langsung tidak menghargai nyawa manusia.

"Kita tidak mahu dia bawa budaya songsang ke negeri ini dan kita berharap dia tidak dibenarkan pijak kaki di Sabah sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Balai Polis Lahad Datu, di sini hari ini.

Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, berkata rakyat pelbagai suku kaum di negara ini, khususnya di Sabah, harus menolak individu yang membawa budaya asing dan biadab.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan lima daerah di pantai timur Sabah sebagai kawasan keselamatan khas, Nasrun berkata pengumuman itu amat dinantikan oleh penduduk Lahad Datu.

"Inilah jawapan yang kita tunggu-tunggu. Kawalan keselamatan ketat sangat perlu di sini kerana melibatkan kawasan pantai yang luas," katanya.

Semalam, Najib mengumumkan Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan dan Kudat sebagai Kawasan Keselamatan Khas dengan Lahad Datu sebagai pusat kawalan. - Bernama

Read more...

Lahad Datu - Jangan Sesekali Memperlekehkan Kami!!!


Demo yang telah di hadiri oleh beberapa NGO seperti PEKIDA, PERKASA, WARIS MALAYA, GAPS dan beberapa pertubuhan lain bertujuan untuk menyatakan beberapa perkara dan menyokong tindakan PDRM bertempat di IPD Serdang. 

Tujuan demo dan demontrasi  ini diadakan adalah untuk menyatakan beberapa perkara seperti mengutuk sekeras kerasnya tindakan BIADAP pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang dengan sengaja memperlekeh keikhlasan anggota keselamatan iaitu pasukan PDRM yang mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara.

Tuduhan liar Tian Chua ini seolah olah mempersendakan anggota anggota polis kita yang terkorban tanpa mengambil kira sensitiviti balu dan ahli keluarga yang tinggal.

Pihak PDRM juga menerima sumbangan ikhlas daripada pihak NGO yang hadir di IPD Serdang.

 








Read more...

Bertaubatlah ANWAR!!!...Buatlah Apa Pun..Kau Tetap Takkan Jadi Perdana Menteri!!!

Friday 8 March 2013



Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya - Saiful Bukhari

KENYATAAN PENUH SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.



Read more...

Maruah Berharga Rm 1 Juta!!!


Dalam PC waktu ini @SaifulBukhari harap Anwar Ibrahim bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. 

Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya. 

Lawan dimahkamah secara anak jantan. Dan jangan Bachol helah sana sini dan tanggung sana sini. Lawan tetap Lawan. 

Mantap le Saiful Bukhari... 

Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh. 

Anwar Al Juburi

Read more...

Ini Pun Sandiwara UMNO Jugak???!!!!

Thursday 7 March 2013

PTDC0016

Selanjutnya di sini

Read more...

Ekslusif Lahad Datu!!! Pencacai PR Yang Bangang..Ini Jawapan Kepada Soalan Bangang Kamu!!!


So penyokong PR jangan jadi bangang sangat ye..Dahlah Anwar Ibrahim pun dah 3 suku..Berfikir guna otak...Bukan Guna kepala lutut ok?...Sumber

Semoga Perajurit Negara Selamat Berjuang..Amin

Read more...

Lahad Datu - Tian Chua Biadap, Melampau..Nyah Kau Dari Malaysia!!!!

Wednesday 6 March 2013




Biadap, keji dan hina, mungkin itulah istilah paling sesuai digunakan oleh sesiapa juga yang mahu mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua yang menyifatkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua tidak harus berdolak-dalik lagi dalam soal ini kerana kenyataan beliau bukan disiarkan oleh media arus perdana yang dianggap musuh pakatan pembangkang tetapi disiarkan oleh keadilandaily.com pada hari negara berkabung akibat gugurnya dua perwira dari pasukan komando VAT69.

Apa yang dilakukan oleh Tian Chua adalah perbuatan biadab dan sudah melampaui batas dalam politik, namun kita tidak perlu hairan dengan sikap seorang pemimpin yang pernah berbaring di tengah jalan tetapi akhirnya diangkat sebagai calon dalam pilihan raya oleh PKR sehingga bergelar Yang Berhormat.

Tidak kira apa pun hujahnya, tindakan Tian Chua tidak harus diselesaikan hanya melalui permintaan maaf sahaja sebaliknya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana kita sudah bosan dengan senario politik celupar yang kemudiannya dilupakan hanya disebabkan pemimpin biadab seumpama itu memohon maaf.

Kebiadaban Tian Chua tidak boleh dimaafkan begitu sahaja tetapi beliau perlu bersedia diseret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan yang dianggap boleh dikategorikan menghasut dan mencetuskan kebencian.

Tian Chua perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana beliau telah membuat satu kenyataan yang mengguris perasaan seluruh rakyat Malaysia yang menyanjungi keperwiraan perajurit-perajurit negara dan bersimpati dengan keluarga perajurit yang terkorban.


Justeru kita bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perbuatan Naib Presiden PKR itu adalah mainan politik cukup hina dan menggambarkan sikap mereka yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan sekali gus tidak layak dipilih sebagai pemimpin.

Sebenarnya kalau begitulah bentuk kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua memang benar beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana dalam kepala beliau semuanya mahu dipolitikkan hatta melibatkan keselamatan negara sekali pun.

Bagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang jumud dan taksub dengan politik kemaruk kuasa seperti Tian Chua ini, mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah dia tergamak menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu itu sebagai sandiwara.

Tian Chua perlu faham yang paling banyak bersandiwara bukannya kerajaan BN atau pemimpin UMNO tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang. Tidak perlu kita imbas apa sandiwara mereka kerana rakyat pasti mengetahuinya.

Kalau pun Tian Chua mahu bersandiwara dengan tujuan meraih sokongan untuk pakatan pembangkang yang kini semakin terumbang-ambing ternyata beliau telah memilih isu yang salah. Sebaliknya ia memaparkan kebodohan dan kejahilan sesetengah pemimpin pembangkang berpolitik.

Sepatutnya, dalam situasi kritikal melibatkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Tian Chua memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk menanganinya bersandarkan kepada keupayaan anggota keselamatan kita dan bukannya membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan semua pihak.

Dalam soal ini, kita juga ingin mengetahui apakah pendirian PKR, apakah mereka menyebelahi Tian Chua atau bersedia memecat beliau?


Ini memandangkan Tian Chua bukannya ahli biasa tetapi berjawatan Naib Presiden PKR, oleh itu jika parti tersebut memandang serius isu ini sesuatu perlu dilakukan.

Langkah itu penting bagi mengelakkan PKR akan dituduh merestui ‘kenyataan jahil’ Tian Chua. Apatah lagi PKR melalui pakatan pembangkang dalam manifesto mereka cuba memaparkan mereka wira memperjuangkan nasib anggota keselamatan apabila menyatakan akan menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus jika mereka memerintah.

Kalau benarlah PKR ikhlas mahu membela nasib anggota polis, maka Tian Chua perlu diambil tindakan. Kita juga ingin mengetahui apa komen sekutu PKR iaitu Pas dan DAP.

Jika mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua buat pendirian rasmi supaya rakyat tidak membuat tafsiran yang bukan-bukan terhadap mereka.

Namun begitu apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan sikap mulut celupar Tian Chua diajar dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

Sekali lagi, perhatian akan diberikan kepada pihak polis yang akan menyiasat laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak ke atas Naib Presiden PKR itu. Kita tidak mahu kes Tian Chua ini didiamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.


Apa yang dilakukan oleh Tian Chua sudah jelas satu perbuatan politik keji dan ia tidak sewajarnya dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Rakyat yang sentiasa mendoakan keselamatan anggota polis dan tentera dalam operasi menentang pencerobohan di Sabah sudah pasti mahu melihat apa yang akan diterima oleh Tian Chua akibat keceluparannya.

Perhitungan politik tidak boleh diambil kira lagi termasuklah kononnya tindakan Tian Chua ini bertujuan mengalih isu kerana beliau sudah pasti sedar apa yang beliau katakan.

Justeru tindakan tegas daripada pihak berkuasa amat penting bagi menunjukkan bahawa tiada kompromi dengan mana-mana ahli politik yang mahu mempolitikkan segala-galanya hatta kematian perwira negara sekali pun.

Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan isu melibatkan keselamatan negara.

Kita masih ingat satu ketika dahulu apabila tercetus peristiwa Sauk di Perak, pembangkang menuduh ia lakonan dengan mempertikaikan bagaimana sebuah kenderaan MPV boleh mengisi beratus-ratus senjata.

Tetapi apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana ia dilakukan, pembangkang hanya mendiamkan diri dan tidak pula meminta maaf.

Sebab itulah, kita berpendapat, Tian Chua tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kejahilannya berpolitik.

Sumber

Read more...

Ekslusif Lahad Datu!!! Kronologi Serangan Pagi Tadi Di Lahad Datu!!! Tahniah Pejuang Negara!!!

Tuesday 5 March 2013


Sebuah helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA

LAHAD DATU : Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi tadi bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu :

11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.

10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.

10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar. 

10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.

10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.

10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.

10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.

10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul

9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.

10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo,diikuti dengan tembakan meriam.

LAHAD DATU : Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib hari ini,dalam satu kenyataan ringkas.Jet pejuang pada awal pagi tadi mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali. Keadaan di sekitar Tanjung Labian,kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
SAYA MINTA JANGAN PERCAYA DENGAN LAPORAN DARI PUAK PR.ADA YANG PUTAR BELIT KENYATAAN.SAYA TAK TUDUH TAPI CUBA LIHAT BETUL-BETUL KENYATAAN MEREKA !!!

AYUH KITA DOAKAN AGAR SEMUA PEJUANG NEGARA SELAMAT

AMIN...

Read more...

Tian Chua..Keluar Ko Dari Malaysia!!!!

Monday 4 March 2013



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, dengan dakwaannya bahawa UMNO merancang inseiden di Lahad Datu.

Menurut Perdana Menteri, dakwaan tersebut merupakan perbuatan terhina dengan menjadikan isu ini sebagai mainan politik untuk meraih undi berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.

"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar.

Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca."Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian.

Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," katanya dalam ucaptama di program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat Perlis dekat Kangar hari ini.

Tambah beliau, perbuatan keji seperti ini hanya dilakukan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan dan tidak layak untuk dipanggil pemimpin hingga sanggup berdusta.

Jelas Najib, pembangkang sering mengaitkan kerajaan dalam segala insiden yang berlaku dalam negara seperti di Sauk, Memali dan kini insiden di Lahad Datu.

Ujarnya, setiap anggota keselamatan yang mengawal keamanan negara harus disanjung kerana mereka mempertaruhkan nyawa dan isu ini tidak seharusnya di perlekehkan atau dihina lebih-lebih lagi menjadi mainan politik.

Beliau dalam pada itu turut menimbulkan rasa sedih dan sebak ke atas keluarga anggota keselamatan berikutan kehilangan suami dan bapa yang meninggal dunia di Lahad Datu dalam perjuangan mempertahankan keamanan negara.

Read more...

Undi PR bawa kehancuran - Ustaz Hasan Basri


Read more...

Ostazah Gila Glamor Abby Mengetuai Unit Amal PAS Ke Lahad Datu!!!

Sunday 3 March 2013



Read more...

PERTEMPURAN LAHAD DATU

Saturday 2 March 2013


Wahai anak...

Ingatlah, ayahmu terkorban ketika menjalankan tugas dalam usaha membela keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat. Ayahmu mengorbankan nyawanya biarpun dicela, dicemuh dan dihina oleh golongan manusia yang kufur nikmat. Ayahmu tidak mempedulikan segala penghinaan yang diterimanya kerana tugas yang dipikul dan masih lagi meneruskan tugasnya biarpun dia amat sedar, engkau dan ibumu akan ditinggalkan buat selama-lamanya kerana tugas itu.

Klik sini untuk selanjutnya

Read more...

Jambatan Runtuh...Salah BN Jugak Ke?

Friday 1 March 2013



UMNO yang salah, BN yang Salah semua nya UMNO dan BN. Najib Razak yang salah, Rosmah Mansor pun salah. Ehhhh tak cukup lagi? Arghhhhh.... "Memang Barisan Nasional lah yang punya kerja sampai runtuh jambatan tu"

- Juak Juak Pembangkang & Seangkatan dengannya.

Insiden jambatan runtuh di Persimpangan Bertingkat Science Park 2 yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)!!!

Inilah Pakatan Rakyat, bila dah tiada isu nak bantai kerajaan BN..Hal jambatan pun jadilah...adoiiiii

Klik sini

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP