Tian Chua..Keluar Ko Dari Malaysia!!!!
Monday, 4 March 2013
Menurut Perdana Menteri, dakwaan tersebut merupakan perbuatan terhina dengan menjadikan isu ini sebagai mainan politik untuk meraih undi berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir.
"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar.
Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca."Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian.
Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," katanya dalam ucaptama di program jelajah 'Janji Di Tepati' peringkat Perlis dekat Kangar hari ini.
Tambah beliau, perbuatan keji seperti ini hanya dilakukan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan dan tidak layak untuk dipanggil pemimpin hingga sanggup berdusta.
Jelas Najib, pembangkang sering mengaitkan kerajaan dalam segala insiden yang berlaku dalam negara seperti di Sauk, Memali dan kini insiden di Lahad Datu.
Ujarnya, setiap anggota keselamatan yang mengawal keamanan negara harus disanjung kerana mereka mempertaruhkan nyawa dan isu ini tidak seharusnya di perlekehkan atau dihina lebih-lebih lagi menjadi mainan politik.
Beliau dalam pada itu turut menimbulkan rasa sedih dan sebak ke atas keluarga anggota keselamatan berikutan kehilangan suami dan bapa yang meninggal dunia di Lahad Datu dalam perjuangan mempertahankan keamanan negara.
0 comments:
Post a Comment