Saman Saman Dan Saman..Itulah Anwar BRAhim!!!
Friday, 29 March 2013
Naib Presiden PKR yang juga peguam, N Surendran hari ini tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi kepada pengendali blog Papagomo berhubung dakwaan terbaru menerusi laman blognya.
Surendran berkata jika dakwaan terbaru Papagomo itu palsu beliau akan menasihati anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang sekali lagi.
"Kita akan kaji. Kalau ada kenyataan yang jelas dan palsu, saya akan ambil arahan dari anak guam saya dan kita akan kaji dan tengok," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terbaru Papagomo mengenai 13 agenda besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya.
Dalam entri terbaru, Papagomo menyenaraikan 13 agenda yang akan digunakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sebagai 'modal' bagi meraih undi dan simpati rakyat.
Antara agenda tersebut adalah Anwar akan merancang pelbagai 'bencana' termasuk kononnya cubaan untuk menembak beliau, setiap ahli PAS akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dan Anwar juga dikatakan akan menunjukkan jam tangan Omega tiruan pada saat-saat akhir sebelum mengundi.
Minggu lalu Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Papagomo atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah dan meletakkan imej yang mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki yang mirip wajahnya dengan pasangan homoseksnya.
Papagomo meminta Anwar menarik balik saman tersebut jika tidak mahu rakaman video berwarna dengan audio yang jelas membabitkan Ahli Parliman Permatang Pauh itu didedahkan kepada umum.
Namun sehingga hari ini, tiada tanda-tanda Anwar akan berbuat demikian.
Papagomo sehingga kini telah mengeluarkan dua bahagian video seorang lelaki juga mirip Anwar sedang bercakap dengan seorang mahasiswa yang dikatakan dari Sabah dalam sebuah bilik di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Sumber
0 comments:
Post a Comment