Powered by Blogger.

Pas Tidak Akan Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan...Betul ke???

Thursday 26 December 2013

PAS menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS akan terus mengamalkan sistem demokrasi menerusi proses pilihan raya sebagai platform pengambilalihan kuasa pemerintahan di Negara ini.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna.

"Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik," katanya pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks PAS Pokok Sena, di sini baru-baru ini.




Mohamad Sabu merujuk kepada maklumat mengenai penganjuran perhimpunan pada 31 Disember ini yang bertujuan mengguling Kerajaan Barisan Nasional (BN) susulan isu kenaikan beberapa harga barang bermula tahun hadapan.

Sebelum ini, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat untuk hadir dan menyebarkan maklumat akan menggunakan bom pada Perhimpunan tersebut.

rakyatnews.my

Read more...

Lelaki Dianaya DAP Pulau Pinang?

Monday 23 December 2013

Rakan dan wakil rakyat DAP di sebelah Lim Guan Eng ini berdepan dengan laporan polis daripada seorang rakyat kaum India.  



Sungguh mengejutkan kerana lelaki itu mendakwa telah dipukul oleh wakil rakyat DAP. Lihat printscreen di bawah :



Mangsa bukan sahaja terpaksa menunggu selama 2 jam tetapi dianiaya oleh wakil rakyat DAP.

Sebelum ini ada wakil rakyat yang menghina pekerja MPPP dengan menggelar mereka kucing kurap. Apakah ini sifat dan sikap biadap yang bersarang di dalam parti DAP?

Kita tunggu keputusan penyiasatan pihak polis.

the unspinners

Read more...

Luahan Hati Datin Seri Rosmah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.  Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu. Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan.  Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.  Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.  Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.  Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

credit to malayrights

Read more...

Pray for Tacloban, Filipina

Tuesday 19 November 2013



Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke-34 dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan dalam usaha membantu mangsa menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa di sana. Seramai 38 orang sukarelawan akan terlibat, yang terdiri daripada 11 orang doktor, 15 orang petugas media dan 12 orang sukarelawan daripada KP1M.




lagi gambar klik sini



Read more...

Kapal Terbang MAS Wings Terhempas Di Kudat

Thursday 10 October 2013

Sebuah kapalterbang mas wing dari kk ke sandakan telah terhempas pada jam 3 petang tadi.


Seramai 9 orang yang tercedara dan mereka telah pun dimasukan di hospital kudat. 


Khabarnya kapalterbang ini terhempas sebab kena angin kuat dan tersasar di landasan lapangan terbang kudat.




Read more...

Luahan Hati Sebagai Rakyat Malaysia

Monday 7 October 2013



Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.


Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?...


Read more...

Lim Kit Siang Bersara Dari DAP???

Tuesday 1 October 2013

DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP




Read more...

Ustaz Azizan (Bekas MB Kedah) Kembali Kerahmahtullah

Thursday 26 September 2013


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir.

Al Fatihah diucapkan..Semoga Rohnya dicucuri rahmat olehNya

Sumber

Read more...

Parlimen - N.Surendren Diarah Keluar Dewan

Wednesday 25 September 2013


Sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendren diarah keluar Dewan Rakyat atas arahan Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin sebelum sesi pertanyaan lisan bermula.

Tan Sri Pandikar Amin mengarahkan N.Surendran keluar daripada dewan apabila N.Surendran bertindak membawa patisyen yang disifatkan tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

N.Surendren yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba membaca sebuah patisyen mengenai kematian tahanan loap P. Karuna Nithi.

Menurut Peraturan Mesyuarat,sesi dewan seharusnya dimulakan dengan sesi pertanyaan lisan sebelum apa-apa usul diketengahkan oleh mana-mana ahli Parlimen.

Selanjutnya klik sini 

Read more...

Ape Cerita Ni Noh Omar???


Read more...

Calon UMNO Terengganu Tarik Diri Dari Bertanding



Badan Perhubungan Umno Terengganu menerima 15 borang permohonan menarik diri daripada bertanding bagi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri, Datuk Muda Mamat berkata, permohonan itu diterima selepas tempoh bertenang tiga hari selepas penyerahan borang pencalonan Sabtu lepas tamat pukul 5 petang semalam.

"Borang-borang ini akan dihantar ke ibu pejabat untuk pertimbangan dan senarai penuh pencalonan negeri ini yang bertanding akan saya umumkan esok di sini. Harap semua calon bersabar," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Pada Sabtu, jawatankuasa pemilihan Umno negeri menerima 1,567 borang pencalonan melibatkan pertandingan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ia melibatkan 601 borang untuk pertandingan jawatankuasa bahagian, 311 untuk Wanita, Pemuda (399) dan Puteri (256).

Umno Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sumber

Read more...

Ulama Diabaikan!!! Apa Sebenarnya Hala Tuju PAS???

Tuesday 24 September 2013


AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR. Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh. Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP. Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam. Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.


Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?
Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama. Namun itu dulu.

Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar. Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? 

Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?
Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

Sumber

Read more...

Anwar Menyorok Bawah Katil???

Monday 23 September 2013



Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kebenaran kepada Bank Negara untuk melakukan siasatan ke atas kemelut akaun miliknya itu.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kepada pihak media dan Bank Negara mengenai dakwaan mengatakan bahawa terdapat penyelewengan di dalam akaun miliknya.

"Anwar disaran memberi kebenaran untuk pihak Bank Negara memeriksa maklumat sulit beliau supaya ia dapat membersihkan namanya," katanya di hadapan kediaman milik Ketua Pembangkang itu di sini, hari ini.

Azwanddin tampil ke rumah Anwar bagi menyerahkan surat akuan kebenaran kepada wakil Anwar Ibrahim kira-kira jam 11 pagi mengakibatkan para wartawan terpaksa menunggu selama lebih 1 jam.

Beliau menjelaskan, pihak JMM telah menyediakan satu surat akuan kebenaran dan hanya menuntut Anwar untuk menandatangani surat tersebut sebelum diserah kepada Bank Negara.

Katanya, pihaknya akan turut ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyerahkan surat yang sama selepas ini.

"JMM dah sediakan dan Anwar hanya perlu tandatangani surat kebenaran tersebut sebelum ianya diserahkan terus kepada Bank Negara dan minggu depan kami akan ke pejabat beliau bagi menyerahkan surat yang sama.

"Anwar sepatutnya menjelaskan dakwaan tersebut dengan betul dan bukan hanya menafikannya di atas pentas ceramah," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendakwa Ketua Pembangkang semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri memiliki 20 akaun bank di luar negara termasuk Israel.

Malah kemasukan dana asing yang didakwa disalurkan kepada parti pembangkang mengundang kepada campurtangan kuasa barat dalam dunia politik Malaysia.

Sehubungan itu,pihak berwajib didesak supaya segera menyiasat dakwaan tersebut demi keselamatan negara.

Read more...

Mahkamah Perintah MAIS Jangan Robohkan Tanah Wakaf

Tuesday 10 September 2013

Mahkamah Syariah telah memutuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi anak Syarikatnya, MAIS Construction & Properties Sdn Bhd untuk tidak merobohkan apa-apa struktur bangunan Wakaf Desa Fahmi yang terletak di Mukim Kapar, Klang.

Hakim Mohamad Fouzi Mokhtar memutuskan perkara tersebut setelah meneliti notis permohonan serta Afidavit pemohon disamping perseutujan oleh defendan.

Pemohon Dr Kamarolzaman Hajar, 54, diwakili oleh Peguam Sa'adiah Din manakala defendan Ali Najmi Mohd Nordin sebagai penama dari MAIS tidak diwakili peguam.

Kes didengar dan diputuskan mengikut Subseksyen 135 (3) Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Perintah yang dikeluarkan mahkamah membolehkan pemohon menghalang MAIS dari terus merobohkan struktur sebuah banglow dan 26 buah rumah teres yang sepatutnya dihuni oleh anak-anak yatim, orang-orang tua, asnaf, tahfiz dan mualaf.
alt
Menurut pewakaf, Dr Kamarolzaman, MAIS pada asalnya ingin membangunkan sebuah projek pangsapuri di atas tanah wakaf Desa Fahmi di Lot 43483, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor yang dilihat 'lari' dari tujuan asal wakaf tersebut.

Disamping itu, MAIS juga dikatakan merosakkan struktur bangunan dengan mencabut kesemua pintu, pagar, tanki air, kabel elektrik dan peralatan rumah dengan alasan menyimpannya di stor dari serangan anai-anai.

Read more...

Aktivis Politik Dikehendaki Polis!!!

Tuesday 3 September 2013


A.Samad Said dikehendaki pihak Polis bagi membantu siasatan mengenai isu pengibaran bendera sang saka malaya pada malam merdeka.

Hanya perkataan Bodoh yang boleh dikatakan pada santa claus ni. Sewenang - wenangnya nak menukar bendera kebangsaan kita.

RakyatNews ada menyiarkan video di laman youtube memaparkan ketiga - tiga aktivis ini iaitu 2 lagi ialah hishammudin rais dan Adam adli mengibarkan bendera sang saka malaya di Dataran Merdeka sambil melaungkan jalur gemilang bukanlah bendera kebangsaan sebenar.


Kalau difikirkan bendera kebangsaan kita yang sekarang ini bukan yang sebenar. Dah berpuluh tahun kita mengibarkan bendera tersebut. Siapa diorang ni?..yang datang ntah dari mana, melaungkan jalur gemilang bukan bendera kebangsaan sebenar.

Apa lagi yang diorang mau tuntut?..ptptn, spr, ape lagi lah lepas ni?...

Mereka mendakwa, jalur gemilang adalah hasil ciplak daripada bendera Amerika Syarikat dan bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera kebangsaan sebenar.

Mereka akan disiasat mengiku akta hasutan.

Read more...

Perangi YDPA: PDRM Siasat video Wan Ji

Saturday 24 August 2013



Video itu memaparkan wan ji melakar perancangan di whiteboard dalam keadaan memberikan penerangan palat beliau yang bercita-cita menjadikan negara Malaysia tercinta ini sebagai sebuah negara republik dengan menghapuskan kuasa sultan pada 2030.

Pihak Polis akan menyiasat kes ini mengikut Akta Hasutan 1958. Setakat ini telah menerima 4 laporan terhadap Wan Ji berhubung penyebaran video berkenaan.

Datuk Ku Chi Wah (ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK KL) berkata pihaknya akan memanggil Wan Ji untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber Utusan Malaysia

Read more...

Perangi YDPA: Hukuman Gantung Sampai Mati Menanti!!!

Wednesday 21 August 2013



Wan Ji tengah bersama Cikgu Jaafar (guru sekolah di Andalas Klang)..Beliau mengisytiharkan mahu hapuskan kuasa Sutan..

Siapakah dia yang berhak untuk menjatuhkan Sultan?..

Saya sebagai rakyat malaysia berasa tersinggung dgn sikap Melayu macamni...Apa hak dia untuk menghapuskan kuasa Sultan?..

Kalau disabitkan kesalahan mahu mencetuskan kekecohan/ketidakharmonian dalam negara kerana menghasut rakyat untuk menghapuskan kuasa Sultan boleh digantung sampai mati kerana mencetuskan perang terhadap YDPA..

Terimalah nasib ko macam Al - Maunah!!!

Jangan nak kata kalau dah dihukum nanti tu dikira mati syahid pulak...



Read more...

KJ Sahkan Pertahan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Monday 19 August 2013



Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam parti pada pemilihan Agung Umno 2013 yang akan berlangsung September ini.

Menurut Khairy, keputusan tersebut dibuat setelah membuat perbincangan dengan pelbagai pihak yang masih memerlukan kepimpinan beliau dalam sayap parti itu.

"Saya membuat keputusan (pertahankan jawatan) setelah mendapat maklum balas daripada pimpinan akar umbi yang dikatakan masih memerlukan kepimpinan saya dalam sayap parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbukanya di sini.

Khairy yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau itu turut berkata tempoh sepenggal yang diberikan kepadanya untuk menerajui sayap parti itu tidak mencukupi dan memohon diberi tempoh sepenggal lagi bagi membuktikan kepimpinannya.

"Bagi saya, tempoh sepenggal yang diberikan kepada saya tidak mencukupi dan saya perlukan tempoh yang lebih untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pengundi muda untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional," ujarnya.

Tambah Khairy , secara peribadinya beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan tahun 2009.

Mesyuarat Cawangan Umno dilanjutkan dari 31 Ogos kepada 15 September ini manakala pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dipinda dari 7 September kepada 21 September.

Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober dan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi Umno ditukar dari 7 September kepada 28 September.

Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober.

Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.

Read more...

Sulltan Johor Arah Roboh Surau, Isteri Pemilik Hina Penduduk???

Tuesday 13 August 2013



Dua laporan polis oleh penduduk Kampung Sedili Besar berhubung salahguna surau di Tanjung Sutera Resort, akhirnya membolehkan polis menahan pengurus resort berkenaan. Namun yang paling menyakitkan hati ialah apabila isteri kepada pengurus resort tersebut, mengeluarkan kata-kata yang cukup menghina.

“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam, BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”

Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.

Semalam juga lebih kurang jam 10:45 pagi sehingga 12:50 tengah hari, bertempat di Surau Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, telah diadakan lawatan dan tinjauan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Lebih kurang 20 orang telah hadir.

Antara mereka termasuklah:

(1) Dato’ Mohd Noh bin Gadut – Penasihat Agama Negeri Johor.
(2) Dato’ Tahrir bin Hj. Shamsuddin – Mufti Negeri Johor
(3) Taufik bin Kiai Hj. Shamsuddin – Kadi Daerah Kota Tinggi
(4) Hj. Mohd Noorazam bin Dato’ Hj. Osman – Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Lawatan dan tinjauan yang dibuat oleh ketiga-tiga jabatan itu adalah untuk mengenalpasti isu surau yang menjadi kontroversi dan digunakan oleh penganut Buddha. Hasil daripada tinjauan oleh ketiga-tiga pihak tersebut mendapati, surau yang digunakan, tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.
Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut dan menepati tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad s.a.w dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort.
JAIJ turut menurunkan papantanda kalimah Syahadat, salahsilah keluarga dan nama surau Tanjung Sutera Resort tersebut. Manakala pemilik merangkap pengurus resort berkenaan, SYED AHMAD ALKAFF telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.
Hasil siasatan dengan pengurus Tanjung Sutera Resort, punca penggunaan surau tersebut dibenarkan untuk penganut Buddha adala kerana dewan Tanjung Sutera Resort telah digunakan oleh seramai 80 Cina dari Johor Bahru untuk aktiviti percutian mereka. Oleh kerana pengurus begitu menghormati 14 orang Cina penganut Buddha yang ingin mengadakan upacara keagamaan mereka, dia telah membenarkan surau resort tersebut digunakan.
14 orang Cina penganut Buddha tersebut merupakan rakyat dan pelancong dari Singapura.
Terbaru, DYMM Sultan Johor telah mengarahkan surau tersebut dirobohkan. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedili Besar bersama-sama penduduk telah bertindak menghalau 14 orang Cina Buddha tersebut keluar dari surau sebaik-baik menyedari kejadian tersebut.
Sumber 

Read more...

PRK N1: Penyokong PAS Meroyan???!!!

Wednesday 24 July 2013


Berlaku sedikit kekecohan di Peti Undi Kampung Nangka apabila dilihat beberapa penyokong PAS menghampiri kawasan peraih undi BN.

Namun ia hanya provokasi ringan dalam rutin meraih undi disaat-saat akhir pada pilihanraya dan keadaan dapat dikawal anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut ini menyaksikan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mula kelihatan di Peti Undi Kampung Nangka di sini kira-kira jam 10 pagi selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kuala Besut.

Sambil ditemani isteri dan ayahnya, Tengku Zaihan dilihat menghampiri penyokong-penyokongnya dan mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberi.

Dalam masa sama Tengku Zaihan juga sempat melawat persekitaran Peti Undi terbabit.
 

Read more...

PRK N1 Kuala Besut: Azlan Tidak Akan Mengambil Elaun Jikalau Menang PRK

Monday 15 July 2013


Pas telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Azlan @ Endut Yusof mengeluarkan kenyataan secara spontan kepada media kerana khuatir akan disalah tafsirkan.

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, ekoran daripada keputusan itu, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak calonnya.

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya.

Semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.

Tambah Hanafiah pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media.

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya.

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media.

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Beliau turut menjelaskan kenyataan yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti.

"Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media," katanya.

Menurutnya, jika dipilih, Azlan memutuskan tidak akan mengambil elaun wakil rakyat, sebaliknya akan menyalurkan wang itu untuk tabung bantuan yang akan ditubuhkan bagi bantu golongan memerlukan di kawasan tersebut.

Hahaha...Perenggan terakhir tu penting...so rakyat Kuala Besut sila ambil Perhatian!!!..

Sumber 

Read more...

Pengecut Idola Mahasewel...Hishamuddin Rais

Sunday 26 May 2013


Hishamuddin rais digambarkan dalam Wikipedia SINI sebagai  seorang aktivis politik terkenal di Malaysia. Namun begitu, jika dibaca seterusnya dalam biografinya, tiada hebat mana pencapaiannya sebagai aktivis untuk dikatakan terkenal.

Memperjuangkan setinggan di Tasek Utara Johor Baru tak hebat mana kerana hal setinggan perkara saja. Nak pampasan lebih, tak mahu keluar dari tanah yang bukan hak milik mereka, dan rumah yang disediakan kerajaan bukan yang mereka mahu.

Demo pelajar Disember 1974 kerana kononnya kelaparan di Baling bukan betul pun. Dua tiga pelajar jalan-jalan dalam volkwagen buruk dan bila sampai Baling, dengar cerita orang mati kelaparan. Tak siasat terus beritahu Anwar Ibrahim lalu terus demo.

Mana ada orang kampung mati kelaparan di Malaysia. SIfat tolong menolong dan gotong royong orang kita tak akan biarkan jiran lapar.

Salah seorang dalam Volkwagen itu adalah Dato Fuad Tan Sri Hasan, bekas pengikut Anwar dan adik Tan Sri Musa Hassan. Dia ketua Pengarah JASA. Pergi tanya dia ...

Pendik cerita Hishamuddin Rais sebenarnya terkenal sebagai pengecut yang hanya tahu bakar orang tapi cabut lari. Masa reformasi, dia mengatur dna pantau dari jauh tapi bila ditangkap di Jalan Tunku ABdul Rahman, dia kata dia hanya jalan-jalan ada pasar minggu di situ.

Dia adalah mastermind himpunan, demo dan mogok tapi adalah pengecut yang tak mahu bertanggungjawab. Malah dia sering cabut lari bila polis memulakan Ops dan ambil tindakan undang-undang.

Di mana Hishamuddin Rais sekarang ketika Adam Adli ditangkap dan kena caj. kenapa dia tak kedengaran suara dan gelagat dia sejak Tamrin, Tian CHua dan Harris Ibrahim ditangkap untuk siasatan hasutan berdasarkan beberapa ucapan terutama ucapan di Dewan Perhimpunan Cina KL?

Malam itu, Hishamuddin rais ada. Cakap berdegar-degar ... kita akan jatuhkan kerjaan! kita akan ini! Dan kita akan itu! ....
 

Selanjutnya klik sini

Read more...

Chegu Bard Serupa Lanun Sulu?....

Friday 24 May 2013



Chegu Bard sedang bercakap besar walaupun dia tahu, dia sebenarnya sedang diburu oleh polis untuk ditahan bagi mendapatkan keterangan berhubung hasutan yang telah dilakukannya. Anak sedara menantu Anwar Ibrahim itu telah mencabar Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara menangkapnya.

Namun sesuatu yang amat menarik yang perlu diberikan perhatian, dalam TWITTERnya, Chegu Bard cuba berseloroh dengan menyatakan, dia wajar diberikan peluang selama tiga minggu sepertimana yang telah diberikan oleh kerajaan kepada lanun-lanun Sulu yang menyerang Sabah Februari-Mac lalu.

Selepas tiga minggu, barulah kerajaan boleh bertindak terhadapnya!

Eloklah juga tuh...

Memang patut Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara memberikan peluang kepada Chegu Bard selama tiga minggu, menerusi pujukan, amaran, dan kata-kata yang lembut. Selepas tamat tiga minggu, maka Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, bolehlah melayan Chegu Bard sepertimana 'layanan' yang telah diberikan kepada lanun-lanun Sulu.

Barangkali memang Chegu Bard memang mengidamkan sangat peluru kut? Atau barangkali dia memang mengidamkan tali gantung demi membuktikan cintanya kepada Anwar Ibrahim?

Tq Flying Kick

Read more...

Barisan Kabinet 2013

Wednesday 15 May 2013



Kemenangan Barisan Nasional (BN) Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Memperoleh 133 Kerusi Parlimen Daripada 222 Yang Dipertandingkan Mengekalkan Bn Sebagai Pemerintah Mempertahankannya Daripada Tumbang Kepada Pembangkang.

Pembentangan Barisan Menteri Kabinet Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Kepada Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Semalam Mendapat Perkenan Baginda.

Najib Tiba Di Perkaranagan Istana Negara Kira-Kira Jam 11.55 Pagi Tadi Bagi Menerahkan Watikah Perlantikan Kabinet Persekutuan Bagi Penggal Baru.

Jelas Najib, Barisan Kabinet Kali Ini Berimbang Dan Teknokrat Ekoran Ianya Terdiri Daripada Wakil Yang Berpengalaman Akan Menyumbangkan Kepadakaran Khusus Dalam Bidang Masing-Masing.

Katanya, Kabinet Kali Ini Mampu Untuk Menjayakan Transformasi Nasional Disamping Meningkatkan Kepercayaan Masyarakat Kepada Kerajaan.

Berikut Merupakan Barisan Menteri Kabinet Pagi Penggal Ke-13.


Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
1. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom
2. Senator Abd Wahid Omar
3. Senator Datuk Seri Idris Jala
4. Senator Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kasim
6. Pn Hjh Nancy Shukry
7. Datuk Joseh Entulu
8. Senator Paul Lau Seng Kuat
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy


Kementerian Pertahanan
Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : Datuk Rahim Bakri

Kementerian Kewangan
Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri ii : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Madzlan

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri ke ii :  Datuk Seri Idris Jusuh
Timbalan Menteri : Datuk Dr Meryl Yap
Timbalan Menteri ii : Datuk P Kalamanatahan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri : Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi
Timbalan Menteri : Datuk Seri Dr Wan Junaidi

Kementerian Pengangkutan
Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pemangku)
Timbalan Menteri : Datuk abdul Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
Menteri : Datuk Seri Mohd Nazri Nazri Aziz
Timbalan Menteri : Datuk Joseph Salang

Kementerian Luar Negeri
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri : Datuk Hamzah Zainudin

Kementerian Kerja Raya
Menteri : Datuk Fadilah Yusuf
Timbalan Menteri : Datuk Rosnah Abd Rashid

Kementerian Kesihatan
Menteri : Datuk S Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Hilmi Yahya

Kementerian Belia Dan Sukan
Menteri : Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri : Datuk Saravanan Murugan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri : Datuk Richard Riot

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan
Menteri : Datuk Hassan Malik
Timbalan Menteri : Senator Ahmad Bashah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Menteri : Mustapa Muhammad
Timbalan Menteri : Datuk Hamim Samuri

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Menteri : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub
Timbalan Menteri : Datuk Tajuddin Abd Rahman

Kementerian Sains Teknologi Dan Innovasi
Menteri : Datuk Ivon Ibin
Timbalan Menteri: Datuk Sr Abu Bakar

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Menteri : Datuk Seri G Palanivel
Timbalan Menteri : Datuk Dr James Dawos

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Menteri : Datuk Dr Maxsimus Ongkili
Timbalan Menteri : Datuk Seri Mahathir Khalid

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Menteri : Datuk Sri Shafie Apdal
Timbalan Menteri : Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Menteri : Datuk Seri Douglas Unggah
Timbalan Menteri : Datuk Noriah Kasnun

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Menteri : Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri : Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Menteri : Datuk Rohani Ab Karim
Timbalan Menteri : Datuk Dr James Dawus

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
Menteri : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri : Datuk Jailani Johari

Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri : Datuk Seri Tg Adnan Tengku Mansoor
Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr Logabalamohan

Read more...

Khalid Ibrahim Tunai Janji Ibu Tunggal???..Pppuihhhh

Tuesday 14 May 2013



2,020 Ibu Tunggal Selangor akhirnya gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepada mereka.

Dalam tuntutan berjumlah RM10.9 juta, mereka mendakwa MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah gagal mengotakan janji manifesto PRU12 dalam memberikan elaun bulanan RM100 kepada mereka.

Hakikatnya, Khalid telah 'terselamat' apabila penghakiman yang memutuskan, bahawa manifesto pilihanraya tidak punya kuatkuasa undang-undang, disamping kes yang dibawa telah melewati tempoh. (Baca keratan di bawah dan laporan penuh NST).


Meskipun Khalid berjaya dengan penghakiman tersebut, namun jika dipandang sudut moralnya jelas bahawa  Khalid adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

Tq Akar Umbi

Read more...

MCA - Tidak Ada Wakil Didalam Kabinet

Monday 6 May 2013




Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
Dalam Tweet terbarunya Chua berkata:
 
"MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."
MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen iaitu Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008. 

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP