Powered by Blogger.

Sulltan Johor Arah Roboh Surau, Isteri Pemilik Hina Penduduk???

Tuesday 13 August 2013



Dua laporan polis oleh penduduk Kampung Sedili Besar berhubung salahguna surau di Tanjung Sutera Resort, akhirnya membolehkan polis menahan pengurus resort berkenaan. Namun yang paling menyakitkan hati ialah apabila isteri kepada pengurus resort tersebut, mengeluarkan kata-kata yang cukup menghina.

“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam, BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”

Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.

Semalam juga lebih kurang jam 10:45 pagi sehingga 12:50 tengah hari, bertempat di Surau Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, telah diadakan lawatan dan tinjauan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Lebih kurang 20 orang telah hadir.

Antara mereka termasuklah:

(1) Dato’ Mohd Noh bin Gadut – Penasihat Agama Negeri Johor.
(2) Dato’ Tahrir bin Hj. Shamsuddin – Mufti Negeri Johor
(3) Taufik bin Kiai Hj. Shamsuddin – Kadi Daerah Kota Tinggi
(4) Hj. Mohd Noorazam bin Dato’ Hj. Osman – Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Lawatan dan tinjauan yang dibuat oleh ketiga-tiga jabatan itu adalah untuk mengenalpasti isu surau yang menjadi kontroversi dan digunakan oleh penganut Buddha. Hasil daripada tinjauan oleh ketiga-tiga pihak tersebut mendapati, surau yang digunakan, tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.
Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut dan menepati tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad s.a.w dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort.
JAIJ turut menurunkan papantanda kalimah Syahadat, salahsilah keluarga dan nama surau Tanjung Sutera Resort tersebut. Manakala pemilik merangkap pengurus resort berkenaan, SYED AHMAD ALKAFF telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.
Hasil siasatan dengan pengurus Tanjung Sutera Resort, punca penggunaan surau tersebut dibenarkan untuk penganut Buddha adala kerana dewan Tanjung Sutera Resort telah digunakan oleh seramai 80 Cina dari Johor Bahru untuk aktiviti percutian mereka. Oleh kerana pengurus begitu menghormati 14 orang Cina penganut Buddha yang ingin mengadakan upacara keagamaan mereka, dia telah membenarkan surau resort tersebut digunakan.
14 orang Cina penganut Buddha tersebut merupakan rakyat dan pelancong dari Singapura.
Terbaru, DYMM Sultan Johor telah mengarahkan surau tersebut dirobohkan. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedili Besar bersama-sama penduduk telah bertindak menghalau 14 orang Cina Buddha tersebut keluar dari surau sebaik-baik menyedari kejadian tersebut.
Sumber 

7 comments:

Rashed Yb 13 August 2013 at 15:51  

apaada kena mengena dgn dgn sporting ke tidak...camne korang boleh mengaku ISLAM tapi tergamak berbuat perkara yg mengina ISLAM...:(

haze 13 August 2013 at 17:22  

allah...bangga sgt nk jd singaporean awat?bengap sgt pi la dduk cna jgn dduk msia..bodoh..ape perasaan dia klu uma dia kene ceroboh???mcm tu la agama kite tmpt kite bribadah...

Unknown 13 August 2013 at 21:41  

kpala butoh nya resort owner ni kamjat pa yg ang bngga sngat ngan sngapore tuu p la duk sna mai sni duk wat rancakk pa citaa

hairil 14 August 2013 at 08:05  

ape susah... mengadu kat sultan johor, xpon suh sultan johor siasat.. jgn bg keturunan dorg masuk malaysia smpai mati.

iymail 14 August 2013 at 09:04  

Batalkan sahaja lesen resort dan halau sahaja balik ka Singapore. Jangan biarkan orang macam ini besar kepala.

CheMah 14 August 2013 at 18:40  

rakyat malaysia, yg rasa malaysia ini dah tak selesa lagi- sila pindah ke tmpt yang dia rasa lebih selesa. Kami rakyat yg selesa, tidak mahu di ganggu dengan ungkapan2 bodoh dan di tertawakan oleh bangsa2 lain atas kedaifan pencakap yg tidak menghormati agama islam, bangsanya sendiri dan negara tmpt dia mencari rezeki

zapawie 15 August 2013 at 03:23  

respek penduduk kg yg prihatin..owner tu buat malu keturunan syed jer...laki bini bodoh...patut bakar jer resort tu..biar padan muka

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP