Powered by Blogger.

PRK N1 Kuala Besut: Azlan Tidak Akan Mengambil Elaun Jikalau Menang PRK

Monday 15 July 2013


Pas telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Azlan @ Endut Yusof mengeluarkan kenyataan secara spontan kepada media kerana khuatir akan disalah tafsirkan.

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, ekoran daripada keputusan itu, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak calonnya.

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya.

Semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.

Tambah Hanafiah pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media.

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya.

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media.

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Beliau turut menjelaskan kenyataan yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti.

"Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media," katanya.

Menurutnya, jika dipilih, Azlan memutuskan tidak akan mengambil elaun wakil rakyat, sebaliknya akan menyalurkan wang itu untuk tabung bantuan yang akan ditubuhkan bagi bantu golongan memerlukan di kawasan tersebut.

Hahaha...Perenggan terakhir tu penting...so rakyat Kuala Besut sila ambil Perhatian!!!..

Sumber 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP