Powered by Blogger.

Anwar Menyorok Bawah Katil???

Monday 23 September 2013



Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kebenaran kepada Bank Negara untuk melakukan siasatan ke atas kemelut akaun miliknya itu.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kepada pihak media dan Bank Negara mengenai dakwaan mengatakan bahawa terdapat penyelewengan di dalam akaun miliknya.

"Anwar disaran memberi kebenaran untuk pihak Bank Negara memeriksa maklumat sulit beliau supaya ia dapat membersihkan namanya," katanya di hadapan kediaman milik Ketua Pembangkang itu di sini, hari ini.

Azwanddin tampil ke rumah Anwar bagi menyerahkan surat akuan kebenaran kepada wakil Anwar Ibrahim kira-kira jam 11 pagi mengakibatkan para wartawan terpaksa menunggu selama lebih 1 jam.

Beliau menjelaskan, pihak JMM telah menyediakan satu surat akuan kebenaran dan hanya menuntut Anwar untuk menandatangani surat tersebut sebelum diserah kepada Bank Negara.

Katanya, pihaknya akan turut ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyerahkan surat yang sama selepas ini.

"JMM dah sediakan dan Anwar hanya perlu tandatangani surat kebenaran tersebut sebelum ianya diserahkan terus kepada Bank Negara dan minggu depan kami akan ke pejabat beliau bagi menyerahkan surat yang sama.

"Anwar sepatutnya menjelaskan dakwaan tersebut dengan betul dan bukan hanya menafikannya di atas pentas ceramah," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendakwa Ketua Pembangkang semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri memiliki 20 akaun bank di luar negara termasuk Israel.

Malah kemasukan dana asing yang didakwa disalurkan kepada parti pembangkang mengundang kepada campurtangan kuasa barat dalam dunia politik Malaysia.

Sehubungan itu,pihak berwajib didesak supaya segera menyiasat dakwaan tersebut demi keselamatan negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP