Powered by Blogger.

Mahkamah Perintah MAIS Jangan Robohkan Tanah Wakaf

Tuesday, 10 September 2013

Mahkamah Syariah telah memutuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi anak Syarikatnya, MAIS Construction & Properties Sdn Bhd untuk tidak merobohkan apa-apa struktur bangunan Wakaf Desa Fahmi yang terletak di Mukim Kapar, Klang.

Hakim Mohamad Fouzi Mokhtar memutuskan perkara tersebut setelah meneliti notis permohonan serta Afidavit pemohon disamping perseutujan oleh defendan.

Pemohon Dr Kamarolzaman Hajar, 54, diwakili oleh Peguam Sa'adiah Din manakala defendan Ali Najmi Mohd Nordin sebagai penama dari MAIS tidak diwakili peguam.

Kes didengar dan diputuskan mengikut Subseksyen 135 (3) Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Perintah yang dikeluarkan mahkamah membolehkan pemohon menghalang MAIS dari terus merobohkan struktur sebuah banglow dan 26 buah rumah teres yang sepatutnya dihuni oleh anak-anak yatim, orang-orang tua, asnaf, tahfiz dan mualaf.
alt
Menurut pewakaf, Dr Kamarolzaman, MAIS pada asalnya ingin membangunkan sebuah projek pangsapuri di atas tanah wakaf Desa Fahmi di Lot 43483, Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor yang dilihat 'lari' dari tujuan asal wakaf tersebut.

Disamping itu, MAIS juga dikatakan merosakkan struktur bangunan dengan mencabut kesemua pintu, pagar, tanki air, kabel elektrik dan peralatan rumah dengan alasan menyimpannya di stor dari serangan anai-anai.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP