Powered by Blogger.

Chua Jui Meng Merajuk???

Wednesday 27 March 2013



Ekoran pencalonan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng merajuk dan menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Chua Jui Meng sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR di Parlimen Gelang Patah, Johor.
“Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan “kehilangan” Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui

Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.

“Para pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan “bantahan” bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi calon kerusi itu.

“Chua tidak hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah pada Isnin lepas, ” lapor Mstar.

Ketua bahagian dan ketua biro perundangan PKR Johor Jaya, Jimmy Puah lapor Mstar berkata, ramai yang mempersoalkan kehilangan Chua daripada beberapa majlis PKR negeri dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Kami mempunyai perasaan yang bercampur-baur seperti kami teruja berkempen untuk pilihan raya umum tetapi ia menjejaskan semangat kami apabila tiada pemimpin,” katanya, sambil menambah bahawa beliau mendengar bahawa Chua sedang “bercuti” di Kuala Lumpur,”katanya.

Pada majlis ulang tahun DAP ke-47 lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, sebagai satu jalan keluar perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen itu.

The Star, 22 Mac melaporkan Anwar telah membuat tawaran kepada Chua supaya bertanding di Alor Setar sebagai jalan keluar tentang perkara yang terjadi di Johor namun bekas ahli MCA itu masih tidak berminat kerana menganggap janggal apabila Ketua PKR Johor bertanding di Kedah.

Chua turut dilaporkan mahu bertanding di Parlimen Bakri, kerusi yang pernah dimilik beliau ketika bersama MCA dan menjangkakan DAP untuk memberikan kerusi parlimen itu kepada PKR sebagai pertukaran dengan kerusi Gelang Patah namun kecewa selepas DAP bertegas mahu mempertahankan parlimen Bakri yang telah dimenangi pada pilihan raya umum ke-12.

DAP dijangka akan bertanding tujuh kerusi parlimen di Johor, PAS (8) dan PKR (11)

Sumber

1 comments:

Longchepoh 27 March 2013 at 22:02  

Kalau lu tunggu dalam BN lagi lu punya nasib talak ini macam maa...

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP