Powered by Blogger.

Keluar Parti : Tan Tuan Tat Bidas DAP, PKR, Skandal Talam

Friday, 17 August 2012

alt
foto ihsan : New Straits Times

PETALING JAYA, 17 Ogos - Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat telah meletakkan semua jawatan dan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta, hari ini, 17 Ogos 2012.
Tuan Tat menyifatkan keputusannnya keluar dari DAP sebagai membidas parti itu yang telah lari dari matlamat perjuangan asal dalam mempertahankan dan menjunjung demokrasi.
Beliau turut membidas dan mendakwa DAP kini telah diterajui oleh pemimpin yang angkuh, tidak kompeten malah tidak mengamalkan sikap profesional.
“Sudah tidak ada masa depan bagi akar umbi yang berkorban terhadap parti sewaktu pilihanraya umum lalu kini disishkan oleh parti," katanya sewaktu sidang media dalam megumumkan perletakan jawatan dan keluarnya beliau dari DAP, semalam.
Tuan Tat, telah berkecimpung dalam politik bersama DAP selama 18 tahun berkata mereka yang memberikan pandangan dan bersuara lantang dalam parti akan dituntut untuk meletakkan jawatan atau berhadapan dengan pemecatan oleh jawatankuasa displin DAP.
Beliau mendakwa lebih ramai ahli DAP Sungai Pelek yang akan meninggalkan parti itu dalam masa yang terdekat kerana kecewa dengan sikap tidak domokratik kepimpinan tertinggi parti itu.
Tuan Tat juga turut membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berterus terang dalam soal pengambilan hutang Talam Corporation (TALAM).
Beliau mendakwa terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh Abdul Khalid dalam tatacara bagaimana kerajaan negeri mengambil alih hutang TALAM yang nyata berlainan dengan penjelasan yang dilakukan oleh para pemimpin DAP.
"Mengapa para pemimpin DAP ini memberikan penjelasan yang nyata berlainan dan berlawanan dalam kes TALAM?," tanya beliau. Beliau turut mendakwa pemimpin DAP ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu TALAM namun cuba menjadi wira di mata rakyat.
"Mengapa perlu pemimpin DAP ini mempertahankan kerajaan negeri dan para pemimpin PKR? Mengapa pemimpin PKR sendiri tidak mahu mempertahankan tindakan mereka selama ini dalam soal pengambil alihan jutang TALAM?
"Apakah mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh PKR dan DAP dari pengetahuan rakyat?" tegas beliau.
"Mereka ini cuba sembunyikan perkara sebenar mengenai TALAM dari pengetahuan rakyat dan nyata gagal mempertahankan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan Transparensi," tegas Tuan Tat.
Tuan Tat menegaskan kerajaan negeri sepatutnya mengumumkan kepada rakyat bagaimana laporan penilaian hartanah dilakukan dan perkara-perkata yang berkaitan dengannya.
"Apakah kerajaan negeri tidak tahu atau sengaja menutup mata dalam soal pengambilan tanah Bestari Jaya, Danau Putra, lima lot kosong di Menara Pandan, 161.90ha di Ulu Yam dan 80.6ha at Ulu Yam Country club sebenarnya terlebih bayar?" tanya beliau.

Sumber : Klpos.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP