Powered by Blogger.

Dakwaan tarif air naik 70% satu pembohongan - Menteri

Wednesday 29 August 2012

Post Pic

PUTRAJAYA: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

Beliau berkata kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk bantah pembinaan loji.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan," katanya.

Malah beliau membidas tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan kenaikan tarif air.

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Sumber - Antara Pos

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP