PRU13: Khalid Gagap Bersama Pakatan Haram Bakal Diselam Rakyat Selangor Dalam Loji Air
Saturday, 4 August 2012
Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata, semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor.
Mungkin disebabkan itulah, bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih, terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci.
Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH).
Serentak dengan itu, Khalid memanfaatkan laporan tersebut untuk menjustifikasikan dan menghalalkan tindakannya untuk cuba campurtangan dalam pengurusan SYABAS.
Hakikatnya, angka 4,807 JLH yang disebut oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh Khalid itu, adalah merupakan kapasiti air terawat yang dikira bersekali dengan bebanan lebihan yang terpaksa ditampung oleh 5 loji rawatan air (Loji Sungai Selangor, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Bukit Tampoi).
Sedangkan kapasiti maksimum sebenar yang mampu diagihkan oleh keseluruhan loji rawatan air ialah cuma 4,371 JLH sahaja.
Dalam menguruskan bekalan air terawat, walaupun keseluruhan rekabentuk loji mampu menampung jumlah kapasiti yang tinggi sedikit, lazimnya had maksimum pengagihan air ditetapkan pada aras tertentu supaya dapat diketahui dengan tepat jumlah air bersih yang diagihkan dan digunakan setiap hari oleh pengguna.
Untuk memudahkan pemahaman, seandainya sebuah kenderaan memiliki tangki petrol yang mampu menampung 20 liter petrol, lazimnya kita tidak akan guna pakai kaedah memanfaatkan sepenuhnya 20 liter tersebut sehingga habis kemudian barulah mengisinya semula.
Sekali sekali semasa kecemasan di perjalanan bolehlah manfaatkan reserve petrol yang berbaki sambil mengharapkan stesyen minyak berada tidak terlampau jauh di hadapan.
Jika tidak, alamatnya terpaksa menghayun kaki sambil membawa tong minyak kecil mencari stesyen petrol berdekatan untuk diisi semula ke dalam tangki kenderaan yang tersadai di tepi jalan.
Demikianlah dengan loji rawatan air bersih, kita tidak perlu tunggu keseluruhan kapasiti digunapakai sepenuhnya untuk pengagihan bekalan air bersih kepada pengguna.
Sekiranya amalan guna habis dijadikan amalan, kita sukar untuk mengetahui sama ada bekalan air bersih sedia ada benar-benar mencukupi untuk semua pihak.
Di sinilah nampak kebodohan dan tidak caknanya Khalid serta kerajaan negeri pimpinannya, gagal memahami isu tapi memandai-mandai semacam tikus diberikan sebiji labu.
Sudah elok perancangan jangka masa pendek dan panjang disediakan oleh pemimpin BN, datang saja pemimpin PKR dan rakan sepakatannya, habis dikacaunya sehingga menyebabkan kehidupan rakyat bakal terjejas sekiranya masih tiada usaha disegerakan untuk melaksanakan Langat 2.
Punyalah terdesak untuk membuktikan keputusan kerajaan negeri pimpinannya bertindak betul menangguhkan kelulusan tanah untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sampai tergamak pula Khalid menyembunyikan kenyataan sebenar.
Eloklah kiranya Khalid didaftarkan sekali bersama kelab MB yang serba tidak tahu biar sama setaraf dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun tapi masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.
Sumber : Wak Jengkol
0 comments:
Post a Comment