Powered by Blogger.

Kalau Ibu Sendiri Pun Azmin Tak Hormat Apatah Lagi Orang Lain – Ummi Hafilda

Monday, 27 August 2012


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom.

Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain, ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.

“Mereka ini anak derhaka. Sanggup memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.

“Ini soal maruah keluarga, ini soal masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya.

“Jika ianya tidak mengugat Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri,” ujarnya mengulas kenyataan Azmin yang mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Datuk Najib selain kenyataan jahat dan jijik Azwan dalam twitternya sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, kedua-dua abangnya ini sudah lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim.

Jelas beliau lagi jika Azmin selaam sebulan dalam bulan Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1Malaysia dia jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.

“Anak jenis apa Azmin ini? Kenapa pula Azmin dan Azwan nak marahkan TV3, atas laporan yang mereka siarkan baru-baru ini. Mereka hanya melaporkan sahaja. Azwan pula nampaknya sudah terlupa, di mana dia bertapak sebelum ini sebelum menempa nama yang gah dalam industri hiburan tanahair.

“Dia terlupa, TV3lah yang banyak memberikannya peluang untuk menempa nama selain mengautkan keuntungan. Kini hari-hari dia mengelar TV3 dengan gelaran-gelaran yang jijik dan kotor”, katanya.

Ummi Hafilda seterusnya melempatkan persoalan siapa lebih jijik dan kotor? TV3 yang menyiarkan kisah-kisah masyarakat ataupun mereka (Azmin dan Azwan), anak derhaka yang langsung tidak menjenguk makan-minum dan kebajikan ibu sendirinya.

“Di mana moral mereka sebagai seorang manusia? Jadi sebelum memburukkan dan menghina orang lain, baik mereka menilai diri mereka sendiri, tanya diri mereka sendiri di manakah kategori yang layak untuk mereka yang derhaka pada ibunya sendiri,” ujarnya mengakui Azmin sudah sekian lama tidak menjenguk ibu mereka, Mak Tom.

Sehubungan dengan itu, Ummi menasihatkan orang ramai dan masyarakat agar menilai dulu siapa Azmin ini sebelum terpedaya dengan lagak alim dan baiknya yang hanya berpura-pura sekadar untuk meraih sokongan politik semata-mata.

“Banyak yang ingin saya perkatakan mengenai kedua abang kandung saya ini, namun demi menjaga nama baik keluarga, biar saya pendamkan dulu. Biar masa menentukan, jika mereka terus memperlekehkan dan menghina Mak Tom, saya akan dedahkan lagi kata-kata nista yang mereka lemparkan kepada ibu kandung mereka sendiri,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP