Noh Gesa Rakyat Selangor Bangkit Dalam Tangani Krisis Air
Sunday, 5 August 2012
Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa rakyat negeri itu supaya bangun dan berfikir sedalam-dalamnya bagi memahami situasi sebenar berhubung krisis air yang berlaku di negeri itu.
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan sedar akan kemelut kekurangan air yang melanda negeri itu sebenarnya berpunca daripa sikap kepimpinan Selangor yang gemar bermain politik walaupun dalam soal kebajikan rakyat.
Malah katanya, rentetan daripada krisis kekurangan air yang berlaku itu, kerajaan negeri dilihat cuba meletakkan bebanan masalah itu kepada kerajaan Pusat dan syarikat berkaitan sedangkan ia merupakan tanggungjawab mereka.
Noh yang ditemui ketika menghadiri Siri Program Jelajah 1Selangor GPRS : Forum Air di Semenyih pagi tadi turut meminta rakyat negeri itu supaya dapat berfikir dengan waras dan tidak mempercayai kenyataan yang diberikan kepimpinan Selangor tanpa usul periksa.
“Rakyat perlu faham bebanan yang mereka alami sekarang akibat krisis air adalah disebabkan sikap degil pemimpin Selangor yang enggan berkerjsama dengan kerajaan Pusat.
“Jika benar mereka ingin membela dan menjaga kebajikan rakyat maka masalah ini perlu diselesaikan dengan segera dan bukanlah dengan memberi 1001 alasan yang tidak logik.
“Rakyat Selangor bukan bodoh dan menerima bulat-bulat alasan yang pemimpin Selangor berikan itu.
Beliau menambah, siri jelajah yang bertujuan untuk memberi penerangan serta pemahaman kepada rakyat tentang krisis air akan dilaksanakan secara besar-besaran ke seluruh Selangor.
Selain itu menurut Noh, usaha untuk melaksanakan siri penerangan itu adalah bagi membuktikan kepada rakyat akan keperluan dan kepentingan untuk meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
“GPRS akan membuat roadtour untuk kita nak gerakkkan pemahaman tentang isu air kepada rakyat selain menerangkan bahawa apa yang dibuat dan dirancang oleh BN adalah untuk kepentingan rakyat.
“Rakyat perlu bangun tahu siapa yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan siapa yang hanya cuba bermain politik,” katanya lagi.
Sumber : Perak Today
0 comments:
Post a Comment