Powered by Blogger.

GPRS Tawar Khidmat Peguam Saman Kerajaan Negeri Selangor

Wednesday 29 August 2012


SHAH ALAM 28 Ogos - Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menawarkan khidmat peguam percuma kepada penduduk di negeri Selangor yang ditindas kerajaan negeri itu.
Menurut Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, kerajaan negeri dilihat bersikap seperti perumpamaan 'melepas batuk ditanga' berhubung perlaksanaan manifesto Pakatan Rakyat iaitu untuk memberi air percuma.
"Ada rakyat Selangor yang tidak terima air percuma," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau juga menganggap isu meter pukal adalah perkara yang mendangkalkan kerana ianya tidak patut timbul sama sekali selain mendakwa kerajaan negeri hanya bermain helah semata-mata.
Sohaimi menegaskan GPRS hanya mahu rakyat di negeri Selangor faham bahawa mereka layak untuk menerima air percuma tanpa prejudis terhadap kediaman baik di banglo mahupun di pangsapuri.
"Mungkin bagi orang kaya air percuma ini 'nothing', mereka buat cuci kereta tetapi ianya berbeza bagi penduduk di rumah pangsa," ujar beliau.
Menurut Sohaimi kawasan yang paling banyak pangsapuri di negeri Selangor adalah Petaling Jaya, 479, dan 462 di kawasan Gombak.

Sumber - KLPOS

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP