Taktiknya Tetap Sama, Tak Mampu Bayar Hutang, Ambil Alih Syarikat
Monday, 13 August 2012
Talam Corporations atau nama barunya Trinity Corporations terus hidup senang lenang apabila Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim mengambilalih segala hutang piutangnya dan kemudian membuat lebihan bayaran lebih RM100 juta. Apabila rakyat Selangor mulai bising apabila skandal tersebut didedahkan, Khalid Ibrahim kata Kertas Putih akan dikeluarkan. Sehingga sekarang, jangankan kertas putih, kertas A4 pun tak nampak lagi dan tidak mungkin akan nampak sebab Khalid Ibrahim serta Pakatan Rakyat berasakan rakyat Selangor sudah lupa.
Kini muncul pula pengambilalihan hutang UNISEL dengan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan asrama kepada para pelajar UNISEL. Di sebalik pendidikan percuma yang dilaung-laungkan, akhirnya yang diperlukan oleh UNISEL untuk menjelaskan semua hutang-hutangnya serta membiayai perjalanan kos operasinya adalah daripada PTPTN, skim pinjaman yang amat dibenci oleh Pakatan Rakyat.
Sebelum rakyat Selangor kembali mempersoalkan Kerajaan Negeri Selangor yang gagal menyalurkan dana dan geran kepada UNISEL sehingga universiti milik Kerajaan Negeri Selangor itu bagaikan mayat yang sedang reput teruk, Khalid Ibrahim mendahului dengan cerita konon-kononnya Kerajaan Negeri Selangor akan mengambilalih segala hutang piutang UNISEL urus asrama dengan syarikat berkenaan.
Sekali lagi Khalid Ibrahim menuturkan janji. Ribuan pelajar baru UNISEL tidak dapat memasuki asrama setelah UNISEL gagal menjelaskan hutang dengan syarikat pengurusan asrama dan Khalid Ibrahim berasakan, ini peluang untuk dia mencipta nama sekalipun Khalid Ibrahim juga sedar, dia dan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ia seperti kisah kemelut Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS. PKR semasa berkempen PRU12 berjanji dalam manifesto, akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor. Beberapa bulan selepas kemenangan, PKR dan Pakatan tidak langsung kelihatan hendak menunaikan janji berkenaan kerana sedar, untuk menunaikan janji berkenaan, Kerajaan Negeri Selangor perlu menanggung subsidi atau berhutang dengan SYABAS. Faedah daripada penswastaan bekalan air terawat tidak diperolehi, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor pula yang terpaksa berhutang berbaris.
Tidak mampu membayar hutang dan tuntutan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat menerusi tindakan undang-undang menyebabkan
Pakatan Rakyat dan PKR menjalankan kempen mengambilalih pengurusan air dari SYABAS. Bahkan kebelakangan ini pula, apabila hutang Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS sudah meningkat lebih RM1 bilion, Khalid memerintahkan agar Pengerusi SYABAS meletak jawatan dan Kerajaan Negeri Selangor akan mengambilalih SYABAS dalam tempoh 14 hari.
Dia sendiri berhutang, tetapi kerana bimbang rakyat Selangor terutama penyokong sendiri mulai sedar, kemusnahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sepanjang mereka berkuasa di Selangor selepas PRU12, cerita pengambilalihan menjadi cerita standard dan stereotaip kepada Khalid Ibrahim.
Mana ada hukum dalam apa-apa bidang, pihak yang berhutang boleh mengambilalih pemberi hutang kecuali di Selangor!
Alasan paling bangang yang diberikan oleh Khalid Ibrahim bagi mewajarkan tindakan baculnya itu ialah, RAKYAT, walhal Pakatan Rakyat tidak pernah bertindak bijak untuk rakyat Selangor pun, melainkan untuk mendapat publisiti serta promosi Pakatan Rakyat.
Apa yang tidak di’rakyat’kan oleh Pakatan untuk menunjukkan konon-kononnya mereka lebih baik daripada Kerajaan UMNO-BN? Merakyatkan ekonomi, sedangkan bukan ekonomi dirakyatkan, sebaliknya rakyat yang perlu tutup mata dan pekup mulut melihat kroni-kroni serta syarikat-syarikat pembiaya dana pilihanraya, khususnya untuk PKR dan DAP mengaut keuntungan besar daripada hasil bumi Selangor.
Bantuan segala macam untuk semua peringkat, masih lagi kekal melekat dalam Manifesto Pakatan Rakyat 2008 tanpa ditunaikan dengan bersungguh-sungguh. Kalau ditunaikan pun, cukup sekadar untuk mendapat publisiti dan penyebarannya di media sendiri. Keluarkan modal untuk dua tiga orang penyokong terpilih, kemudian uar-uarkan seolah-olah bantuan berkenaan diperolehi oleh semua rakyat Selangor.
Kes yang sama dilakukan dalam masalah UNISEL ini… tetapi sesuatu yang tidak mungkin disedari oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor ialah, mereka sudah mula menjilat ludah dan kahak sendiri apabila secara terbuka menyatakan, pembiayaan kos operasi UNISEL datangnya daripada yuran pengajian pelajar-pelajar baru. Dan yuran pengajian pelajar-pelajar baru pula hampir 99% datangnya dari PTPTN…
Kalau PTPTN dimansuhkan sebagaimana yang mereka inginkan, agak-agaknya apa nasib UNISEL sekarang?- Selangor Daily
0 comments:
Post a Comment