Khalid Jadi Masalah, DAP Yang Kalut Tak Tentu Arah
Monday, 13 August 2012
Kebelakangan ini, Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri pimpinannya menjadi sasaran ekoran pendedahan tentang kejahatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha mereka untuk menyakau dan merompak kekayaan Selangor demi tembolok dan perut sendiri. Khalid Ibrahim dalam pada itu, menghadirkan pelbagai program dan rencana yang amat menggelikan hati sekaligus langsung tidak menggambarkannya sebagai bekas CEO syarikat konglomerat yang dikagumi oleh ahli-ahli PAS.
Berkali-kali Khalid Ibrahim cuba menafikan yang masalah air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bukanlah masalah bahkan ia hanyalah retorik UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.
Dan Khalid meremehkan semua masalah yang didedahkan termasuklah isu UNISEL, Talam Corporation, peruntukan MARRIS yang telah diselewengkan untuk dana pilihanraya Pakatan Rakyat, penyelewengan tender dan projek kerajaan negeri serta PBT, perompakan dan pencurian pasir, perampasan tanah dan pemiskinan pelbagai agensi kerajaan negeri. Kalau disusun atur semua penyelewengan dan kejahatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor, tentulah tidak cukup ruang untuk dituliskan.
Anehnya, walaupun telah didedahkan dan rata-rata rakyat dan penduduk Selangor mengetahuinya, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor masih tebal muka untuk terus berbohong dan mengalihkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sama seperti apabila didedahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membiakkan persundalan sebagai salah satu punca pendapatan, tidak seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanji atau berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan, sebaliknya mereka berusaha pula untuk menimbulkan persepsi persundalan itu adalah warisan dari kerajaan UMNO-BN.
Dan lebih aneh lagi ialah apabila didedahkan bahawa pusat-pusat persundalan tersebut jumlahnya beribu-ribu dan semuanya hanya wujud pada zaman Pakatan menjadi kerajaan, alasan paling bangang digunakan oleh Pakatan Rakyat terutama sekali oleh Ronnie Liu yang merupakan bapa ayam pelacur terbesar di Selangor ialah, pusat-pusat persundalan berkenaan adalah haram.
Adakah cukup sebenarnya alasan HARAM yang diberikan oleh Ronnie Liu untuk mengelakkan Kerajaan Negeri Selangor yang bermenteri besarkan Khalid Ibrahim bebas daripada segala kesalahan?
Sumber : Selangor Daily
0 comments:
Post a Comment