Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim Aniaya Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Selangor

Wednesday 8 August 2012


Editor Kanan Utusan Malaysia Dato' Zaini Hassan pernah menulis mengenai
grand design pentadbiran MB Azizan Razak di Kedah untuk mengenakan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) melalui arahan kepada SPRM untuk menyelongkar fail-fail untuk mencari salah mereka. [ Baca SINI].

Khabarnya juga, ia turut berlaku di Selangor. Namun ia dalam bentuk yang berlainan.

Contoh utama ialah dalam isu perkenan Sultan Selangor terhadap perlantik SUK Selangor Dato' Mohamed Khusrin Munawi. MB Tan Sri Khalid Ibrahim, awal dalam aluan (protes) perlantikan Khusrin menyatakan bahawa SUK tidak akan dipanggil kesemua mesyuarat exco dan ia adalah jemputan berpilih yang bergantung kepada agenda.

Tidak pasti samada Khalid melaksanakan ikrar tersebut, namun jika ditonton sidang media pasca mesyuarat exco yang disiarkan oleh vlog TV Selangor, amat sukar untuk melihat SUK berada disamping MB ketika sidang media berkenaan berlangsung.

Khabarnya juga, beberapa orang penjawat jawatan utama telah diluluskan kenaikan gred oleh JPA, akan tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Sehingga kini, kekosongan YDP di sebuah PBT di Selangor masih tidak diisi, melainkan ia dipangku oleh pegawai terkanan dalam PBT berkenaan. Mungkin untuk menutup mulut pemangku YDP PBT berkenaan, jemaah exco telah meluluskan elaun memangku RM5,000 kepada pemangku berkenaan.

Jika diamati, tindakan ini mungkin boleh meredakan perasaan individu yang memangku, namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat kepada keseluruhan anggota perkhidmatan awam di Selangor.

Dalam keadaan sekarang pun, Khalid Ibrahim secara langsung memperlekehkan perkhidmatan awam di Selangor, bila mana memberi kuasa kepada mereka yang bukan dikalangan perkhidmatan awam untuk mengendalikan dan mengurus 'Geran Selangorku'.

Perbuatan Khalid seolah-olah sengaja untuk tidak mengiktirafkan perkhidmatan awam di Selangor. Maka tidak hairanlah maka mereka pernah meninggalkan Khalid dalam satu program khusus untuk mereka.

Sumber : Akar Umbi

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP