Isu TALAM - Kerajaan Selangor Terus Berbohong
Wednesday, 15 August 2012
KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor jelas berbohong kepada rakyat berhubung isu Talam Corporation kerana sehingga kini gagal memberikan jawapan yang jelas terhadap persoalan yang timbul.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan negeri sehingga kini masih belum mengemukakan jawapan yang jelas terhadap persoalan yang jelas mengelirukan.
"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan kertas putih penyusunan semula hutang Talam Corporation sejak dua tahun lalu, tetapi sehingga kini masih tiada.
"Apa yang cuba disembunyikan oleh pihaknya? Kenapa ia tidak diumumkan dalam mesyuarat kerajaan negeri?," katanya pada Program Taklimat Isu Semasa dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Ehwal Khas (JASA) semalam.
Pada program tersebut, Tee Yong telah memberi taklimat mengenai isu semasa yang bertajuk 'Talam Corporation'.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah membeli tanah di Danau Putra yang 80 peratus diliputi oleh air dengan alasan untuk membuat taman tema Sunway, tetapi masih tiada pembangunan sehingga kini.
"Kawasan itu meliputi 80 peratus air dan tidak cukup untuk membuat pembangunan tersebut (taman tema), maka hanya 26 ekar sahaja tanah yang tidak meliputi air.
"Pembangunan apa yang mereka ingin lakukan dengan tanah yang sebesar itu? Ini menunjukkan yang mereka ingin berbohong kepada rakyat," katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) terhadap masalah yang timbul sedangkan perjanjian BN telah tamat pada Mac 2008, kemudian ia diambilalih oleh kerajaan negeri sekarang.
"Mereka juga pernah berkata nak saman MCA, tetapi sudah sebulan lebih kita (MCA) masih tidak terima surat dari mereka. Maka kita dipihak yang benar atau salah?," ujarnya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh kerajaan negeri melakukan penyelewengan RM1 bilion yang melibatkan syarikat Talam Corporation, sebuah syarikat awam yang dilanda masalah hutang.
Sumber : Klpos
0 comments:
Post a Comment