Powered by Blogger.

Showing posts with label Ocean 13. Show all posts
Showing posts with label Ocean 13. Show all posts

Kepong Jadi Sasaran Curi Meter Air

Sunday, 17 February 2013



Kira-kira 600 pemilik dan penyewa bangunan Kepong Entrepreneurs Park di sini dalam kebimbangan apabila meter air di premis mereka hilang, dipercayai dicuri.

Mereka mendakwa, sehingga kini lebih 100 unit meter air yang dipasang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di kawasan itu telah dicuri sejak beberapa bulan lalu.

Malah, peniaga-peniaga tersebut tertanya-tanya mengapa meter yang diperbuat daripada plastik itu dicuri memandangkan ia bukannya meter tembaga yang pernah digunakan sebelum ini.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian yang berlaku hampir di setiap lorong premis itu menganggu produktiviti peniaga kerana semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Kebanyakan mereka yang mengusahakan restoran, kedai runcit, pusat senggara kenderaan dan perkhidmatan lain berasa terganggu dengan kejadian ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selanjutnya

Read more...

Dakwaan Langgar Privasi Hanya Untuk Mengalih Isu Sebenar

Saturday, 2 February 2013


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini menafikan dakwaan melanggar privasi apabila beliau mendedahkan anak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz telah ditawarkan DAP untuk menjadi calon pilihan raya.

Tunku Aziz berkata beliau tidak boleh menerima dakwaan DAP bahawa beliau telah melanggar hak privasi memandangkan beliau sendiri tidak mengulangi perbualan diantara Tunku Zain dan Anthony Loke dan tidak pernah berada sewaktu perbincangan diadakan.

Beliau menegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke telah memberitahu kepadanya mengenai tawaran jawatan di peringkat pusat yang telah ditolak oleh Tunku Zain secara terhormat.

Selanjutnya klik sini

Read more...

Isu Air : Menteri Kecam Keputusan Kerajaan Negeri Selangor.

Friday, 1 February 2013


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengecam tindakan Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan masalah bekalan air tanpa mengadakan sebarang rundingan bersama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pentadbiran di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim itu tidak sewajarnya membuat sebarang kesimpulan berhubung punca utama berlakunya masalah yang dibangkitkan tanpa merujuk Badan Kawal Selia Perkhidmatan Air Negara di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kerajaan Persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan SYABAS melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan arahan kepada pihak SYABAS bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa akan datang. Malah kerja pembinaan rumah pam baru dari pihak Kerajaan Negeri menerusi pinjaman wang Kerajaan Pusat dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015

"Kerajaan Pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.

"Kerajaan Negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.

"Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi Kerajaan Pusat ketika berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa gangguan.

Semalam,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil alih konsesi-konsesi air di Selangor dalam tempoh 14 hari.

Malah Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak Kementerian berkaitan mengenai pengambilalihan itu

Keputusan menerusi Mesyuarat Exco itu dicapai berasaskan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai masalah dengan langkah Kerajaan Negeri untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Sumber

Read more...

PANAS! PAS LARUT BERGOLAK ANGKARA BANGLO RM5 JUTA MILIK FAUZI!!?

Wednesday, 30 January 2013

Menurut sumber, kumpulan itu merupakan penyokong kuat kepada Ketua Pemuda Pas Larut, Mohd Akmal Kamaruddin (gambar) yang juga adalah menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Pas kawasan Larut pernah bergolak ekoran tindakan Pas Pusat yang secara tiba-tiba mencalonkan Fauzi sebagai calon Pas di Parlimen Larut.

Tindakan itu mendapat tentangan beberapa pemimpin Pas Larut kerana Pas Pusat tidak pernah berbincang dengan dengan mereka dalam pemilihan calon.



Isu banglo mewah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dijadikan modal  untuk menyingkirkan Dato' Fauzi Shaari daripada bertanding di Parlimen Larut dalam pilihan raya akan datang.

Yang menariknya, gerakan dan usaha itu dilakukan sendiri oleh kumpulan tertentu di dalam kepimpinan Pas Larut.

Sumber

Read more...

Najib balik sebagai seorang pahlawan negara!

Monday, 28 January 2013


alt

Malaysia dianggap sebagai antara beberapa negara yang menyinar dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendapat itu disuarakan oleh para pemimpin yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lalu.

"Ini bererti mereka mengiktiraf kejayaan kita memperjuangkan agenda transformasi negara," katanya di hadapan kira-kira 10,000 rakyat yang menyambut kepulangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dari Davos di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.



Sambutan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap lawatan kemanusiaan beliau ke Semenanjung Gaza sebelum berlepas ke Davos.

Najib berkata majlis Malam Malaysia yang diadakan pada forum itu turut menerima sambutan yang luar biasa, di mana ia dihadiri oleh 1,000 orang berbanding jangkaan 400 orang, yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negara ini.

"Saya beritahu mereka bahawa saya bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet akan berusaha segigih mungkin untuk mencapai Wawasan 2020, negara maju menjelang tahun 2020, InsyaAllah," katanya.



Najib turut berkata bahawa beliau tidak pergi ke luar negara untuk memperlekehkan negara, sebaliknya untuk menjulang nama negara kerana ia bukannya mengenai kepentingan peribadi namun untuk kepentingan rakyat.

Beliau berkata rakyat Malaysia layak menerima kepimpinan yang sentiasa melakukan yang terbaik, bukan pemimpin yang menidakkan segala-galanya atas kepentingan politik.



"Kita mesti mengakui bahawa bumi Malaysia ini Alhamdulillah, Tuhan telah memberi kita segala rahmat yang begitu banyak, dan rahmat ini kerana rakyat Malaysia telah membuat keputusan yang tepat untuk bersama
"Dan InsyaAllah, masanya akan tiba tidak lama lagi untuk kita melakukan satu lagi keputusan, dan InsyaAllah bumi Malaysia ini rahmatnya Tuhan akan terus limpahkan pada kita kalau kita semua bersatu dan tahu membuat pilihan yang tepat, dan kalau kita semua melakukan apa yang dituntut oleh agama, kita akan dapat masa depan yang jauh lebih gemilang untuk Malaysia yang tercinta ini," katanya.

Sumber

Read more...

Persoalan Agenda Sulit Kerajaan Negeri Selangor

Saturday, 26 January 2013




Ketika kerajaan  Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega  di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama  PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.

Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk  alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.

Politik baru yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat dilihat membawa pelbagai karenah dan membebankan rakyat. Politik yang tiada batas dan hadnya telah sampai ke tahap melampau apabila bahan kegunaan harian ia itu bekalan Air telah kini tersasar ke arah sudut tersasar dari masalah utama yang dibangkitkan.

Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur. Masalah air ini  yang boleh dikira sebagai  unprecedented  kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.

Masalah air ini bertambah teruk apabila kerajaan negeri memilih untuk menjadi penuduh dan penuding jari kepada seluruh pemasalahan air dan bukan sebagai penyelesai masalah.Pergeseran pendapat dan perkelahian terbuka antara kerajaan negeri dan syarikat SYABAS telah bertambah parah sehingga syarikat SYABAS terpaksa menjawap tuduhan kerajaan negeri di kebanyakan akhbar dan media tempatan.

Walaupun kerajaan negeri sendiri menjadi pemegang saham 30% di dalam syarikat pengurusan air  SYABAS, ia memilih untuk menyerang SYABAS seolah olah Syarikat SYABAS ada lah musuh nya.Lebih pelik apabila kerajaan negeri sendiri ada beberapa wakil lantikan nya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS..Apa kah mereka hanya patung dan tunggul sahaja di dalam Lembaga Pengarah itu?Dan tidak berfungsi lansung untuk kebaikan pengurusan air?

Menteri Besar nya Datuk Khalid Ibrahim seringkali  berucap di merata tempat menyata kan betapa cukup nya bekalan air seolah olah air lombong, longkang, hujan dan sungai ada lah sumber nya tanpa membeza kan jumlah air yang di rawat dan air yang tidak di rawat.Kelihatan MB Khalid semecam cuba memperbodoh kan rakyat.

Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan  had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan.

Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini

Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.

Bagi kebanyakan rakyat  mereka tertanya Tanya dan musykil apa kah sebenar nya permainan catur MB Khalid ini dengan  isu air. Ada kah ia nya berupa ugutan kepada kerajaan pusat agar memberi mereka wang  berbillion untuk saham SYABAS dan baru lah kerajaan negeri akan memberi kerjasama menyelesaikan nya?

Atau , ada kah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tahu yang mereka bukan lagi kerajaan selepas PRU 13 , maka dengan itu mereka tidak perlu sangat melayani karenah air, dan membiar kan sahaja kerajaan baru menyelesai kan nya nanti?

Mungkin juga banyak wang yang telah di habis kan oleh rejim Khalid ini kepada perkara lain seperti isu bailout TALAM , lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini perlu menyimpan sejumlah wang untuk menunjuk kan mereka tidak belanja semua nya di dalam kantong negeri lalu projek air dan urusan air ini harus di lengah kan, supaya wang tidak terhabis untuk selesai kan isu air ini?

Umum juga mengetahui kerajaan negeri Selangor telah menjual banyak aset milik kerajaan negeri lalu balance sheet kerajaan negeri Selangor harus kelihatan sihat lalu apa apa baki di dalam nya  tidak layak di sentuh kerana amat sukar memberi tahu rakyat kemana pergi jumlah besar wang setelah banyak harta negeri telah banyak di jual, maka apa apa jumlah yang ada harus di kekal kan dan bekalan air ada lah mangsa kepada percaturan ini.

Selain itu pulangan penjualan pasir yang begitu banyak di korek sekian lama juga perlu di tunjuk kan di dalam akaun negeri, maka tidak menguna kan nya untuk pemulihan air boleh menyelamat kan kerajaan Khalid Ibrahim dari menjawap kemana pergi nya kebanyakan  wang negeri.

Mungkin juga penasihat RM1 negeri Selangor sebagai boss Khalid memberi arahan
Kepada Khalid untuk berhelah itu dan ini kerana hasrat peribadi nya yang mahu memerintah Negara ada lah  lebih utama dari masalah rakyat negeri Selangor, dan sifat dendam nya kepada kerajaan pusat harus di terus kan?

Apa pun percaturan politik menguna kan air ada lah sesuatu yang merbahaya kerana air ada lah sumber kehidupan harian manusia tidak kira siapa yang mereka undi atau siapa yang dapat undi.

Ada kah ini semua petanda  kejatuhan kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh 2 orang anak Ibrahim semakin jelas dan terang,  kerana jika isu air yang begitu penting pun tidak boleh di selesai kan, maka apa lagi yang boleh di harap kan dari rejim 2 anak Ibrahim ini.

Sumber

Read more...

Xavier Siapkan Duit Dan Peguam..Anda Akan Disaman!!!!

Tuesday, 22 January 2013



Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan mahu memfailkan saman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang didakwa bertindak samseng dengan memukul serta menendang beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, September 2010.

Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh terdekat ini.

Kottapan mendakwa Xavier yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri melakukan perbuatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini.

Katanya, beliau menerusi peguamnya telah menghantar notis tindakan saman kepada pihak terlibat termasuk kepada pihak polis.

"Saya hanya menuntut keadilan dan saya akan failkan saman malu terhadap Xavier di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke IPD berkenaan, beliau memberitahu telah diminta oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut susulan daripada laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

Katanya, keterangan tersebut merupakan kali keenam dibuatnya kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 29 September 2010, Kottapan mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang oleh Xavier pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja kerana ADUN tersebut dikatakan berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan cabang parti itu.

Beliau yang ketika itu mencabar Xavier bagi pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja turut mendakwa sekumpulan samseng dipercayai diupah oleh ADUN tersebut telah memukul dan mencederakannya semasa kekecohan selepas peristiwa mengoyakkan kertas undi itu berlaku.

Selain beliau, kumpulan samseng tersebut didakwa turut mencederakan dua anaknya, Kavendran, 20, dan Yukenthiran, 13, serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja yang cuba membantunya semasa kejadian tersebut.

Read more...

Syabas Cabar Khalid Gagap Lantik Juruaudit

Monday, 21 January 2013



Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memberi kerjasama kepada juruaudit yang dilantik kerajaan Selangor bagi mengaudit operasi Syabas khususnya dalam isu rumah pam Wangsa Maju.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata Syabas telah menerima makluman berhubung pengauditan itu daripada kerajaan Selangor pada 15 Jan.

"Syabas tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama sepanjang tempoh pengauditan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang turut menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan kerajaan Selangor berkaitan bekalan air di Lembah Klang menerusi media baru-baru ini.

Antaranya mereka mendakwa Syabas enggan melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual seperti dipersetujui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 8 Jan lepas.

Menurut Abdul Halem, kaedah membekalkan air mengikut jadual hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada alternatif lain dan langkah itu bukan penyelesaian menyeluruh.

"Syabas melaksanakan alternatif lebih berkesan dengan memasang paip pintasan bagi penyelesaian jangka masa panjang dalam waktu yang lebih singkat di mana berjaya membantu membekalkan air ke tempat-tempat terjejas dalam masa kurang dari seminggu," katanya.

Beliau berkata Kerajaan negeri juga mendakwa Syabas enggan menghantar wakil ke Bilik Gerakan Berpusat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi memantau pengendalian bekalan air kepada pengguna terlibat.

Katanya ketika kejadian, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memantau situasi bekalan air secara berterusan termasuk menubuhkan bilik gerakan di Ibu Pejabat Syabas dan pejabat wilayah-wilayah yang terlibat dengan masalah itu.

Sebanyak 950 warga kerja Syabas bekerja secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi memantau situasi bekalan air serta membantu membekalkan air kepada pengguna menerusi lori tangki dan tangki statik, katanya.

Menyentuh mengenai edaran air botol sebanyak 400 botol dan air kotak sebanyak 500 kotak oleh Konsortium Abass Sdn Bhd, Abdul Halem berkata Syabas tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Walau bagaimanapun, setakat pukul 7 pagi 16 Januari lepas, Syabas telah menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki sebanyak 3,578 trip penghantaran serta 1,000 botol air (lima liter) setiap satu kepada penduduk di Bandar Tun Razak," katanya.

Sumber

Read more...

Isu Air - Khalid Ibrahim Akan Bersara Jadi MB Hingus!!!!


alt

Barisan Nasional (BN) Selangor sekali lagi memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terus menggunakan alasan remeh-temeh dalam menangani isu air.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, tindakan desperado Khalid yang terus mahu berselindung tanpa mencari penyelesaian konkrit jelas menunjukkan mereka hanya mementingkan agenda politik.

"Sepatutnya kerajaan negeri mendahulukan kepentingan dan keadilan untuk rakyat," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Times bagi mengulas kenyataan Khalid yang mendakwa Kerajaan Pusat lebih berminat menjaga kepentingan kroni.

Beliau berkata, isu dan krisis air di negeri Selangor semakin membimbangkan disebabkan sikap kerajaan negeri yang masih berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan asyik menuding jari kepada pihak lain.

"Kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka bertindak rasional demi masa depan rakyat.

"Namun saban hari, kerajaan negeri menggunakan isu tersebut untuk meraih publisiti murahan dan asyik mahu memenuhi agenda politik mereka," katanya.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, dakwaan Khalid kononnya BN mahu mempolitikkan isu air adalah satu tuduhan, kenyataan dan pandangan 'syok sendiri' untuk menutup segala kelemahan mereka daripada terbongkar ke kaca mata umum.

"Untuk pengetahuan umum, BN Selangor telah membangkitkan isu air ini sejak setahun yang lepas. Malah kita telah memberikan pelbagai peringatan, amaran dan teguran kepada kerajaan negeri untuk menangani krisis air dengan segera sebelum ianya berubah menjadi satu fenomena yang boleh menyakitkan hati rakyat," katanya.

Menurut Mohd. Zin, BN Selangor telah mencadangkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) tetapi kerajaan negeri bermain 'silap mata politik' dengan mendakwa kononnya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2 siap adalah agenda politik sempit Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani isu krisis air di Selangor yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Julai 2012," ujarnya.

Beliau berkata, kedegilan Khalid menurunkan tandatangan untuk mengeluarkan perintah pembangunan (DO) bagi projek Langat 2 berkenaan akan menyusahkan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih-lebih lagi menjelang 2016.

Seterusnya KLPOS

Read more...

Jangan Biarkan Ia Bercambah Lebih Banyak - Hassan Ali

Sunday, 20 January 2013


Terdapat satu lagi isu yang kini hangat diperkatakan menerusi laman sosial. Isu tersebut melibatkan Patrick Teoh seorang pengamal seni dunia hiburan yang terkenal di negara ini.



Dalam kekecohan dan kehangatan masyarakat memperkatakan isu kalimah Allah dan Amanat Hj Hadi, tiba-tiba muncul Patrick Teoh menyuarakan pendapat yang sangat bertentangan, menghina Islam dan  menghiris hati orang-orang Melayu Islam khasnya. Beliau yang memberi komen mengenai peraturan yang dibuat oleh kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan kandungan, susunan, cara serta pengisian sambutan Tahun Baru Cina yang hendak diadakan di Alor Setar sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari ini.



Dalam kenyataannya Patrick Teo mempersoalkan tentang etika berpakaian di kalangan peserta yang bakal menjayakan majlis itu, lagu bersifat motivasi dan dengan lantang mempersendakan solat lima waktu, wanita bertudung dan menghina Al-Quran. Beliau seolah-olah mencemuh dan meremehkan peraturan yang dikeluarkan dan menganggap peraturan sedemikian tidak selari dengan selera masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang menakjubkan manusia yang berhemah itu mengguna dan mengulang-ulang perkataan lucah pada darjah tertinggi yang tidak sanggup saya turunkan.



Setakat yang saya layari laman-laman sosial yang ada, di kalangan artis-artis sendiri terdapat mereka yang menempelak pendapat Patrick Teoh seorang yang bukan Islam cuba mempersoalkan peraturan-peraturan yang sedikit mencerminkan unsur-unsur keislaman yang didapati begitu serasi dengan masyarakat yang majoriti besarnya adalah Melayu Islam seperti di Kedah.



Sepanjang saya mengikuti kerjaya Patrick Teoh dalam bidang seni, beliau bukan merupakan seorang yang bermasalah. Dalam banyak hal beliau banyak menyumbang kepada kemajuan dunia seni dan perfileman Melayu khasnya. Sudah tentu majoriti peminat Patrick Teoh ialah dari kalangan masyarakat Melayu Islam sendiri.



Saya cenderung mempercayai bahawa perubahan yang agak mendadak dari segi pemikiran dan sikap Patrick Teoh itu adalah disebabkan oleh penglibatan beliau dalam dunia politik diakhir-akhir ini. Beliau dikatakan terlibat secara langsung dalam program-program politik anjuran DAP. Sesetengah pimpinan DAP memberi sanjungan yang tinggi terhadap Patrick Teoh sehingga beliau dikatakan berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa.



Jelas kelihatan bagaimana contoh seorang yang tidak ada kecenderungan politik (a-political) sebelum ini yang telah mengukir nama dibidang profesionalnya, tiba-tiba menjadi begitu lantang, cauvinis dan rasis dalam menyuarakan pandangan mengenai sesuatu isu hingga lupa dan lalai memberi pertimbangan terhadap kewajaran pandangan sedemikian.



Inilah bahananya jika seseorang merelakan dirinya dijadikan alat politik oleh parti politik yang cauvinis dan rasis yang sememangnya membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berbakat untuk dijadikan orang-orang hadapan (frontliners) untuk menyuarakan ideologi parti tersebut.



Saya berpendapat tindakan yang tidak bijak oleh Patrick Teoh akan mengudang padah dan akan mencalarkan imej baiknya dikalangan peminat-peminat masyarakat Melayu Islam. Kedua, saya yakin parti yang cuba menunggangi Patrick adalah untuk kegunaan terdekat terutama menjelang PRU ke 13. Mereka tidak mengambil banyak perhitungan kepada karier dan sumber rezeki Patrick Teoh. Ketiga, saya tidak fikir parti berkenaan berupaya mempertahankan Patrick Teoh daripada serangan berbagai pihak kerana parti berkenaan sudahpun mempunyai timbunan isu yang sebahagian besarnya belum ditangani.



Saya berharap pihak-pihak yang berwajib tidak memandang ringan isu ini dan perlu segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kelancangan Patrick dalam menghina Islam supaya tidak akan tumbuh lagi anakbenih-anakbenih  seperti Patrick Teoh yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan keamanan di negara ini.





YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, Kuala Lumpur

17 Januari, 2013

Read more...

Sengsara Buat Rakyat Tapi Kerajaan Selangor Cuba Tangguk Untung Politik

Saturday, 19 January 2013



Kerajaan Selangor digesa tidak terus bermain politik melampau dengan menjadikan rakyat mangsa dalam isu kemelut air di negeri ini sebaliknya serius untuk mencari jalan penyelasaian agar isu ini tidak berpanjangan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sejak awal krisis air ini berlaku kerajaan Selangor hanya tahu menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedangkan faktanya jelas amaran tentang krisis ini telah dimaklumkan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Jelas dan rakyat sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya masalah air yang dihadapi rakyat kerana kerajaan negeri sendiri menguasai Syabas dengan pegangan 30% saham dalam Syabas yang diwakili oleh anak syarikat mereka, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang.

“Tetapi apa yang kita kesalkan hari ini, pakatan pembangkang terutama Kerajaan Selangor hanya menjadikan isu sebagai peluang untuk memanipulasi fakta dengan menyatakan Syabas sebagai beg penumbuk,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambah beliau lagi kerajaan Selangor jelas tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi menjadikan rakyat bahan politik untuk agenda mereka menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

“Jika kita lihat hari ini, ramai ibu-ibu tua, ataupun orang-orang tua yang terpaksa turun naik membawa baldi semata-mata untuk mendapatkan air.

“Ini harus dilihat sebagai serius oleh kerajaan negeri kerana banyak janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat, jadi jika janji keperluan asas ini pun tak mampu mereka tangani dengan baik, macam mana mereka nak tunaikan banyak lagi janji-janji mereka sebelum ini”, katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat terutama pengundi di negeri ini agar membakulsampahkan sahaja segala manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini kerana pakatan pembangkang sendiri menyatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau ia bukan janji maka nyatalah manifesto pembangkang hanyalah gula-gula pilihan raya semata-mata kerana akhirnya janji-janji itu akan hanya tinggal janji kosong”, ujarnya.

Sumber

Read more...

YB Tong Sampah...Kerajaan Negeri Selangor Memang SAMPAH

Friday, 18 January 2013


Adoiii...Kerajaan Negeri Selangor sekarang memang hendakkan publisiti murahan..Di tong sampah pun nak letak nama..Sewaktu BN memerintah selangor, takda pun tong sampah yang letak nama YANG BERHORMAT.Banyak benda dan perkara yang disumbangkan oleh BN sejak dahulu namun tidaklah sehingga sebegini rupa.

Terdesak sangatkah YB Janice Lee sehungga terpaksa meletakkan namanya di tong sampah? Apakah tidak ada perkara besar yang lain yang disumbangkan oleh YB berkenaan kepada penduduk setempat sehingga terpaksa meletakkan nama di tong sampah? Iskh iskh iskh!

Tq CTS

Read more...

ISU PERUMAHAN : SERANG AKAN SERANG!

Wednesday, 16 January 2013



Sikap Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang menafikan janji manifesto pilihanraya ke-12 (PRU12) terus dipersoalkan menyebabkan Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama di bawah Program 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' menggerakkan jentera turun padang bagi mendengar rintihan rakyat.

Menurut Pengerusi SERANG, Budiman Mohd Zohdi, antara janji yang gagal ditunaikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu adalah berkenaan isu perumahan kos rendah terutamanya untuk golongan muda yang kini menjadi keperluan belia terutamanya yang baru mendirikan rumah tangga.

"Dalam BN kita ada Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) dan kita terima banyak aduan. 30 peratus aduan adalah mengenai isu perumahan. Rata-rata pengadu bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan rumah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini semalam.

Tambahnya, SERANG turut mendesak kerajaan negeri Selangor untuk bersikap prihatin serta tidak melepaskan tangan dalam perkara yang melibatkan hak rakyat.

"Kita desak kerajaan negeri, polisi untuk rumah anak muda perlu diteruskan. Bagaimana rumah sewa boleh tinggal ramai-ramai, ini melibatkan aspek sosial kehidupan.Kerajaan negeri tidak boleh lari dari masalah ini kerana soal tanah adalah tanggungjawab kerajaan negeri," ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, SERANG dan Pemuda BN terus menggerakkan jawatankuasa mereka turun padang ke Parlimen Kota Raja.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai, Penyelaras Dun Pandamaran, Datuk Dr. Ching Eu Boon dan Setiausaha Pemuda MIC Kota Raja, D. Kajendren.

Sebelum ini dalam program sama, SERANG telah mengadakan lawatan ke kawasan Pandan Jaya yang melibatkan Parlimen Pandan.

Sumber

Read more...

Rayu Janji Kerajaan Negeri Selangor...Khalid Ibrahim Masih Membisu..Manifesto Bukan Janji Katanya..Shittt!!!


alt

"Saya begitu kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana gagal menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu," demikian luahan salah seorang penduduk Kampung Batu 7, Jalan Kebun ketika dikunjungi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN).

Kefli Mohd Nor, 60, mendakwa dirinya telah ditipu oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah menanti bantuan dan sumbangan yang dijanjikan sejak Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Selangor.

Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menjalani kehidupan sukar setelah menyewa rumah sejak 22 tahun yang lalu bersama 5 orang anak.

Kefli juga menetap bersama 2 buah keluarga lain yang turut melibatkan individu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

alt

Salah seorang anaknya Mohd Anuar, 27, berkata, Kerajaan Negeri perlu bertanggungjawab dalam memastikan bantuan yang telah dijanjikan sebelum ini dikotakan.

"Harapan kami memang nak sangatlah rumah, atau pangsapuri. Kerajaan negeri sudah janji dalam manifesto," katanya kepada beberapa wakil SERANG dan Pemuda BN yang bekerjasama di bawah program 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' di sini semalam.
Turut serta di program berkenaan termasuklah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, Penyelaras Dun Pandamaran, Ching Eu Boon, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Nur Azman Anuarul Perai dan beberapa wakil pimpinan yang lain.

Anuar turut meminta rayuan agar bantuan pakej tawaran perumahan yang dicanang Kerajaan Negeri dapat diterima memandangkan beliau kini telah mendirikan rumah tangga sejak 6 bulan yang lalu dan kini sedang menanti kelahiran anak pertama.

"Bantulah rakyat untuk golongan yang memerlukan macam saya," rayu Anuar yang hanya menerima pendapatan di bawah RM2 Ribu sebulan.

Bagi abang iparnya pula, Syed Mohd Al Hafiz Syed Ahmad, 29,  juga bersetuju dengan cadangan perumahan untuk golongan muda akan tetapi berasa kecewa tidak menerima sebarang maklumbalas menerusi pakej yang diwar-warkan walaupun telah membuat permohonan tersebut.

"Cadangan ini bagus untuk golongan muda. Saya pernah mohon (rumah kos rendah) di PKNS, Shah Alam namun senyap (tiada respon) sejak 2 tahun," katanya.

alt

Dalam pada itu, sebuah lagi keluarga yang menetap di Taman Klang Jaya dikenalpasti turut mengalami nasib sama.

Vincent, 37,  didakwa tidak menerima sebarang jawapan terhadap rayuan beliau terhadap Kerajaan Negeri dalam memberi sumbangan akibat berdepan penyakit paru-paru dan kebas di bahagian kaki sejak 5 bulan lepas.

Isterinya Devija, 36, menjelaskan, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai kontrak dengan menerima upah harian antara RM15 - RM20 sehari kini berdepan dengan kehidupan lebih rumit setelah tidak berkemampuan memberi nafkah buat dirinya sekeluarga.

"Saya berharap Kerajaan Negeri dapat membantu saya terutamanya untuk saya memiliki rumah sendiri,"  katanya yang kini menyewa di flat berkenaan dengan bayaran RM400 sebulan.

Pada program tersebut, Pihak 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' telah memberi sumbangan barang keperluan kepada kedua-dua keluarga tersebut,

Salah seorang daripada anak beliau kini tidak dapat meneruskan sesi persekolahan akibat  kesempitan hidup dengan hanya mengharapkan gaji Devija berjumlah RM800 sebulan.

Program Kembara Anak Muda Sayangi Selangor ditubuhkan setelah menerima pelbagai aduan dari anak muda di Selangor berkaitan isu Perumahan Anak Muda, Peluang Pekerjaan Anak Muda, Program Pembangunan Belia, Peluang Perniagaan untuk anak muda langsung tidak dititikberatkan dalam dasar Kerajaan Negeri.

Read more...

Isu Air Selangor: BN Menang, Air Pun Senang Dapat Di Selangor

Monday, 14 January 2013


Foto

Semenyih: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan krisis air di Selangor sebaik mendapat mandat rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau yang sedih melihat kesusahan penduduk akibat krisis itu, menegaskan, masalah itu mesti diatasi kerana akses kepada air berkualiti adalah hak asasi setiap manusia.

Bidas kerajaan PKR
Perdana Menteri membidas kerajaan PKR Selangor yang sentiasa menyalahkan pihak lain tanpa menyelesaikan masalah itu, sedangkan persoalan air terlalu berharga untuk dipolitikkan.
Pelabur tunggu hendak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air ini. Pemaju hartanah hendak buka kawasan perumahan juga tertangguh. Sebab itulah kita jangan main politik. Ini bukan permainan politik, ini adalah mengenai survival rakyat," - Datuk Seri Najib Razak

“Kita hendak balik Selangor kerana sudah ada banyak masalah di negeri ini. Masalah air tidak selesai... mereka asyik tuding jari menyalahkan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) serta BN, tetapi ini bukan cara dan masanya.

Usah tertipu 'janji Kampung Buah Pala': Najib

“Kita hendak membuka stesen pam tambahan, mereka tidak beri kelulusan. Kita hendak melaksanakan (Loji Rawatan Air) Langat 2, mereka tidak bagi ‘development order’.

“Masalah sekarang hanya secebis berbanding apa yang akan berlaku pada 2014 di mana malapetaka lebih serius bakal menimpa negara kita, khususnya di Lembah Klang... Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jika kita tidak menyelesaikan masalah air ini,” katanya pada program Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco, Rinching di sini, semalam, anjuran Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Selangor itu.
Selain menyukarkan kehidupan rakyat, Najib berkata, krisis air di Selangor jika tidak diselesaikan mungkin akan menyebabkan pelaburan berbilion-bilion ringgit di negeri itu juga terbantut.

“Saya sedih tengok penduduk di flet, orang termengah-mengah hendak mengangkat baldi air sampai tingkat atas. Orang muda mungkin boleh, tetapi kalau tua... berumur 70 tahun, bagaimana hendak angkat baldi itu. Susah rakyat... hendak mandi dan buat apa pun memerlukan air.

“Pelabur tunggu hendak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air ini. Pemaju hartanah hendak buka kawasan perumahan juga tertangguh. Sebab itulah kita jangan main politik. Ini bukan permainan politik, ini adalah mengenai survival rakyat,” katanya.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya jangan lagi tertipu dengan janji kosong pakatan pembangkang pada PRU-12 yang dilabelkan sebagai ‘janji Kampung Buah Pala’, antara lain bantuan sebanyak RM600 sebulan untuk ibu tunggal di Selangor dan pemberian air percuma yang tidak ditunaikan.

“Oleh itu, kita perlu mandat besar dan kukuh supaya ada kekuatan melakukan pembaharuan serta membela rakyat berdasar gagasan dan semangat 1Malaysia. BN kerajaan bertanggungjawab. Demi masa depan, kelangsungan dan kecemerlangan negara serta cucu-cicit kita, pastikan BN kekal di Putrajaya dan empat negeri yang kita kalah itu balik ke pangkuan BN,” katanya.


Read more...

Rakyat Selangor Menuntut Bantuan RM50 Sebulan Seorang Bagi Pendidikan Pra Sekolah


Sekitar Program:





Sumber : GPRS

Read more...

Percanggahan Syarat, Kerajaan Negeri Selangor Tidak Berhak Ambil Alih SYABAS

Sunday, 13 January 2013



Kerajaan negeri Selangor tidak boleh mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana ia bercanggah dengan syarat-syarat dalam perjanjian konsesi, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata syarikat konsesi bekalan air itu dilantik mengurus dan mentadbir air di Selangor pada tahun 2004, dan sebarang penamatan kontrak boleh menyebabkan kerajaan negeri Selangor disaman.
Chin berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR yang bertegas mahu mengambil alih syarikat konsesi air itu harus mengadakan rundingan dengan Syabas dan urusan pengambilalihan hanya boleh dilaksana jika Syabas bersetuju.

"Saya ingin memberitahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menghalang kerajaan negeri untuk mengambil alih syarikat konsesi air itu kerana kerajaan persekutuan tidak mempunyai sebarang ekuiti dalam syarikat Syabas kecuali golden share untuk membuat pemantauan," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Khalid yang mencadangkan untuk menamatkan perjanjian konsesi dengan Syabas dan seterusnya mengambil alih operasi syarikat Syabas berikutan krisis air di 90 kawasan sehingga menjejaskan hampir setengah juta pengguna.

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang berlaku berikutan pengurangan kadar pengepaman air dari Rumah Pam Wangsa Maju sebanyak 30 juta liter sehari (JLH) untuk mengelak kerosakan berulang akibat lebihan bebanan.

Sehubungan itu, Chin mahu kerajaan Selangor berhenti menuding jari dan menyalahkan Syabas dalam isu krisis air.

"Ini bukan isu ambil alih tetapi semua pihak iaitu kerajaan negeri, Syabas dan kerajaan persekutuan harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian agar ia (krisis air) tidak berulang pada masa akan datang kerana air adalah keperluan rakyat.

"Kerajaan persekutuan sentiasa bersedia untuk membantu dalam pelbagai bentuk dan merancang keperluan air pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Teo Yen Hua memberi jaminan masalah gangguan air boleh diatasi selewat-lewatnya Isnin depan.

Beliau berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan Syabas untuk memasang paip pintasan bagi membolehkan air dibekal secara graviti dari Kolam Air Dusun Kubong ke Kolam Sedut AU3 Baru dan AU3 Lama.

"Kerja-kerja pemasangan paip pintasan mulai dilaksana malam kelmarin dan dijangka siap dalam tempoh lima hari. Apabila siap, bekalan air akan dibekalkan ke kedua-dua kolam sedut itu tanpa melalui Rumah Pam Wangsa Maju," katanya.

Sumber

Read more...

PM : Semangat Nambike Pacu Malaysia ke arah Negara Maju.


alt

Kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan terus memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju dengan membawa semangat nambike.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat ini memerlukan peranan seluruh masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini agar dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik.

"Kita akui silap dulu. Berdasarkan keyakinan kita, apa yang saya guna adalah istilah nambike dengan rakyat, nambike itu bermaksud saling percaya mempercayai, yakin meyakini antara sama lain.

"Saya akui ini adalah tempoh perlaksanaan. Sebagaimana bina rumah, perlu masa dan kita telah lihat rangka rumah itu. Bila mandat diterima oleh BN, pasti rumah itu siap dibina," tegasnya ketika berucap di hadapan kira-kira 4 ribu hadirin pada Majlis Pesta Ponggal bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan beberapa pimpinan komponen BN.

Pengerusi BN itu juga mengingatkan rakyat terutamanya di Negeri Selangor agar tidak lagi terpedaya dengan janji palsu Pakatan Rakyat (PR).

"Kita mesti jangan kena tipu. Boleh tipu sekali, jangan dua kali. Jangan biarkan mereka (PR) rendahkan intelek kaum india. Mereka kata nak ubah. Kita sudah ubah di Selangor.

"Orang Selangor sudah kena tipu, masa akan tiba (PRU13) tidak lama lagi, jangan ubah kerajaan pusat, ubah kerajaan negeri. Yakinlah pada kita (BN)," katanya lantas menerima sorakan slogan 'Sayangi, Selangor, Yakini BN' oleh hadirin.

Sebelum itu, Perdana Menteri meluangkan masa bersarapan bersama hampir 500 rakyat di emporium makan Pasar Jawa Klang.

Beliau turut berkesempatan meninjau dan beramah mesra dengan hampir 50 peniaga di Emporium Makan Klang.

Sumber

Read more...

Lagi Cerita Pasal UNISEL..Khalid Aku Dah Muak Dengan Ko...Nak Muntah...Uwekkkk



Seperti yang dijanjikan isu asrama Unisel yang sedang panas di Selangor dijadikan isu pertama pendedahan pembohongan kerajaan Khalid Gagap. Sebelum ini Unisel telah dikaitkan dengan bermacam-macam masalah semenjak pemerintahan kerajaan Khalid Gagap. Bermula dengan masalah perletakan jawatan Naib Canselor Datuk Dr Rosti Saruwono seorang ahli akademik yang bepengalaman dan juga isu perlantikan Pemangku Naib Canselor yang sehingga kini masih belum disahkan jawatannya.

Pendedahan Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa Unisel kerugian jutaan ringgit juga antara salah satu masalah besar yang sehingga kini gagal dijawap sepenuhnya oleh pentadbiran Khalid Gagap. Lebih menarik pendedahan tersebut juga dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika dilihat secara terperinci jumlah kerugian yang didedahkan oleh Noh Omar tidak ada kekurangan walaupun 1 sen. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap dakwaan yang dibuat oleh UMNO BN terhadap pentadbiran Khalid Gagap ada asasnya.

Terkini, isu penutupan asrama Unisel atas alasan tidak selamat diduduki berdasarkan laporan audit yang dijalankan oleh JKR kembali mencerminkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan satu-satu masalah.Untuk makluman, kerja-kerja tanah yang dilakukan ketika awal pembinaan Unisel dijalankan oleh Talam sebuah syarikat yang di bail out oleh kerajaan Khalid Gagap.

Selanjutnya di sini

Read more...

Perumahan Anak Muda...Mana Kerajaan Selangor

Friday, 11 January 2013


alt

Kerajaan Selangor hari ini didesak untuk menunaikan manifesto yang telah dibuat kepada rakyat semasa pilihan raya umum lepas berhubung isu perumahan anak muda di negeri ini.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi, mendesak agar kerajaan negeri itu di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menunaikan janji yang telah diberikan kepada rakyat.

"Kita mendesak agar kerajaan negeri Selangor memperbaiki dasar polisi untuk anak-anak muda di negeri ini terutamanya sakan isu perumahan ini.

"Dimanakah rumah kos rendah yang dimaksudkan itu? Adakah itu adalah rumah kos rendah ketika zaman Barisan Nasional (BN) ataupun itu adalah rumah dengan polisi serta dasar mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan perumahan di Pandan Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah barisan kepimpinan anak muda kawasan Parlimen Pandan.

Budiman turut mempersoalkan mengenai kenyataan kepimpinan negeri Selangor bahawa telah membina sebanyak 1, 510 buah rumah di daerah Hulu Langat.

"Warga Selangor sudah melihat sendiri dalam iklan mereka (kerajaan negeri) tentang jumlah perumahan untuk anak muda iaitu sebanyak 1, 510 rumah kos rendah, tetapi dimana rumah-rumah ini?," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal sebagai badan yang membina rumah murah.

"Kita merayu kepada PKNS untuk kembali sebagai pembina rumah rumah kerana peranan itu sudah tiada lagi kini," ujarnya.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP