Isu Air : Menteri Kecam Keputusan Kerajaan Negeri Selangor.
Friday, 1 February 2013
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengecam tindakan Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan masalah bekalan air tanpa mengadakan sebarang rundingan bersama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pentadbiran di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim itu tidak sewajarnya membuat sebarang kesimpulan berhubung punca utama berlakunya masalah yang dibangkitkan tanpa merujuk Badan Kawal Selia Perkhidmatan Air Negara di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Kerajaan Persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan SYABAS melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.
Beliau menjelaskan, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan arahan kepada pihak SYABAS bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa akan datang. Malah kerja pembinaan rumah pam baru dari pihak Kerajaan Negeri menerusi pinjaman wang Kerajaan Pusat dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015
"Kerajaan Pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.
"Kerajaan Negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.
"Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya," ujarnya.
Beliau juga menjelaskan, situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi Kerajaan Pusat ketika berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa gangguan.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil alih konsesi-konsesi air di Selangor dalam tempoh 14 hari.
Malah Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak Kementerian berkaitan mengenai pengambilalihan itu
Keputusan menerusi Mesyuarat Exco itu dicapai berasaskan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai masalah dengan langkah Kerajaan Negeri untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor.
Sumber
2 comments:
Orang S'gor kena tolak agenda politik sempit pembangkang, sebab mereka memang tau membangkang je. Isu air pun nak dipolitikkan, bukan nak diselesaikan. Kalau anda masih berdegil, bersedia sajalah alami krisis air 2014.
Tak payahlah MB nak manipulasi lagi isu air ni. Semua pihak dah tau siapa dalang sebenar masalah ini. Terima sajalah kekalahan pada PRU13 nanti. Rakyat S'gor mahukan perubahan.
Post a Comment