Ronnie Liu, Apasal Ko Ni Bangang Sangat!!!!
Tuesday, 19 February 2013
BN Selangor hari ini menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menasihatkan pula Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan penyelidikan, YB Ronnie Liu untuk meletakkan jawatan atau tidak lagi meneruskan sessi penipuan demi penipuan kepada rakyat.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon berkata, berdasarkan aduan dan laporan yang diterima oleh Pusat Khidmat Pakar BN Selangor, sebanyak 32.85% laporan yang diterima adalah aduan masalah jalan raya yang agak teruk di seluruh negara.
”Apa yang berlaku baru-baru ini, ada dua kes di Klang di mana terdapat dua kematian akibat jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik hinggakan wujud lubang besar yang menyebabkan kemalangan maut ini, yang sedihnya apabila EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menyalahkan kerajaan pusat kerana kononnya jalanraya itu di bawah penyelenggaraan kerajaan pusat, malah langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan.
Dia kata, satu sen pun kerajaan pusat tak bagi, menyebabkan jalan-jalan ini tidak dapat diselenggara. Kita nak nasihatkan Ronnie yang menjaga hal-ehwal PBT di Selangor ini agar belajar dengan mantan EXCO yang lama kalau dia tidak tahu mentadbir kerana tindakannya menyalahkan kerajaan pusat jelas membuktikan bahawa dia dan kerajaan pakatan ini gagal mentadbir dengan baik,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Selanjutnya
0 comments:
Post a Comment