Powered by Blogger.

Rayu Janji Kerajaan Negeri Selangor...Khalid Ibrahim Masih Membisu..Manifesto Bukan Janji Katanya..Shittt!!!

Wednesday, 16 January 2013


alt

"Saya begitu kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana gagal menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu," demikian luahan salah seorang penduduk Kampung Batu 7, Jalan Kebun ketika dikunjungi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan Pemuda Barisan Nasional (BN).

Kefli Mohd Nor, 60, mendakwa dirinya telah ditipu oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah menanti bantuan dan sumbangan yang dijanjikan sejak Pakatan Rakyat berjaya menawan Negeri Selangor.

Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menjalani kehidupan sukar setelah menyewa rumah sejak 22 tahun yang lalu bersama 5 orang anak.

Kefli juga menetap bersama 2 buah keluarga lain yang turut melibatkan individu berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

alt

Salah seorang anaknya Mohd Anuar, 27, berkata, Kerajaan Negeri perlu bertanggungjawab dalam memastikan bantuan yang telah dijanjikan sebelum ini dikotakan.

"Harapan kami memang nak sangatlah rumah, atau pangsapuri. Kerajaan negeri sudah janji dalam manifesto," katanya kepada beberapa wakil SERANG dan Pemuda BN yang bekerjasama di bawah program 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' di sini semalam.
Turut serta di program berkenaan termasuklah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Budiman Mohd Zohdi, Penyelaras Dun Pandamaran, Ching Eu Boon, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Nur Azman Anuarul Perai dan beberapa wakil pimpinan yang lain.

Anuar turut meminta rayuan agar bantuan pakej tawaran perumahan yang dicanang Kerajaan Negeri dapat diterima memandangkan beliau kini telah mendirikan rumah tangga sejak 6 bulan yang lalu dan kini sedang menanti kelahiran anak pertama.

"Bantulah rakyat untuk golongan yang memerlukan macam saya," rayu Anuar yang hanya menerima pendapatan di bawah RM2 Ribu sebulan.

Bagi abang iparnya pula, Syed Mohd Al Hafiz Syed Ahmad, 29,  juga bersetuju dengan cadangan perumahan untuk golongan muda akan tetapi berasa kecewa tidak menerima sebarang maklumbalas menerusi pakej yang diwar-warkan walaupun telah membuat permohonan tersebut.

"Cadangan ini bagus untuk golongan muda. Saya pernah mohon (rumah kos rendah) di PKNS, Shah Alam namun senyap (tiada respon) sejak 2 tahun," katanya.

alt

Dalam pada itu, sebuah lagi keluarga yang menetap di Taman Klang Jaya dikenalpasti turut mengalami nasib sama.

Vincent, 37,  didakwa tidak menerima sebarang jawapan terhadap rayuan beliau terhadap Kerajaan Negeri dalam memberi sumbangan akibat berdepan penyakit paru-paru dan kebas di bahagian kaki sejak 5 bulan lepas.

Isterinya Devija, 36, menjelaskan, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai kontrak dengan menerima upah harian antara RM15 - RM20 sehari kini berdepan dengan kehidupan lebih rumit setelah tidak berkemampuan memberi nafkah buat dirinya sekeluarga.

"Saya berharap Kerajaan Negeri dapat membantu saya terutamanya untuk saya memiliki rumah sendiri,"  katanya yang kini menyewa di flat berkenaan dengan bayaran RM400 sebulan.

Pada program tersebut, Pihak 'Kembara Anak Muda Sayangi Selangor' telah memberi sumbangan barang keperluan kepada kedua-dua keluarga tersebut,

Salah seorang daripada anak beliau kini tidak dapat meneruskan sesi persekolahan akibat  kesempitan hidup dengan hanya mengharapkan gaji Devija berjumlah RM800 sebulan.

Program Kembara Anak Muda Sayangi Selangor ditubuhkan setelah menerima pelbagai aduan dari anak muda di Selangor berkaitan isu Perumahan Anak Muda, Peluang Pekerjaan Anak Muda, Program Pembangunan Belia, Peluang Perniagaan untuk anak muda langsung tidak dititikberatkan dalam dasar Kerajaan Negeri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP