Asrama Kampus Bestari Jaya (Unisel) Ditutup Kerana Mendapan Tanah
Thursday, 3 January 2013
Jabatan Kerja Raya(JKR) Selangor mengesahkan asrama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya ditutup buat sementara waktu disebabkan mendapan tanah membabitkan lebih kurang 40 blok asrama di situ.
Ketua Penolong Pengarah Bangunan JKR Selangor, Muhamad Adam Berkata, arahan penutupan asrama tersebut dibuat berdasarkan dua kali pemeriksaan ke atas bangunan asrama tersebut atas permintaan daripada Unisel.
"Bukan tidak selamat, cuma berlaku mendapan tanah menyebabkan utiliti seperti sistem kumbahan, kabel juga berlaku ketegangan. Keadaan ini perlu diambil tindakan segera kerana kalau sistem kumbahan tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan."Katanya kepada pemberita.
"Pemeriksaan berdasarkan permintaan Unisel, pegawai JKR membuat lawatan ke kawasan tersebut dan setelah menelitinya, kita dapati struktur bangunan masih elok dan selamat".
JKR dan Jabatan Audit Negara mengarahkan asrama Unisel Kampus Bestari Jaya ditutup buat sementara waktu untuk kerja - kerja baik pulih.
Beliau berkata, JKR memaklumkan kepada Unisel status tersebut untuk tindakan mereka seperti baik pulih dan penyelenggaraan namun JKR tidak diarahkan melaksanakannya.Namun jika disuruh berbuat demikian, pihak JKR akan berbincang dengan Pengarah JKR Selangor Datuk Ir. Abdullah bin Abdul Rahman kerana kos untuk membaik pulih asrama tersebut memerlukan jumlah yang agak besar dan pemeriksaan terperinci perlu dilakukan.
Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad berkata, semua pelajar terlibat yang akan mendaftar awal bulan ini akan ditempatkan sementara waktu di lima kawasan berhampiran kampus.
0 comments:
Post a Comment