Powered by Blogger.

FAUZI SHAARI DAH MENGAKU, BANGLO MEWAH DI SHAH ALAM MILIKNYA... MACAM MANA DENGAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN?

Tuesday, 29 January 2013



Tak kisahlah apa jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung pemilikan hartanah di Shah Alam yang didedahkan baru-baru ini oleh banyak blog. Sama ada Fauzi bercakap benar atau sebaliknya, itu bukanlah perkara penting, memandangkan sekarang ini, persepsi adalah perkara yang paling utama.

Kalau jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Fauzi Shaari tentang pemilikan banglo mewah tersebut PERLU DITERIMA dan PERLU DIPERCAYAI, bagaimana pula dengan penjelasan dan jawapan yang telah diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor berhubung pemilikan hartanahnya di Shah Alam?

Para pecacai Pakatan pastinya mengatakan, mahkamah telah membuat keputusan bersalah ke atas Khir Toyo, maka tidak perlu lagi dipertikaikan. Namun, sebelum keputusan mahkamah, penjelasan demi penjelasan yang diberikan, langsung tidak diterima. Bahkan DAP menerusi Ng Suee Lim, telah mengadakan road-tour dan demonstrasi di hadapan hartanah tersebut sambil menyatakan bahawa hartanah tersebut bernilai RM24 juta walaupun akhirnya nilai sebenar hartanah berkenaan sekarang ini hanyalah RM6 juta.

Kata Fauzi Shaari berkenaan banglo mewahnya, "Nilai hartanah kini semakin meningkat...."

Untuk itulah, mengapa pula untuk Fauzi Shaari, penjelasan dan jawapannya perlu diterima serta dipercayai, sedangkan untuk Khir Toyo pula, langsung tidak boleh? Adakah kerana Fauzi Shaari pemimpin PAS, maka langkah seterusnya hanyalah mempercayai segala apa yang keluar dari mulutnya tanpa perlu melalui proses mahkamah dan SPRM sebagaimana Khir Toyo?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, terutama sekali pemimpin-pemimpin PAS Terengganu yang menjadi kaya-raya dan berkemampuan besar apabila kuasa sudah ada di tangan, terutama sekali ketika PAS memerintah Terengganu selama sepenggal pada 1999 dahulu?


Kenapa tak pernah diterangkan, dari mana kekayaan dan kemewahan ini tiba-tiba sahaja ada di ribaan mereka? Adakah kerana mereka terlalu sering mengamalkan AYAT SERIBU DINAR, maka berjuta-juta dinar masuk ke dalam akaun mereka dari segala penjuru dan sumber yang tidak dapat diketahui?

Fauzi Shaari bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dikatakan zuhud, bersih, suci, mengelak dari dosa kecil apatah lagi dosa besar, tidak memandang dunia dan sebagainya yang hebat-hebat, memiliki kekayaan dan kemewahan luar biasa tanpa diketahui punca, sebaliknya terdapat ramai pemimpin PAS yang mengalami fenomena, KAYA TIBA-TIBA, terutama sekali di Kelantan, Kedah dan Selangor serta Perak!

Kalau pemimpin-pemimpin UMNO seringkali dipertikaikan, walaupun ramai yang tahu, kebanyakan pemimpin UMNO merupakan ahli perniagaan kalau tidak pun BROKER BERTARAF LIMA BINTANG, mengapa pemimpin-pemimpin PAS tidak dipertikaikan pula.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP