Siapa Yang Nak Menyertai Pesta Sampah Anjuran PR Selangor..Boleh Daftarkan Diri Di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor Dengan Segera!!!!?
Wednesday, 9 January 2013
Walaupun aduan sudah berbakul-bakul dibuat terhadap pihak berwajib baik di pihak Khalid Samad mahupun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), masalah kutipan sampah terus membelenggu rakyat di Shah Alam.
Nampaknya, 'Khalid Samad n the gang' tidak berminat untuk menyelesaikan masalah yang terpaksa dilalui oleh rakyat di Shah Alam saban hari.
Sampah bukan sahaja dibiarkan membusuk, lebih malang pihak berwajib hanya mengutip sampah ikut suka mereka sahaja. Kadangkala sampah dikutip seminggu sekali.
Hari ini, penulis menerima aduan dari penduduk di Seksyen 7 yang sudah tidak tahan dengan masalah kutipan sampah.
"Rakyat di Shah Alam sudah lali dengan bau busuk yang maha dahsyat.
"Tikus dan anjing liar yang memakan sampah busuk itu sudah jadi sebahagian daripada komuniti kami.
"Habis rumah kami dimasuki tikus dan tahi anjing bersepah di kawasan letak kereta," kata seorang penduduk dengan penuh emosi.
Sumber
0 comments:
Post a Comment