Powered by Blogger.

Lagi Kes Penindasan Peniaga Melayu - Peniaga Melayu Diusir Kerajaan Komunis Selangor !

Saturday, 26 January 2013




Hasrat seorang pemilik sebuah restoran untuk meneruskan perniagaan milik keluarga yang dibina sejak 13 tahun lalu akhirnya berkecai setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa mengarahkan dia mengosongkan premisnya berkuatkuasa hari ini.



Pengurus Restoran D'Selat di Pelabuhan Klang, Norilhalmi Abu Bakar, 28, mendakwa, notis tersebut diterima daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi sepucuk surat bertarikh 18 Januari lalu meminta beliau mengosongkan premis tersebut yang bertempat di Pelabuhan Klang di sini, tanpa sebarang alasan munasabah.



Beliau mendakwa, MPK turut enggan membayar sebarang pampasan meskipun pihaknya telah mengeluarkan peruntukan sendiri berjumlah RM500,000 bagi membangunkan kawasan restoran seluas 1.2 hektar sejak 1999.



"Berdasarkan perjanjian asal menerusi sepucuk surat pada 12 Jun 2006, MPK telah memberi kelulusan kepada kami untuk penyewaan ruang niaga di kawasan ini selama 30 tahun dengan kenaikan kadar sewa tidak melebihi 20 peratus bagi setiap tempoh tiga tahun.



"Namun perjanjian itu telah berubah pada 2008 apabila MPK hanya bersetuju memberi sewaan untuk tempoh tiga tahun sahaja dengan kenaikan sewaan sebanyak RM10,000 sebulan berkuat kuasa 15 Mac 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Norilhalmi berkata, kadar sewa tersebut kemudiannya meningkat kepada RM12,000 sebulan setelah MPK bersetuju dengan rayuan pihaknya melanjutkan tempoh penyewaan sehingga 31 Disember 2012.



Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan MPK yang tidak memberikan sebarang alasan berhubung arahan pengosongan tapak premis itu selain tidak mahu memberikan sebarang pampasan sedangkan pihaknya membuat pelaburan begitu besar menggunakan modal sendiri untuk menaik taraf infrastruktur di premis berkenaan.



"Sepatutnya, usaha menaik taraf infrastruktur serta kemudahan premis terbabit adalah di bawah tanggungjawab MPK. MPK hanya memberikan alasan arahan pengosongan tersebut adalah untuk tujuan perniagaan, sedangkan selama ini pun, kita sememangnya menjalankan perniagaan," tegasnya.



Sementara itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mengutuk tindakan kerajaan negeri menerusi MPK itu yang dilihat seolah-olah satu cubaan untuk menghalau usahawan bumiputera di negeri ini.



Empat NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) serta Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang).



Jurucakap NGO berkenaan, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan MPK itu membuktikan sikap sebenar kerajaan negeri yang tidak menepati janji untuk membantu membangunkan ekonomi bumiputera seperti tercatat dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.



"Dalam manifesto tersebut kerajaan negeri menjanjikan untuk memberikan galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum, namun melihat daripada kerajaan ini, janji itu tidak dilaksanakan. Malah di seluruh Selangor kita difahamkan tidak juga dilakukan.



"Dalam kes pemilik restoran ini, kita lihat MPK mengenakan sewa berlipat kali ganda kepada pemiliknya iaitu daripada RM1,500 sebulan pada 2003, RM1,800 sebulan (2006), RM10,000 (2009) dan RM12,000 sebulan pada 2012," katanya. - Utusan



Nota KGC : Kes peniaga dan usahawan Bumiputra dan Melayu yang dihalau dan diusir di Selangor, bukanlah perkara baru. Malah kawasan perniagaan ibu tunggal yang dianugerah oleh Sultan juga turut pernah menjadi kerakusan puak Pakatan Haram ni. Jangankan kata untuk menepati dan menunaikan janji manifesto lalu, malah untuk mengekalkan ekonomi Bumipitera dan Melayu pun Pakatan Haram tak mampu laksanakan.



Penindasan terhadap ekonomi orang Melayu dan Bumiputra ini tidak harus dipandang ringan. Eloklah rakyat Selangor celikkan mata dan buat keputusan bijak menjelang PRU-13 yang akan menjelang dalam tempoh 2 bulan ini.



Ingatlah, bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri. Beringatlah juga, apa yang korang hadapi hari ini, segala permasalahan adalah dari kerja tangan korang yang mengundi Pakatan Haram pada PRU-12 yang lalu.



Ayuhlah kita berubah... Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

1 comments:

Unknown 26 January 2013 at 08:41  

SELALU KITA DENGAR PERKATAAN KERAJAAN ZALIM BILA MEREKA TAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN.
KITA TAK PERNAH PULA DENGAR PERKATAAN PEMBANGKANG ZALIM.
RAKYAT KENA INGAT BAHAWA SUDAH ADA DIBEBERAPA NEGERI PEMBANGKANG DAH JADI KERAJAAN.
pembangkang bila dah jadi kerajaan pun sama ZALIM

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP