Powered by Blogger.

Sewa Tak Naik Jika BN Kembali Perintah Selangor

Sunday 12 August 2012

Sewa Tak Naik Jika BN Kembali Perintah Selangor
KUALA SELANGOR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji tidak menaikkan kadar sewa yang dikenakan keatas 100 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam sekiranya kembali memerintah Selangor pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Malah katanya, BN Selangor juga akan membiayai kos guaman berjumlah RM50,000 dalam kes mahkamah yang difailkan oleh 100 peniaga terbabit terhadap kerajaan Selangor berhubung kenaikan kadar sewa premis perniagaan itu bagi mencari keadilan buat peniaga terbabit.

“Tindakan (kerajaan negeri) menaikkan kadar sewa premis perniagaan di Kompleks PKNS sehingga 100 peratus tidak munasabah dan membebankan penyewa di bangunan yang menjadi identiti negeri ini.

“Kita akan bantu biaya kos guaman yang terpaksa ditanggung oleh peniaga dan saya dimaklumkan kerajaan Selangor juga sedang berusaha mengetepikan injuksi kenaikan kadar sewa berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan baucar tunai Program Bantuan Rakyat 1Malasyia (BR1M) Selangor Fasa pertama di sini hari ini.

Mengulas lanjut isu tersebut, Noh berkata, kerajaan Selangor gagal menunaikan janji mereka untuk mewujudkan lebih banyak premis perniagaan selepas mentadbir negeri berkenaan sebaliknya menaikkan sewa dan menjual bangunan.

Pada 14 Disember tahu lalu, seramai 100 peniaga di Kompleks PKNS mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang cadangan PKNS menaikkan kadar sewa ruang niaga di kompleks itu tahun depan.

Peguam yang mewakili para peniaga berkenaan, Kamarudin Ahmad dipetik berkata, perintah injunksi itu diperolehi daripada Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Zaki Husin di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 6 Disember tahun lalu persatuan peniaga Kompleks PKNS memfailkan injunksi (perintah sekatan) bagi menghalang kenaikan kadar sewa premis perniagaan sebanyak 70 hingga 100 peratus di kompleks itu.

Sumber : Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP