Powered by Blogger.

Penipuan Maha Hebat - Ronnie Liu Anggap Rakyat Selangor Bodoh !

Saturday, 4 August 2012


Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, dengan megahnya mengumumkan bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN.


Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571.


Namun, Ronnie gagal menjawab kenapa isu rumah urut tidak timbul pada ketika pemerintahan BN.


Kenapa rakyat tidak merasa begitu terganggu dengan 571 pusat urut yang ada ???


Tetapi kenapa rakyat hanya merasa rimas, resah dan marah sejak PKR mengambil-alih pemerintahan di Selangor ???


Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan perkara ini yang merasa terganggu, tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih terbuka dengan ‘hiburan’ juga merasa tidak senang.


Contohnya, apabila NGO yang diwakili kaum Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi.


Dan pada 2011, mereka telah membuat aduan rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.


Pada tahun 2009 juga, muncul satu blog yang menawarkan urutan ‘gay’ di sekitar Sierramas, Ampang Jaya, Damansara dan seluruh Selangor secara ‘on-call’.


Begitu hebat sekali industri mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi yang hebat sekali.


Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara ini sebagai satu lagi ‘hak asasi’ yang diperjuangkan PR.


Lalu keresahan di kalangan rakyat pun meningkat.


Sekali lagi ditekankan, iaitu sebelum tahun 2008, tiada rungutan dari rakyat atau mana-mana NGO mengenai ‘percambahan’ rumah urut di sekitar negeri ini.


Dalam senarai yellowpages, terdapat hampir 400 rumah urut yang berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN.


Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi tidak berdaftar dengan yellowpages.


Tidak salah juga untuk kita menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur.


Mengikut aduan yang dibuat oleh Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee pada 1 Julai 2011, di Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut, 200 di Klang dan berpuluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.


Ini sahaja sudah menghampiri jumlah 400 buah pusat urut.


Baiklah, Ronnie boleh menuduh semuanya wujud sejak zaman BN dan termasuk dalam senarai yang 571 yang berlesen.


Tetapi bagaimana Ronnie boleh menjelaskan pusat-pusat urut di bangunan-bangunan yang baru ‘tumbuh’ selepas tahun 2008 seperti di Puchong, USJ, Seri Kembangan, Ara Damansara, Tropicana, Sunway Damansara, Bangi, Kajang dan beberapa tempat lain di Selangor ???


Jika satu-satu kawasan ini terdapat 30 – 50 rumah urut mengikut kiraan rambang sekali pandang, maka senang-senang kita boleh mendapati lebih 500 jumlah keseluruhannya.


Dan semua rumah urut di bangunan-bangunan baru ini tidak mungkin termasuk dalam 571 rumah urut yang mendapat lesen dari kerajaan BN, iaitu sebelum 2008.


Justeru, dengan menafikan yang kerajaan Selangor ada mengeluarkan lesen kepada mereka, apakah Ronnie secara langsung mengesahkan bahawa mereka semuanya beroperasi tanpa lesen ???


Atau dalam erti kata lain, apakah Ronnie ingin mengesahkan bahawa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan exconya atau kerajaan Selangor sendiri dalam isu rumah urut ini ???


Hakikatnya, rakyat bukan bodoh dan bukannya buta.


Jika kita berjalan di waktu malam, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedia jelas iaitu deretan rumah urut di hampir semua bangunan-bangunan komersial di Selangor.


Jika hanya 571 rumah urut yang bertebaran di sekitar Selangor sepertimana yang wujud ketika pemerintahan BN, tentunya kewujudannya tidak sebegitu ketara dan rakyat juga tidak mungkin akan menjadikannya isu besar.


Jelas, rumah urut di sekitar Selangor adalah jauh berlipat ganda sejak PR mengambil-alih berbanding dengan jumlah lesen yang dikeluarkan BN iaitu 571 (kalau ikut kata si Ronnie).


Dan majoritinya pula bukannya jujur menawarkan urutan kesihatan.


Ronnie Liu pastinya buta jika tidak dapat melihatnya, dan pastinya bodoh jika menganggap yang rakyat boleh diperbodohkan.


Dan apa yang pasti, Ronnie Liu pastinya bukan seorang pemimpin yang baik jika benar beliau mempunyai ‘perjanjian tertentu’ dengan tauke-tauke rumah urut sehingga membolehkan mereka beroperasi tanpa perlu mendapatkan lesen.


Ronnie tidak boleh lari dari memperjelaskan perkara ini, jika tidak, kerajaan PKR Selangor akan kekal dipandang sebagai tidak lebih dari hanya boneka kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Selangor.

Sumber : Kita Gempur

1 comments:

Global Products & Services Review 4 August 2012 at 20:53  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP