Powered by Blogger.

BN Selangor Dedahkan Bukti Pengurangan Air Terawat Oleh KPS

Wednesday 15 August 2012

alt

SHAH ALAM 15 Ogos - Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin hari ini memberi kenyataan bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mengeluarkan surat kepada Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) agar menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta gelen sehari.
Menurut Mohd. Zin, pihak KPS mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.
"Memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011 bukannya bermula sejak Januari 2011.
Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama," katanya ketika sidang media di Bangunan Perhubungan UMNO Selangor hari ini.
Tambah beliau, arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS dan apa yang mendukacitakan beliau ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.
"Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," katanya.
Beliau turut menyifatkan kerajaan negeri juga bersikap retorik apabila sering mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah untuk kepentingan rakyat namun arahan pengurangan kapasiti air terawat jels membuktikan mereka sebenarnya mengutamakan kepentingan peribadi.

alt

alt

alt

altalt
Sumber : KLPOS

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP