Powered by Blogger.

Showing posts with label Sahabat Gunung. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Gunung. Show all posts

Ibu Tunggal Ditipu - Habis Madu Sepah Dibuang

Sunday, 27 January 2013



Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor adalah bukti jelas kegagalan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).


Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat Selangor kini mula sedar akan sikap kerajaan negeri yang hanya tahu menabur janji palsu tanpa menunaikannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada golongan yang memperjuangkan hak mereka. Rakyat Selangor memberi banyak peluang kepada kerajaan negeri untuk menunaikan janji di pilihan raya umum lalu.

"Namun, apabila dapat mandat memerintah, janji tersebut dilupakan begitu saja. Sebab itulah, golongan ini bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan dan ternyata kebenaran berpihak kepada mereka," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas lawatan kerja di kuarters baru Industri Pertanian Serdang, di sini, semalam.

November lalu, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman menuntut RM10.9 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid untuk membatalkan tuntutan golongan itu atas alasan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

Noh berkata, ia bukanlah kes pertama tuntutan kerajaan negeri ditolak.

"Sebelum ini mahkamah pernah menolak tuntutan kerajaan negeri yang merampas tanah Yayasan Selangor di Pulau Carey.

"Bagi saya, tindakan kerajaan negeri adalah contoh pentadbiran yang mengikut nafsu. Rakyat Selangor sepatutnya jangan memberi peluang lagi kepada PR untuk menang pada PRU akan datang," katanya.

Sumber

Read more...

Budiman Zohdi & SERANG Meroyan ….. – Rumah Murah Selangor Memang WUJUD

Friday, 25 January 2013



Akhirnya, perjuangan NGO bernama SERANG atau Sekretariat Orang Muda Selangor mengenai perumahan anak muda atau rumah rumah Selangor merupakan satu perjuangan yang sia-sia kerana memang wujud rumah murah yang dibina oleh kerajaan Selangor KHAS UNTUK RAKYAT SELANGOR ….



Tapi keratan akhbar di bawah ini membuktikan bahawa memang wujud rumah murah .... mungkin anak Selangor yang menetap di SARAWAK …..

Lokasinya di Saratok ….




Wahai Khalid Gagap …. Apa ke jadahnya ko buat rumah kat sana sedangkan rakyat ko sendiri tak dapat nikmat atau projek perumahan kos rendah seperti yang korang dakwa …..

Nie ibarat  pepatah Melayu mengatakan …. “Kera di hutan di susukan, anak di buaian mati kebuluran.....”
.....

Read more...

Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan

Monday, 7 January 2013



SIARAN AKHBAR

Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan

Sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah akan merumitkan lagi krisi air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu.

Ketika pengguna dan rakyat berhadapan kesukaran mendapatkan air, Abdul Khalid masih lagi bersandiwara menuding jari menyalahkan pihak lain, bijak memusingkan cerita untuk lari daripada masalah sebenar.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid mengemukakan pelan konkrit jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan krisis tersebut tetapi malangnya sehingga kini beliau hanya menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai kambing hitam.

Syabas dijadikan sasaran kerana enggan mengikut telunjuk kerajaan pakatan pembangkang yang lebih ghairah mahukan penstrukturan daripada memikirkan keperluan rakyat, dan tekanan terus diberikan seolah-oleh syarikat konsesi air itu sebagai punca masalah.

Salah satu taktik ketrajaan pakatan pelbangkang ialah mempengaruhi rakyat yang menjadi mangsa keadaan untuk mengemukakan saman kepada Syabas, sedangkan beliau sepatutnya menjalin kerjasama erat dengan Syabas untuk member perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Saya difahamkan Syabas sebelum ini sudah beberapa kali memberi laporan mengenai keperluan untuk membaiki paip-paip lama dan memperbaiki infrastruktur termasuk pam-pam air demi manfaat pengguna, tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri kerana kepentingan politik.

Lebih malang, Kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghalang  pemberian dana modal (Capex) menyebabkan Syabas mengalami kesukaran untuk mengganti paip-paip lama dan memperbaiki rumah pam serta loji, apa lagi untuk membina rumah pam yang baru.

Ini semua cerita lama yang didendangkan semula oleh Abdul Khalid untuk memperlihatkan kelemahan Syabas dan sekiranya rakyat mempercayai tohmahan tersebut, mudah untuk beliau mendapat sokongan politik dan seterusnya mengekalkan penguasaan pembangkang di Selangor!

Baru-baru ini Abdul Khalid dilaporkan berkata, jika Syabas tidak cukup duit untuk membaiki pam air dengan alasan tidak cukup duit, Syabas serahkan sahaja konsesi air kepada kerajaan negeri.

Sangat dangkal kenyataan Abdul Khalid itu kerana Syabas sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa kebanyakan loji rawatan air dan rumah pam di negeri ini sudah lama dan ada di antaranya beroperasi melebih had. Jika pam tersebut rosak, akan menjejaskan ribuan pengguna.

Mahu tidak mahu, Syabas terpaksa membenarkan operasi rumah pam tersebut walaupun berhadapan risiko kerana mahu memastikan penduduk di Lembah Klang terus mendapat bekalan air bersih.

Akhirnya kerisauan yang dibangkitkan Syabas itu berlaku juga. Baru dua rumah pam tidak beroperasi, hampir 100,000 pengguna menjadi mangsa. Sedangkan pada 2009 Syabas pernah mengemukakan cadangan untuk membina rumah pam baru tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri.

Sangat jelas bahawa krisis air di negeri ini sengaja dipolitikkan kerana Abdul Khalid sebenarnya tidak ada idea untuk menyelesaikan isu ini. Idea-idea yang diberikan Abdul Khalid kebanyakannya mengarut dan tak masuk akal termasuklah mahu menggunakan air dari Sungai Klang dan menggunakan teknologi membrane.

Di manakah ego Abdul Khalid yang mengaku tokoh korporat yang hebat tetapi tidak ada idea bernas untuk memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Selangor?

Malang bagi rakyat di negeri ini kerana mempunyai pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kekeringan idea dan paling teruk, bodoh sombong kerana tidak ada langkah penyelesaian terhadap krisis air ini.

Bukan hendak menyebelahi Syabas tetapi syarikat konsesi air air itu sudah beri yang terbaik untuk keselesaan pengguna. Rakyat perlu ambil iktibar daripada malapetaka pengambilalihan Alam Flora yang menyebabkan pengurusan sampah di negeri ini menjadi huru-hara.

Itupun selepas seminggu krisis berlaku baru Abdul Khalid hendak bersuara. Sebelum ini beliau membenarkan barisan exconya membuat kenyataan membujta tuli dan kemudian barulah beliau tampil membuat penjelasan.

Nampak sangat Abdul Khalid tidak serius menangani krisis air ini yang memerlukan tindakan segera daripada pemimpin nombor satu negeri, bukannya membiarkan masalah ini berlarutan begitu sahaja.

Paling melucukan apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang mahu member kenyataan kerajaan negeri akan menghantar tujuh buah lori tangki untuk diagihkan kepada pendudk di kawasan terjejas.

Saya hendak bertanya kepada Faekah: Cukupkan tujuh lori tangki itu untuk mengatasi keperluan 100,000 pengguna yang terjejas di Lembah Klang? Kalau tidak tahu, lebih baik berdiam diri.

Saya syorkan Faekah turun padang dan melihat sendiri keperitan yang terpaksa dihadapi oleh pengguna. Jangan hanya tahu bercakap sahaja. Tujuh lori tangki itu letakkan sahaja di depan rumah MB, bimbang jika tidak ada air nanti susah Abdul Khalid hendak pergi kerja.

Cadangan itu langsung tidak praktikal kerana saya difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai lori tangki dan jika PBT diarahkan berbuat demikian, mereka perlu menyewa lori tangki daripada pihak lain. Sudah tentu kapasitinya tidak sama seperti yang dimiliki oleh Syabas.

Justeru dalam perkara ini, kerajaan negeri usah berlagak seperti ayam jantan yang hebat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Keperluan rakyat perlu didahulukan, politik diketepikan.

GPRS menggesa Abdul Khalid menyelesaikan masalah air ini secara keseluruhan kerana tidak mustahil akan berulang kembali pada masa hadapan. GPRS tidak akan teragak-agak untuk membuat himpunan secara besar-besaran bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sedia ada tidak pernah prihatin dengan masalah rakyat.

Justeru rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang. Selangor perlukan perubahan, kita tidak boleh berharap kepada pemimpinan yang lemah dan perlu meletakkan titik noktah kepada pentadbiran pakatan pembangkang yang hanya ‘tahu cakap tapi tak tahu buat.’

DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
PENGERUSI GPRS

Sumber

Read more...

Krisis Air Selangor: Mereka Hanya Berjanji, Tapi Gagal Uruskan Keperluan Rakyat

Friday, 4 January 2013




Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menuntut kerajaan negeri untuk tidak lagi bermain wayang atau memperbaharui janji-janji palsu mereka khususnya dalam pemberian air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kegagalan Selangor mengotakan janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum 2008 sebagai ‘senjata makan tuan’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

“Jika kita perhalusi satu-persatu janji-janji mereka manifesto pembangkang (sebelum PRU12) di Selangor, mereka gagal kotakan janji. Malah mereka juga kini mengatakan bahawa manifesto bukannya janji.

Contohnya dalam isu air yang melanda Selangor dan Lembah Klang hari ini, GPRS menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air," ujarnya ketika ditemui bagi mengulas kemelut terkini isu air di Selangor dan Lembah Klang.

Tambahnya, pembangkang hanya pandai menabur janji namun gagal melaksanakannya dengan baik.

"Daripada banyak-banyak ini (janji)... apa pun yang dibuat hanya ala kadar.

"Kalau janji nak bagi air percuma, dipilih-pilih. Kalau nak bagi pelajar universiti RM1,000 seorang seperti yang dijanjikan dalam manifesto lalu, akhirnya dia (kerajaan negeri) mengatakan keluarga pelajar yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sahaja (yang menerima). Bagaimana pula janji dengan anak-anak di Taska dan bantuan elaun kepada golongan ibu tunggal," tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Dalam masa yang sama, Sohaimi melihat kedegilan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu air ini tidak mustahil akan membawa kepada kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di negeri Selangor ini.

”Saya cabar kerajaan negeri untuk membentangkan cadangan utama (master plan) dalam menangani masalah air ini daripada terus berdolak dalih mengeluarkan kenyataan politik  dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Kita sebagai rakyat negeri Selangor perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri yang ternyata gagal memberikan khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi dan tidak membebankan rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber

Read more...

PDM BN Harus Bersedia Sepenuhnya, Pertahankan Putrajaya, Rampas Semula Selangor – Rosni Sohar

Friday, 21 December 2012



Jentera Barisan Nasional Hulu Selangor khususnya di PDM Bukit Beruntung digesa untuk terus merapatkan jentera dan turun ke akar umbi untuk mendekati rakyat, memahami dan berusaha menyelesaikan permasalahan mereka.

Ketua Wanita UMNO Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, jentera BN harus bertemu rakyat dan  meminta mereka supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.

“Matlamat kita bukan sahaja untuk menang dan mendapat majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang, malah kita juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula pentadbiran kerajaan negeri Selangor kepda BN.

Matlamat ini akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,

Kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘cacamarba’ dalam pentadbiran mereka,” ujarnya kepada jentera BN PDM Bukit Beruntung malam tadi di sini.

Tambahnya, qalaupun tarikh PRU-13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun jentera PDM di peringkat akar umbi sudah seharusnya bersedia sepenuhnya memandangkan bukan sahaja jentera BN, malah jentera di pihak parti-parti politik pembangkang turut telah membuat pelbagai persiapan. Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba.

“Kita harus bekerja keras terutama untuk memastikan kehadiran pengundi baru memberi kelebihan kepada BN.

Dalam BN itu sendiri ada banyak parti komponen. Jadi, setiap satu daripadanya perlu memainkan peranan. Setiap entiti yang ada dalam parti seperti pemuda dan wanita perlu digerakkan ke tahap maksimum. Ketika ini tidak ada lagi istilah santai atau penilaian rambang.

Setiap analisis mesti tepat supaya datanya boleh digunakan untuk membantu parti dalam merangka strategi,” ujarnya lagi.

Sumber

Read more...

Ugut Saman Peserta Demostrasi- Bukti Kerajaan Negeri Tidak Amal Demokrasi

Sunday, 9 December 2012



Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan  mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Pada Jun 2008, kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12  Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

“Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu, bukan meter pukal.

Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang  melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah.

Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara ‘mala fide’ bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.

Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah  pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut.

“Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan.

Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?,” tambahnya.

Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan? Jika itu yang dilakukan, ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.
Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah, mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana ‘menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang’.

“Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan.

GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.

Pada masa yang sama, GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Sumber

Read more...

Ugut Saman Peserta Demostrasi- Bukti Kerajaan Negeri Tidak Amal Demokrasi

Saturday, 8 December 2012



Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan  mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Pada Jun 2008, kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12  Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

“Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu, bukan meter pukal.

Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang  melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah.

Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara ‘mala fide’ bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.

Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah  pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut.

“Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan.

Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?,” tambahnya.

Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan? Jika itu yang dilakukan, ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.
Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah, mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana ‘menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang’.

“Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan.

GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.

Pada masa yang sama, GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Sumber

Read more...

KSSB- Korek Selangor Sampai Berlubang ..... Kebas Sebelum Selangor Berubah ....

Thursday, 6 December 2012



Isu perlombongan pasir secara berleluasa yang mula timbul setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh pihak Pakatan bukan lagi perkara baru. Isu ini amat menggemparkan malah sebelum ini juga beberapa dokumen pernah dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.

Koordinator BN Selangor, Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kesan dari perlombongan yang tidak terkawal ini dapat dilihat sekarang apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam ekosistem.

“Saya tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan mahupun kecurian pasir seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Namun begitu, ini tidak bermakna perkara tersebut tidak berlaku.

Pihak kami mendapat maklumat bahawa berlakunya salah laku dalam operasi perlombongan pasir ini dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya anak Syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi perlombongan pasir iaitu Kumpulan Samesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai jumlah sebenar pasir yang dilombong serta kawasan-kawasan yang diberikan permit untuk melombong.

Saya percaya, semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran adalah tidak selari. Apa yang lebih penting pada saya ialah kesan daripada perlombongan yang berleluasa ini. Untuk pengetahuan anda, aktiviti pengorekan pasir yang mula beroperasi samada melalui lombong mahupun sungai akan habis dalam tempoh 1 hingga 3 tahun bergantung pada jumlah pasir yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media mengulas isu perlombongan pasir di Selangor dan kesannya terhadap alam sekitar.

Tambahnya, kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan, sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh.

Perlombongan pasir secara ‘large scale’ dan tanpa kawalan di kawasan tepi tebing pula mengakibatkan sungai menjadi cetek seterusnya aliran air yang deras akan mula menghentam ban dan ini juga cenderung mengakibatkan ban runtuh.

Hakikatnya, aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa akan memberi kesan kepada rakyat terutamanya jika berlaku hujan lebat dan limpahan air.

“Saya percaya, kerajaan Pakatan akan mendabik dada memberikan nilai kutipan hasil pasir yang lebih tinggi berbanding ketika zaman Barisan Nasional memerintah. Untuk makluman semua, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, pasir bukan merupakan hasil utama kerajaan Negeri. Ketika zaman Barisan Nasional memerintah, hasil utama adalah dari sektor pelaburan, industri dan pertanian. Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh rakyat jika aktiviti perlombongan pasir dibuat secara tidak terkawal.

Dalam mengejar kemajuan, kita tidak boleh terlepas pandang soal kebajikan dan kesan jangka panjang. Setelah lebih empat tahun Pakatan memerintah dan aktiviti perlombongan pasir yang bermula sejak September 2008, kesan itu telah terbukti berlaku sekarang. Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri masih lagi tidak memberikan penyelesaian konkrik terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang. Tindakan pihak Pakatan menuduh bahawa berlakunya ban pecah akibat aktiviti pertanian penduduk langsung tidak masuk akal dan dilihat sengaja berdolak dalih dari mengakui punca sebenar masalah ini.

“Isu perlombongan pasir merupakan masalah serius. Saya juga difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku ban pecah malah ianya pernah berlaku sebelum ini. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?

Dimanakah ketelusan kerajaan negeri dalam memantau perkara ini? Saya difahamkan bahawa Menteri Besar telah menghentikan operasi pemantauan perlombongan pasir oleh pihak Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong , Kuala Langat dan Sepang.

Kita juga tahu MB gagal menunaikan janji beliau apabila hanya mengutip RM32.5 juta hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011 sedangkan beliau berjanji akan mendapat RM150 juta setahun dari hasil pasir ketika sidang DUN pada tahun 2009. Kemanakah hasil pasir ini pergi? Kenapa jumlah kutipan tidak konsisten dengan jumlah lombong pasir yang begitu banyak?,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara. Kerakusan untuk mengorek pasir secara membuta tuli hanya akan mengakibatkan bencana jika tidak dipantau dengan baik.

Sumber

Read more...

Video: BN Selangor Tidak Gentar Pilihan Raya Mac Depan, Rakyat Pun Tak Sabar - Noh Omar

Tuesday, 4 December 2012

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN)  Selangor tidak gentar dengan pengumuman  Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.



Read more...

BN Selangor Tidak Gentar Pilihan Raya Mac Depan, Rakyat Pun Tak Sabar – Noh

Monday, 3 December 2012



Barisan Nasional (BN)  Selangor tidak gentar dengan pengumuman  Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.

“Saya nak tegaskan kita tidak takut ….bila dia buat pun kita akan bersedia….  Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya. Insyaallah…Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.

“Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata…teori politik dengan praktikal tidak sama….dulu mereka tidak dirikan kerajaan, cakap macam-macam. Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.

“Banyak berpolitik…..Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian. Satu kerajaan pusat, satu kerajaan PKR. BN dengan PKR. Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan,” katanya.

Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat.

“Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan ‘federal’ ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti. Dia baru 4 tahun memerintah. Apa kajian yang dia buat. Dia hanya cakap dan tidak buat.

“Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka. Macam air di Selangor, apabila air tidak ada, siapa yang rugi…sebab peluang pekerjaan tertutup. Harga rumah akan naik abapila rumah tidak boleh buat. Orang bercakap soal air baru  untuk bagi air bersih. Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air. Jadi dia tidak tahu yang mana ‘priority’,” katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat. 

Read more...

Rakyat Selangor Muak Dengan Janji Pembangkang

Wednesday, 28 November 2012


Rakyat Selangor di peringkat akar umbi mula hilang sabar dengan gelagat pembangkang yang masih tidak menunaikan janji manifesto mereka, walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata sikap pembangkang yang sering berdolak-dalik daripada menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka boleh memakan diri pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Di mana kami pergi mereka (rakyat) menyuarakan tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya semasa ditemui selepas mendengar amanat Presiden UMNIO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini Selasa.

Beliau berkata perasaan muak rakyat itu kini jelas dilihat apabila mereka mula menuntut janji-janji kerajaan Selangor pimpinan pembangkang itu melalui saluran perundangan.

Baru-baru ini 2,020 ibu tunggal menuntut di mahkamah tunggakan elaun untuk ibu tunggal yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang dan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal juga menuntut supaya mereka dibayar tunggakan kerana tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, katanya.

Sumber

Read more...

PKR Terdesak Edar Borang BR1M : Hentikan Atau Masuk BN .....

Monday, 26 November 2012



Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.

Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, PKR telah mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga flyer maklumat dari kerajaan negeri, satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon.

“Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang dihantar kepada pihak PKR). Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR Selayang),  ke seluruh pangsapuri-pangsapuri di Selangor.

Kita nak maklumkan kepada rakyat agar jangan tertipu, kerana borang BR1M ini boleh didapati di tempat yang betul, dan pulangkan semula ke tempat yang betul. Hari ini, gerakan telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda, pejabat wakil-wakil Rakyat BN, bukannya melalui PKR.

“Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR untuk mengedarkan borang BR1M ini. Kekhuatiran kita adalah bila borang ini dipulangkan kepada PKR, mereka boleh sahaja mensabotaj dan membuat berbagai-bagai perkara lagi, namun dalam masa yang sama mereka cuba mengagalkan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat melalui BR1M ini.

Ini perbuatan terdesak PKR untuk mengekalkan kuasa sehingga terpaksa mengangkat BR1M ini sebagai elemen-elemen untuk membolehkan mereka mendapat sokongan kembali,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Sehubungan dengan itu, Sohaimi mengajak pemimpin dan ahli-ahli PKR untuk menyertai Barisan Nasional memandangkan usaha ini mereka ini juga secara tidak langsung membuktikan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui BR1M ini merupakan satu usaha yang baik untuk rakyat.

“Kini mereka mengakui BR1M ini adalah satu daya tarikan kepada baik, satu contoh pemberian terus kepada rakyat yang layak. Kita minta pihak PKR menghentikan usaha jahat mereka ini, atau mereka boleh masuk BN jika mereka mengakui BR1M merupakan satu perkara baik untuk rakyat” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Sumber

Read more...

Bajet Selangor 2013 - Cubaan Alih Perhatian Rakyat Dari Persoal Janji PRU12

Monday, 19 November 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui selepas pembentangan Bajet Selangor 2013 hari ini menyifatkan bajet negeri 2013 merupakan satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mempersoalkan janji PKR, DAP dan Pas yang tidak  dilaksanakan sejak pilihan raya umum lalu.

Ini kerana katanya, berdasarkan bajet negeri 2013 itu kerajaan negeri memberikan tumpuan janji baru dengan melaksanakan  projek mega yang seperti pembinaan jambatan ketiga di Klang, pengunaan Storm Water dan menaik taraf saliran dan membina rumah mampu milik pasang siap.

“Bagi saya, bajet ini tidak ada istimewanya, Cuma nak mengambarkan bahawa kononnya rizab kewangan yang begitu tinggi. Saya fikir bahawa rizab yang begitu tinggi itu hasil penjualan harta-harta kerajaan tinggi. Sebab itu mempunyai rizab yang tinggi.

"Namun jika kita meneliti bajet negeri 2013, kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada program pembangunan rakyat seperti penyelesaikan masalah petani, usahawan dan pelbagai lapisan masyarakat, yang kita nampak program yang besar sahaja.

"Sepatutnya kerajaan negeri dalam bajet Selangor 2012 memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat yang dibuat pada pilihan raya umum 2008, bukan buat janji atau program baru," ujarnya.

Terdahulu, Kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini membentangkan bajet negeri 2013 berjumlah RM1.63 bilion.

Pembentangan bajet tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertemakan 'Selangor peneraju Ekonomi Malaysia'.

Dalam bajet tersebut, sebanyak RM996.98 juta iaitu 61 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM633.01 juta lagi atau 39 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Abdul Khalid ketika berucap membentangkan bajet tersebut turut mengumumkan penggunaan rizab negeri sebanyak RM500 juta yang mana sebanyak RM300 juta akan digunakan untuk pembinaan jambatan ketiga di Klang yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Sumber Sahabat Gunung

Read more...

Noh ‘Naif’ Atau Faekah Yang Bangang & Bodoh

Saturday, 27 October 2012


Patutlah ramai pemimpin PKR nie bengang dan menyampah dengan Setpol Khalid Ibrahim yang bernama Faekah Husin nie … Minah nie suka sangat keluarkan statement yang menampakkan lagi kebodohan bos dier, siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap.

Hari nie dia menggesa Noh Omar digesa untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta.

Bagi dier, Noh nie memalukan UMNO & BN kerana memliki menteri kabinet yang ‘naif’ tentang hal ehwal korporat, jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat.

Bagi aku, PKR dan Pakatan serta Khalid Ibrahim yang patut malu kerana memiliki seorang Setpol yang bodoh & bangang …..

Sebelum ini Noh mendakwa, aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Namun Faekah mengatakan kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh itu masih kekal milik PKNS.

Menurutnya, PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC. (sila rujuk Selangorku)

Aku nak tanya  Faekah, kalaulah PKNS sedang membuat penstrukturan semula aset2 nie atau PKNS, mengapa ada urusan ‘JUAL-BELI’  ke atas  lima aset tersebut ….

Menara PKNS mahal tu (RM90 juta), SACC (RM93juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42juta) & Wisma Yakin RM7 juga …. Masyukkk tu. Kalau bukan untuk dijual, mengapa wujud nilai yang berjuta-juta nie ….

Apalah susat sangat, kalau yea pun nak buat pemindahan syarikat atau sebagainya, tubuhlah syarikat A, B, C, D, E ….

Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) tukar kepada Company A, Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta) pergi ke Company B  , Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta) pergi ke company C, Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) pergi ke company D dan Wisma Yakin (RM7 juta) ke company E.

Lagi satu, aku nak tanya si faekah nie …. Kenapalah dalam urusan PKNS nie cepat ajer dia menjawab…. Tapi mengapa bila kena tang Unisel, dia senyap…diam mencuka jer minah nie ??? Ataupun sebab dia ada kepentingan dalam Unisel, sebab tu dia diam dan sekarang dia nak muncul sebagai hero dalam PKNS, boleh plak dia dapat kepentingan dalam PKNS nanti…

Hahahaha…… Faekah ohhhh Faekah …. Tunggu ada masa lagi, takkan nak dedah semuanya …

Sumber Sahabat Gunung

Read more...

Hujan Setiap Hari, Air Di Empangan Terus Merosot

Thursday, 18 October 2012



Paras Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa lalu.

Demi untuk melihat dan meninjau sendiri keadaan empangan tersebut, hari ini Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, diketuai pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan telah melawat dan meninjau keadaan sebenar empangan tersebut.

Ujarnya, tahun lepas memang ada penyusutan air kerana fenomena cuaca, namun difahamkan krisis ini akan berterusan. Ini kita tak jangka kerana ianya fenomena alam, sungguhpun hujan lebat turun setiap hari sekarang ini, tidak ada jaminan empangan ini akan dipenuhkan

Tambahnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan pihak kerajaan negeri akan membuat pembenihan awan bagi menangani krisis penyusutan air di Selangor.

“Pembenihan awam bukan jalan penyelesaian kepada isu air di sini kerana pembenihan awan ini mungkin sesuai untuk menangani masalah jerebu dan menangani indeks cuaca yang kurang baik, bolehlah.

Sebenarnya kerajaan negeri kena keluarkan kenyataan yang jelas, yang betul-betul fakta ataupun melalui agensi yang berkenaan untuk memaklumkan kepada orang ramai dan rakyat apa yang terjadi. Kita perlu diberikan kefahaman paras kritikal kerana kita faham air ini, bukan semunya air sebaliknya di bawahnya ada keladak, lumpur dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Tambahnya, kita kena tahu paras kritikal air dan keduanya paras minimum penggunaan air yang patut ada di empangan ini. Seterusnya, kita lihat isu air sekarang ialah isu sumber air dan penyelesaian yang dibuat mestilah penyelesaian jangka panjang kerana ini selepas krisis air pada tahun 1997-1998, barulah Empangan Sungai Selangor ini dibuat.

“Selepas 14 tahun, ia juga ada kaitan juga dengan Empangan Langat 2. Jika kita lihat Empangan Langat 2 ini bertujuan untuk pembelian air dari dari Pahang, sumber air yang berasingan dari negeri Selangor. Air ini akan masuk dan diproses, dan lebihan air yang banyak lebih dari 15 peratus penggunaan di Selatan Selangor.

Jadi, ini adalah alternative tetapi saya masih tidak faham, kenapa kerajaan negeri berdolak-dalik dalam isu ini dan dalam keadaan yang begini pun masih bahawa air ini adalah keutamaan kepada rakyat negeri Selangor dan perlu ditangani dengan cermat, ditangani dengan serius.

Saya Nampak kerajaan negeri ambil sambil lewa dan berlawan dengan kerajaan pusat atas alasan yang mereka sendiri tahu jadi saya percaya rakyat Selangor perlu sedar dan diberikan pemahaman kejadian yang sebenarnya seperti krisis air dan maklumat asas proses air ini berlaku, serta implikasi-implikasinya dalam jangka masa panjang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya, satu tindakan jangka masa panjang perlu dibuat sekarang untuk atasi isu air untuk beberapa tahun ke depan bukannya nak buat pembenihan awan,  nak rawat air lombong dan sebagainya.

Sumber Sahabat Gunung

Read more...

Khalid Ibrahim Gembira, Ada Rakyat Sayangkan Dia.... Dapat Hadiah Hari Ini ....

Tuesday, 16 October 2012



Hari saya saya tepati janji saya untuk menyerahkan bingkai gambar berisi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 untuk digantungkan di bilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (JMB) Pangsapuri Putra Perdana, Puchong, Rushdan Mohamed diiringiu kira-kira 30 orang penduduk Pangsapuri Putra Perdana berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam sejak pukul 10.00 pagi namun tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan ‘hadiah’ tersebut.

“Kami hanya nak serahkan hadiah ini kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 yang bernilai RM4.90 sahaja.

Kami mahu gambar manifesto yang hanya bernilai RM 4.90 itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor. Manifesto RM4.90 ini tidak ada nilai langsung memandangkan ia hanya sekadar janji-janji kosong atau janji manis pihak pakatan yang kini menjadi kerajaan negeri, untuk merebut hati rakyat sehingga tertumbangnya kerajaan BN pada 2008 lalu di Selangor,” ujarnya kepada pemberita, sebentar tadi di sini hari ini.

Ujarnya, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.

“Malah menyedihkan, baru-baru ini kenyataan Khalid Ibrahim bahawa  ‘manifesto bukan satu perjanjian’ merupakan bukti bahawa apa sahaja manifesto pakatan tidak memberi apa-apa nilai dan makna kepada rakyat, tempay yang terbaik hanya sekadar digantung dalam biliknya sahaja.

Rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu rekod perkhidmatan, ideologi dan manifesto. Jadi, kami melihat manifesto yang menjadi cagaran rakyat Selangor mengundi pakatan di PRU12 yang lepas rupa-rupanya benar-benar janji manis yang ternyata palsu,” tambahnya.

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

Khalid Ibrahim Bertuah, Rakyat Selangor Bakal Beri Hadiah Istimewa

Sunday, 14 October 2012


Esok, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menerima hadiah khas dari rakyat Selangor berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008.
Rakyat yang prihatin, Rushdan Mohamed berkata, dia mahu gambar manifesto itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor.   
Rushdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Puchong berkata, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.
“Semasa kempen PRU2008 yang lalu, pengguna domestik di Selangor dijanjikan air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Berdasarkan manifesto tersebut, setiap pengguna air domestic di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan, tidak kira sama ada menggunakan meter individu ataupun meter pukal.
Namun sejak kerajaan negeri Selangor yang memulakan skim air percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerima subsidi air percuma tersebut dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air kami yang dikeluarkan Syabas,” ujarnya.
Apa yang lebih dikesalkannya, kenyataan media Khalid Ibrahim pada 30 Ogos lalu mendakwa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma itu.
“Sehubungan dengan itu, kami menuntut pengisytiharan baha Skim Air Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di negeri ini tanpa menggira sama ada pengguna meter pukal ataupun meter individu.
Kami juga memohon perintah injuksi mandatory supaya Syabas mengeluarkan bil air dengan rebet atau potongan yang dijanjikan,” tambahnya lagi. 

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

Khalid Ibrahim MB Angkuh



“Angkuh” -  itu perkataan paling sesuai untuk mengambarkan pendirian Menteri Besar Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan.  Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran sebuah kerajaan yang berwibawa.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, jika Exco Selangor, Dr Xavier sebelum ini “sangat gembira” dengan pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor mencukupi, mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap. 

“Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami.  Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau  main bercakap sedap mulut saja.

Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering sepenuhnya.  Kerajaan Negeri juga akan menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari.

Persoalannya, kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil pendekatan “mengubati” bukannya “mencegah” yang jelas menunjukkan yang Kerajaan Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini,” ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami. Bukankah pentadbiran Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan sebagainya?  Takkan satu fenomena cuaca yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka?

“Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran, namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda.  Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta.

Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku kerana paras empangan masih penuh.  Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan?

Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk diteruskan pembinaannya.  Tidak dapat dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab, dan pilihan yang muktamad,” tambahnya lagi. 

Tambahan pula infrastruktur  untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50% dan menelan belanja RM2.41 billion.  Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan dibiarkan menjadi sia-sia sahaja. 

Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji Langat 2 bakal “membunuh” rakyat di negeri sendiri.

Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan bertindak,  tidak tahu apa yang patut diberikan keutamaan.  Jika isu air mentah yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan, bagaimana hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal. Dalam pada itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman, bukan boleh dicapai secara “overnight success”.

Kenapakah Kerajaan Negeri  yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat persiapan awal bagi  sesuatu yang bermusim seperti ini?

“Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi, dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa! ,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. 

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

1515 Lagi Tuntut Hak Air Percuma Mereka

Saturday, 13 October 2012




Dalam tempoh 30 hari, 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi.

Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut. Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma. Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini. “Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal. Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS. Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong. Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri. Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini). Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270! “Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat. Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi. GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.

Monday, 8 October 2012




Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.
Apa yang dikesali, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.
“Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan  untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.
Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.
Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.
Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).
Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!

“Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main. Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.
Kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.
GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin.
 
Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP