Bajet Selangor 2013 - Cubaan Alih Perhatian Rakyat Dari Persoal Janji PRU12
Monday 19 November 2012
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui selepas pembentangan Bajet Selangor 2013 hari ini menyifatkan bajet negeri 2013 merupakan satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada mempersoalkan janji PKR, DAP dan Pas yang tidak dilaksanakan sejak pilihan raya umum lalu.
Ini kerana katanya, berdasarkan bajet negeri 2013 itu kerajaan negeri memberikan tumpuan janji baru dengan melaksanakan projek mega yang seperti pembinaan jambatan ketiga di Klang, pengunaan Storm Water dan menaik taraf saliran dan membina rumah mampu milik pasang siap.
“Bagi saya, bajet ini tidak ada istimewanya, Cuma nak mengambarkan bahawa kononnya rizab kewangan yang begitu tinggi. Saya fikir bahawa rizab yang begitu tinggi itu hasil penjualan harta-harta kerajaan tinggi. Sebab itu mempunyai rizab yang tinggi.
"Namun jika kita meneliti bajet negeri 2013, kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada program pembangunan rakyat seperti penyelesaikan masalah petani, usahawan dan pelbagai lapisan masyarakat, yang kita nampak program yang besar sahaja.
"Sepatutnya kerajaan negeri dalam bajet Selangor 2012 memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat yang dibuat pada pilihan raya umum 2008, bukan buat janji atau program baru," ujarnya.
Terdahulu, Kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini membentangkan bajet negeri 2013 berjumlah RM1.63 bilion.
Pembentangan bajet tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertemakan 'Selangor peneraju Ekonomi Malaysia'.
Dalam bajet tersebut, sebanyak RM996.98 juta iaitu 61 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM633.01 juta lagi atau 39 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
Abdul Khalid ketika berucap membentangkan bajet tersebut turut mengumumkan penggunaan rizab negeri sebanyak RM500 juta yang mana sebanyak RM300 juta akan digunakan untuk pembinaan jambatan ketiga di Klang yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.
Sumber Sahabat Gunung
0 comments:
Post a Comment