Khalid oh Khalid... Sakit lelah bagi ubat resdung...
Friday, 9 November 2012
Bayangkan senario ini – seorang pesakit menemui doktor mengadu sakit lelah. Tetapi doktor itu memberikannya ubat untuk resdung. Letakkan senario ini kepada isu air Selangor.
Umum mengetahui negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang itu mengalami masalah BEKALAN AIR, tetapi Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya menggunakan KAEDAH MERAWAT AIR yang dinamakan MEMBRANE.
Khalid mencadangkan idea itu sebagai hujah menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor menentang projek tersebut, sebaliknya menawarkan alternatif teknologi membrane yang didakwa lebih murah.
Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membrane lebih murah kosnya.
“Tan Sri Khalid tahu taka pa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membrane ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna.
Jika kita guna kaedah Membrane ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selainitu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.
“Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum,” kata Ir Datuk Idris Haron (kanan sekali) yang merupakan seorang jurutera.
“Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membrane, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membrane, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu.
“Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat,” tambah Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.
Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri (kiri sekali), yang juga seorang jurutera, menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air.
Hamim juga bersetuju bahawa penggunaan teknologi Membrane lebih mahal, malah dua kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan kaedah konvensyenal yang digunakan oleh Kerajaan Pusat.
“Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membrane sebab kandungan mineral dalam air di engara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensyenal juga jauh lebih mudah dan murah,” katanya.
“Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.
“Berbalik kepada isu asas, kita kuarng bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membrane ini,” katanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment