Powered by Blogger.

Bajet Berimbang Pakatan Selangor - Apa Komen Satim Diman !

Sunday 25 November 2012


UCAPAN YB. DATO’ HAJI MOHD SATIM BIN DIMAN
KETUA PEMBANGKANG MERANGKAP ADUN SERI SERDANG

BAJET 2013

BAJET BERIMBANG

1.   Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor memperuntukkan anggaran Hasil Negeri sebanyak RM 1.63 Bilion dan Perbelanjaan sebanyak RM 1.63 bilion. Ini bermakna Selangor terus mengamalkan Bajet Berimbang.

2.   Pendekatan BAJET BERIMBANG tidaklah perlu digembar-gemburkan sangat. Kerajaan Barisan Nasional dahulu mengamalkan pendekatan yang sama. TETAPI yang paling penting rakyat hendak tahu ialah :-

Samada Bajet Berimbang ini dapat dipertahankan dalam tempoh 2013.

Samada persiapan Bajet 2013 dibuat dengan teliti dan professional tanpa memerlukan tambahan peruntukan terlalu besar di masa akan datang.

Samada pelaksanaan Bajet ini dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan.

Dan yang penting samada Bajet ini dilaksanakan dengan telus, cekap dan bertanggungjawab.

3.  Pengalaman kita dalam pelaksanaan Bajet 2009, 2010, 2011 dan 2012 oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang, semua Bajet Berimbang yang telah dirancangkan tidak dapat bertahan sepenuhnya dan tidak lagi menjadi Bajet Berimbang.

Bajet 2009 memerlukan tambahan RM 120 juta (kenaikan 8.6%) daripada RM 1.4 bilion kepada RM 1.52 bilion.

Bajet 2010, tambahan RM 194 juta (kenaikan 14.9%) daripada RM 1.3 bilion kepada RM 1.494 juta.

Bajet 2011, tiga kali tambahan berjumlah RM 199,981,700.12 (RM 199.98 juta = kenaikan 13.98%) daripada RM 1.43 bilion kepada RM 1.629 bilion (RM 1.629,981,700.12) .

Bajet 2012, dua kali tambahan berjumlah RM 167,124,939.34 iaitu kenaikan sebanyak 10.4% daripada jumlah RM 1.6 bilion kepada RM 1.767 Bilion.

4.  Berdasarkan kepada pengalaman kita di masa-masa yang lalu, kita tidak yakin Bajet Berimbang 2013 dapat dipertahankan. Dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ini pun, Kerajaan mohon untuk lulus Tambahan Kedua berjumlah RM 46,236,813.11 yang menjadikan jumlah Peruntukan Tambahan Bajet 2011 sejumlah RM 167,124,939.00 bilion.

Walaupun peruntukan tambahan adalah perkara biasa, tetapi bagi tokoh seperti YAB Menteri Besar Selangor yang selalu mendabik dada sebagai Tokoh Korporat tersohor, cekap dan professional, pertambahan Bajet seperti ini  membuktikan YAB Menteri Besar gagal menguruskan Bajet dengan cekap. Membuat perancangan yang tidak teliti dan kurang professional.

Tuan Speaker,

5.        BAJET 2013

SELANGOR PENERAJU EKONOMI MALAYSIA

Sejak dahulu lagi terutama di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, negeri Selangor menerajui ekonomi Malaysia.

Kerajaan Persekutan telah meletakkan asas yang kuat dan suasana pertumbuhan ekonomi yang mantap yang membolehkan pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri berjalan seiring terutama negeri Selangor dengan pertumbuhan pesat ekonomi negara.

6.  Negeri Selangor memang mempunyai kedudukan yang istimewa sejak dahulu lagi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain :-

Kedudukan yang strategik di Lembah Klang, pusat pertumbuhan industri, sektor perkhidmatan, pendidikan dan perdagangan.

Terletak ibu negara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Pelabuhan Klang, kemudahan dan prasarana pengangkutan, perbankan dan lain-lain infrastruktur asas dan ekonomi yang moden bertaraf dunia.

Kerajaan Pakatan Pembangkang mewarisi kedudukan ekonomi yang mantap dari Kerajaan Barisan Nasional. Tanpa asas ekonomi dan pentadbiran yang mantap, tidak mampu berkembang seperti sekarang.

Kenaikan nilai pelaburan domestik (DDI) dan pelaburan asing (FDI) di negeri Selangor adalah usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Selangor terutama sumbangan Kerajaan Pusat yang telah menyediakan asas dan pasaran pelaburan yang kukuh untuk Selangor.

Selangor tidak boleh mendabik dada bahawa kenaikan FDI dan DDI adalah atas kekuatannya sendiri.

7.  Konsep ‘Value for Money’

Pada dasarnya konsep baik tetapi pelaksanaan boleh dipertikaikan.

Contoh

Sewa kedai-kedai dan kompleks perniagaan PKNS ditetapkan mengikut nilai dan sewa pasaran sedangkan peranan PKNS untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan usahawan-usahawan baru terutama bumiputera yang diperingkat awal tidak mampu membayar sewa yang tinggi seperti yang ditentukan oleh pasaran.

Rumah-rumah PKNS dijual terlalu tinggi mengikut harga pasaran kerana hendak memaksimakan keuntungan di luar kemampuan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Kerana hendak dapat keuntungan besar, pembinaan rumah kos sederhana/mampu milik tidak lagi menjadi keutamaan PKNS.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP