Powered by Blogger.

Tanah Yayasan Selangor : Noh Omar Desak Khalid Ibrahim Buat Penafian

Thursday 15 November 2012



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan semula tanah Yayasan Selangor lebih awal sebelum mendapat kelulusan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, menteri besar itu telah menghantar surat mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki supaya menguruskan pengambilalihan tanah tersebut kerana ia sudah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.

"Sedangkan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hanya memutuskan mengenai pemilikan tanah itu pada 18 Mei 2011 telah bersetuju supaya tanah atas nama Yayasan Selangor diserah balik dengan segera tanpa syarat.

"Maknanya di sini, Abdul Khalid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat Exco Kerajaan Negeri berlangsung. Beliau cakap tidak serupa bikin dan buat kerja hentam keromo," jelas Noh kepada media di Bangunan Umno Selangor semalam.

Tambah Noh, pihaknya mempunyai bukti surat yang dihantar kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor itu yang bertarikh 22 Mac 2011 .

"Jadi kita minta dia nafikan keputusan yang pengambilalihan tanah yang telah dibuat lebih awal," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa Yayasan Selangor telah dipermainkan oleh kerajaan Negeri demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau turut menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Abdul Khalid memberi penjelasan penuh berhubung status tanah milik Yayasan Selangor itu yang kini didakwa dipindahmilik untuk memberi laluan kepada pembangunan Pusat Kebudayaan Cina.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP