Powered by Blogger.

Aktiviti Perlombongan Pasir Haram Punca Banjir Di Selangor

Friday, 16 November 2012


Barisan Nasional (BN) Selangor,mendakwa masalah banjir kilat yang teruk melanda negeri itu berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir haram yang dijalankan di tebing sungai.Koordinator BN Selangor,Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata akibat sikap lepas tangan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak memantau aktiviti perlombongan haram di tebing sungai telah menyebabkan ban pecah dan aliran air hujan deras tidak dapat mengalir terus ke sungai dan laut sekali gus menyebabkan beberapa kawasan rendah teruk dilanda banjir.Zin berkata selain masalah ban pecah banjir yang berlaku di negeri itu disebabkan oleh masalah pengurusan sampah yang tidak teratur menyebabkan aliran air parit tidak dapat mengalir ke sungai yang akhirnya menyebabkan banjir kilat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP