Powered by Blogger.

Rakyat Selangor Muak Dengan Janji Pembangkang

Wednesday 28 November 2012


Rakyat Selangor di peringkat akar umbi mula hilang sabar dengan gelagat pembangkang yang masih tidak menunaikan janji manifesto mereka, walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata sikap pembangkang yang sering berdolak-dalik daripada menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka boleh memakan diri pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Di mana kami pergi mereka (rakyat) menyuarakan tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya semasa ditemui selepas mendengar amanat Presiden UMNIO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini Selasa.

Beliau berkata perasaan muak rakyat itu kini jelas dilihat apabila mereka mula menuntut janji-janji kerajaan Selangor pimpinan pembangkang itu melalui saluran perundangan.

Baru-baru ini 2,020 ibu tunggal menuntut di mahkamah tunggakan elaun untuk ibu tunggal yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang dan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal juga menuntut supaya mereka dibayar tunggakan kerana tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, katanya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP