Powered by Blogger.

Yayasan Selangor Dipermainkan Kerajaan Negeri

Friday 9 November 2012


altPengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa Yayasan Selangor telah dipermainkan oleh kerajaan Negeri demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau turut menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi penjelasan penuh berhubung status tanah milik Yayasan Selangor itu yang kini didakwa dipindahmilik untuk memberi laluan kepada pembangunan Pusat Kebudayaan Cina.

"Apa yang menjadi tanda tanya kami ialah, kenapa tanah milik Yayasan Selangor yang perlu diberi dan bukannya tanah lain? Adakah kerana kedudukannya yang strategik? Atau adakah kerana ada agenda tertentu untuk merampas aset milik Yayasan Selangor secara halus?," soalnya dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam.

Badrulzaman turut mempersoalkan mengenai tempoh urusan pemberian tanah berkenaan yang mengambil masa terlalu singkat iaitu dari surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dikeluarkan oleh Elizabeth Wong kepada Menteri Besar, serta kelulusan yang diperolehi pada 18 Mei tahun sama.

"Tempoh kurang dari dua bulan yang dibuat dilihat begitu tergesa-gesa dan meragukan. Siapakah sebenarnya yang membuat keputusan ini? Kenapakah tiada perbincangan dengan pihak Yayasan Selangor terlebih dahulu?

Surat yang dikeluarkan oleh pihak YB Elizabeth juga dibuat secara sambil lewa dan dilihat begitu angkuh apabila dengan mudah memohon Menteri Besar menyerahkan tanah tersebut," ujar beliau.

Lot Tanah PT 4221 dalam daerah Klang itu dimiliki penuh oleh Yayasan Selangor dan tanah itu dikatakan telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP