Powered by Blogger.

Misteri Kehilangan Lembu Korban Khalid Ibrahim Di DUN Seri Andalas

Thursday 15 November 2012



Sempena Hari Raya Korban yang lalu, sebuah masjid yang berstatus 'Masjid Diraja' di dalam kawasan DUN Seri Andalas (Parlimen Kota Raja) telah dijanjikan lembu oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam suatu majlis yang penulis hadiri di malam hari raya pertama, anak-anak kariah sebok membincangkan ketidakmunculan lembu yang dijanjikan.

Semalam, ketika menghadiri majlis tahlil di kariah berkenaan, saya bertanya kepada beberapa orang kenalan untuk mendapatkan kepastian, samada lembu yang dijanjikan telah diterima oleh masjid berkenaan.

Menurut mereka, daging lembu korban tersebut sebenarnya dirancang untuk majlis kenduri untuk anak-anak kariah oleh masjid berkenaan. Entah dimana silapnya, lembu yang ditunggu-tunggu tidak muncul.

Justeru, pihak masjid telah membuat pengumuman berhubung ketidakmunculan lembu berkenaan, sejurus selepas Solat Sunat Aidil Adha.

Hingga ke hari kehilangan lembu ketika dalam transit masih menjadi misteri.

Ini pun termasuk dalam MANIFESTO BUKAN Janji ke?....hahahaha

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP