MB Selangor Gila Beri Sokongan Kempen Jalan Kaki 300km Himpunan Hijau dari Kuantan ke Parlimen
Thursday, 22 November 2012
Kumpulan Hijau buat kerja gila lagi. Kali ini dengan sokongan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300 km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).
Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012. Sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas. Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.
Bagi CTS tindakan NGO Hijau Anti Lynas yang pro Pakatan Haram ini dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court), apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300 km sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah, yang memberi kebenaran ke atas Lynas untuk beroperasi. Sayangnya, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, pejuang utama anti-Lynas, tidak turut sama berjalan kaki sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kalau tidak pastinya kita akan melihat YB Fuziah Salleh "slim" seperti Anzalna ataupun Neelofa!
Sumber
0 comments:
Post a Comment