MAAFKAN KHALID!! MB SELANGOR BUKAN ORANG ISLAM!!
Thursday, 29 November 2012
INILAH padahnya apabila Exco Agama terdiri dari bukan ahlinya. Kerana duit, MB Selangor sanggup meluluskan billboard besar sebegini konon untuk memberitahu kepada orang ramai yang dia seorang yang beragama Islam dengan meletakkan Rukun Islam Ketiga adalah menunaikan zakat.
Sini aku bagitahu kat Khalid turutan rukun Islam:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat fardhu lima waktu
3) Berpuasa pada bulan Ramadhan
4) Membayar zakat
5) Mengerjakan haji di Mekah bagi yang berkemampuan
Eh! Billboard ni macam ada logo MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) je kan. Tak kan kawasan pentadbiran kerajaan negeri tak perasan pasal billboard sebesar alam ni? Hairan jugak...
Mana orang PAS yang konon memperjuangkan dan telah berdakwah kepada parti komponen dalam pakatan? Tak habis ajar lagi ke rukun Islam? Malu lah macam ni...
Harap je negeri Islam.. Shah Alam punyai penduduk 80% orang Islam.. Tak kan benda besar macam ni pun tak boleh nampak.. Jangan cuba nak remehkan isu ini.. Berat sangat dah ni, rukun Islam yang wajib umat Islam tahu dan hafal pun boleh tersalah...
Sumber
3 comments:
ermm dipetik dari http://blog.e-zakat.com.my/?p=482 saya rasa kena refer pada ahlinya berkenaan isu ini.
"Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga.
Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat. Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya."
- saya rasa kena betul2 tanya orang yang lebih ariff berkenaan perkara ini, supaya ianya bukan fitnah sesama islam -
Post a Comment