Misteri Di Sebalik Sebuah Syarikat Sediakan Kenderaan Mewah Untuk Kegunaan Ahli Parlimen Ampang
Thursday, 29 November 2012
Seperti yang kami janjikan semalam, hari ini kami akan mendedahkan perihal seorang ahli parlimen pembangkang yang selama ini lantang berpasangan dengan Rafizi Ramli menuduh orang-orang Umno melakukan rasuah dan penyelewengan. Rafizi adalah salah seorang pemimpin PKR yang hidungnya mengalami masalah deria bau. Atas sebab itulah dia boleh bertahan untuk kerap berada di sisi Zuraida.
Minggu lepas kami telah mendedahkan tentang koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia itu semenjak bergelar YB adalah Mercedes Benz E240 yang didaftarkan pada 24.05.2012.
Ahad lepas atau lebih tepat pada 25.11.2012 seorang ahli PKR di Ampang yang menjadi mata-mata kami untuk memerhatikan pergerakan Zuraida, melaporkan kepada kami pada hari berkenaan Zuraida ada beberapa program di Ampang.
Antara majlis yang dihadirinya pada hari berkenaan adalah penyampaian sumbangan deepavali di Dewan Flat Ahmad Razali Ampang dan dialog dengan penduduk Ukay Perdana di Hotel Flamingo. Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI.
Ketika hendak pulang dari Hotel Flamingo salah seorang hadirin sempat bercakap dengan Zuraida dan bertanyakan kepada beliau tentang pendedahan kami berhubung kemampuannya membeli kereta-kereta mewah. Zuraida menjawab kereta Mercedes yang kami dedahkan bukan keretanya dan menunjukkan kereta Mercedes yang beliau gunakan pada hari itu sambil berkata itu kereta orang bagi pakai (pinjam).
Fakta
Kereta yang digunakan Zuraida pada hari berkenaan (25.11.2012).
Model : Mercedes Benz E200 CGI
Nombor pendaftaran : WTP 1970
Kereta yang didaftarkan atas nama Zuraida pada 24.05.2012
Model : Mercedes Benz E240
Nombor pendaftaran : BLR 9680
Semakan kami ke atas kenderaan yang digunakan oleh Zuraida pada hari berkenaan mendapati kenderaan itu didaftarkan di atas nama sebuah syarikat yang berpejabat di Serdang.
Nombor kenderaan : WTP 1970
Model : Mercedes Benz E200 CGI
Pemilik : Automated Contactless Systems Sdn Bhd
Semakan kami di laman MyEG juga mendapati kenderaan yang digunakan Zuraida pada 25.11.2012 untuk program-programnya di Ampang sah didaftarkan atas nama syarikat berkenaan dan terdapat lima tunggakan saman yang belum dibayar.
Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.
Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat ? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida ? Sudah tentu ada udang di sebalik batu !
Inilah kereta mewah yang digunakan Zuraida Ahad 25.11.2012 yang disediakan oleh Automated Contactless Systems Sdn Bhd
Mungkin ada yang berkata Zuraida tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk meluluskan projek. Jika itu telahan anda ternyata silap. Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Walaupun beliau tiada kuasa tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan.
Kebetulan beberapa hari lepas kami menemui sekumpulan wanita PKR. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan kepada kami tentang sikap buruk Zuraida yang melobi projek di sana sini atas nama wanita PKR. Kononnya komisyen yang akan beliau dapat akan digunakan untuk menggerakkan wanita PKR. Bukan sahaja di Selangor malah hingga ke Pulau Pinang.
Kebanyakkan projek-projek yang Zuraida bawa akan diluluskan kerana menggunakan nama wanita PKR. Zaman kemewahan Zuraida ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan.
Setiap komisyen yang Zuraida dapat hasil dari kecekapan beliau melobi projek atas nama wanita PKR tidak disalurkan kepada wanita dengan sepatutnya. Lebih kepada untuk kepentingan beliau. Apabila wanita PKR minta peruntukkan untuk melaksanakan sesuatu program, beliau akan menjawab tiada peruntukkan dan meminta mereka berusaha sendiri.
Menurut seorang wanita PKR apa yang terjadi kepada Zuraida sekarang adalah bala hasil dari beliau memakan wang yang sepatutnya menjadi milik parti. Menurut mereka lagi sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin wanita PKR yang tampil mempertahankan beliau apabila kemampuan luar biasanya terdedah.
Kami akan kembali dengan pendedahan selanjutnya dan apa yang diluahkan oleh wanita PKR tentang sikap buruk penjual buah yang tiba-tiba menjadi kaya sekelip mata apabila bergelar wakil rakyat.
Sumber
1 comments:
... Terima kasih, tahniah dan teruskan berjihad. Bogelkan segala kemungkaran agar semua rakyat tahu siapa sebenarnya si Mak Lampir ini. Semoga Allah bersama kita untuk menegakkan kebenaran ...
Post a Comment