Powered by Blogger.

Bas Mewah:Akhirnya Hari Ini Khalid Ibrahim Sahkan Dia Seorang Pembohong

Monday, 19 November 2012


Setelah lebih dua bulan ding....dong....ding....dong isu bas mewah PKR yang didedahkan oleh sel13.com, akhirnya hari ini Khalid Ibrahim telah menjawab persoalan tersebut dan dalam masa yang sama MENGESAHKAN dirinya seorang PEMBOHONG.

Pada 30 Ogos 2012 Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan akhbar seperti di bawah. Saya ulang sekali lagi, KENYATAAN AKHBAR. Bukannya sidang akhbar atau sidang media. Kenyataan akhbar adalah kenyataan yang dibuat secara bertulis dan dihantar kepada semua media-media.

Berikut kenyataan akhbar beliau pada 30 Ogos yang dipetik laman rasmi MB Selangor,



Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. 

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. 

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. 

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. 

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


Hari ini sidang Dun Selangor telah bermula dan Khalid tiada pilihan lagi selain dari bercakap benar dalam Dun.

Setelah ditanya oleh Adun Seri Serdang, akhirnya Khalid terpaksa mengaku bahawa bas tersebut dibeli olehnya dengan harga hampir RM 650,000.00 dan membayar ansuran bulannya RM 10,833.00.

Berikut laporan dari Antara Pos,


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kos pembelian bas yang digunakan PKR pada program Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) adalah dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa dana kerajaan negeri.

Malah, Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas terbabit yang bernilai hampir RM650,000 itu melalui kaedah sewa beli. 

"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.

"Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kajian dan saya memberikan dokumen berkaitan agar mereka dapat melihat tatakelola baik kerajaan negeri dari segi pengurusan kewangan negeri dan persendirian," katanya ketika menjawab soalan ketua pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Mohamad Satim bertanyakan samada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas tersebut telus dan bertanggungjawab.

Bas yang digunakan bagi kempen Jalajah Rakyat Pakatan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak mempersoalkan pembelian bas mewah dua tingkat tersebut.

Bagaimanapun, Khalid menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan kos sewa bas berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh beliau.  

Bas yang didaftarkan atas nama Khalid itu boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas ceramah mini beserta sistem audio yang canggih.

Bagi saya, saya tidak mempertikaikan kemampuan Khalid untuk membeli bas tersebut kerana saya tahu dia seorang yang kaya walaupun tidak membayar hutang Bank Islam. Dia kaya hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang diperjuangkan Umno. Tetapi kenapa perlu dia berbohong ? Apa yang nak disembunyikan ?

Jika tidak kerana pendedahan oleh sel13.com tentang pemilik bas tersebut rakyat sampai hari ini pun tidak sedar yang mereka telah dibohongi oleh Khalid Ibrahim. Mati-mati rakyat akan percaya yang bas tersebut hanya disewa olehnya selama enam bulan.

Sumber Rbf Online

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP