Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim Kantoi Dalam Kertas Putih Talam - Kelepet Pampasan RM248.7 Juta Milik UNISEL

Thursday 22 November 2012

Dalam Kertas Putih Penyelesaian Hutang Talam, UNISEL telah disebut sebagai pihak yang menerima pampasan berjumlah RM248.7 juta (Rujuk kepada petikan dari Kertas Putih berkenaan seperti di bawah).


Namun begitu, berdasarkan komen Ketua Audit Negara yang terbaru, UNISEL kedudukan akaunnya adalah seperti berikut:-


Pendidikan Industri YS Sdn Bhd di atas adalah merujuk kepada syarikat pengendali UNISEL.

Seperti yang terkandung dalam Kertas Putih Berkenaan, pinjaman dari CIMB telah diterima pada 9 November 2009.  Meskipun telah disebutkan UNISEL sebagai pihak penerima pampasan, namun liabiliti telah meningkat kepada RM439 juta pada 2010, berbanding RM381 juta pada 2009.

Secara logiknya, jika benar UNISEL menerima amaun pampasan di atas, semestinya liabiliti akan berkurangan.

Malahan, pada 19 November 2012, MB Khalid Ibrahim telah mengumumkan pemindahan liabiliti UNISEL sebanyak RM150 juta kepada MBI (rujuk video di bawah).



 Persoalannya, apakah baru sekarang Khalid Ibrahim melakukan pelarasan akaun UNISEL setelah wujud 'audit findings' dari Ketua Audit Negara?

Seperkara lagi, Khalid perlu menjelaskan samada RM150 juta yang diumumkan adalah amaun tambahan, atau ia adalah sebahagian dari RM248.7 juta yang sepatutnya dilaraskan dalam perakaunan UNISEL?

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP